Pintasan ke kandungan utama

Blog / Arkib / Penggunaan kata ganti nama dalam blog

Penggunaan kata ganti nama dalam blog

Ayat sekolah rendah –> Sering kita lihat betapa pentingnya penggunaan ganti nama diri yang betul bila berinteraksi dengan sesiapa sahaja atau di mana saja kita berada. Ini penting untuk membuatkan orang lain selesa bila berhadapan dengan kita. <– Tamat ayat sekolah rendah.

Hachoms! *cis, aku rasa ada orang kutuk karangan aku kat atas. haha.

Dulu aku berblog menggunakan ganti nama “saya” dan “anda”. Masa tu aku hipokrit. Aku nak jadi macam blogger[s] lain yang sudah berjaya. Tidak perlu aku sebutkan siapa. Nanti beliau tak mahu berak seminggu dek kerana dipuji tinggi melangit kononnya beliau itu femes. Tapi, dalam masa yang sama aku merasa sedikit “kosong” - blog aku bagai tiada nyawa. Kenapa? Sebab aku hipokrit kerana memikirkan aku boleh menarik pembaca dengan menjadi someone else a.k.a orang baik2 yang selalu membahasakan diri mereka “saya”, “i” dan “kami”. Aku mula sedar bahawa aku lebih selesa membahasakan diri aku sebagai “aku”, “gua” dan “kitorang”. Aku tidak akan membahasakan diri aku “nyah” atau “mak” kerana aku bukan spesis tidak sedarkan diri begitu. Bat mungkin barangkali. Ahaha.

*ops! lupa aku sedang berblog di blog orang lain. :D

Jadi, hari ini aku lebih suka membahasakan diri aku sebagai “aku”. Mengikut statistik feedback yang telah aku uji [aku tipu], memang ramai yang suka perubahan sedemikian. Boleh lah, asal aku gembira. Bukan mak nyah-mak nyah yang suka memakai wig bila mahu menggoda lelaki straigth di lorong2 cerah Chow Kit.

Kembali kepada ayat sekolah kebangsaan jenis Cina dan India –> Pengajaran dari kisah ini adalah: Kita perlu lah menjadi ourselves. Kita tidak perlu jadi orang lain. Be yourself. Kalau kita jadi orang lain, hidup kita akan banyak susah. Kalau susah nanti tak ada siapa mahu tolong kecuali diri kita sendiri. Kesimpulannya, di kesempatan ini saya mahu mengucapkan tahniah kepada Lin Dan kerana berjaya mengalahkan Lee Cheong Wei tempoh hari. Kalau tidak pencen beliau akan dinaikkan dari RM3000 kepada Rm10,000, dan kami sebagai rakyat hanya mampu terkebil2… Pang! Cikgu yang merupakan peminat setia Lee Cheong Wei menampar beliau sebelum ayat sekolah kebangsaan jenis Cina dan India dihabiskan.

Wakaka.



8 respon untuk entri “Penggunaan kata ganti nama dalam blog”

  1. affuan (#)

    *aku suka komen entri sendiri. ahaha.


  2. Bat (#)

    @affuan: mak tak kuasa nak layan you..Perghhh…*muntah*
    Dulu-dulu aku guna saya, tapi macam tak mesra, sebab tu tukar jadi aku balik. Tapi tu pun bergantung jugak dekat penulis, ada sesetengah penulis yang pandai mengolah ayat dengan guna kata ganti nama ’saya’ dan ‘anda’.

    Tapi ni pasal kata ganti nama untuk diri sendiri, kalau orang lain pulak? Nak guna apa? Hangpa? Korang? Kau? Anda?

    Alahai, pening fikir, hehe..


  3. 'izzaty (#)

    hmm…per pun, semuanya terpulang pd blogger tu sendiri….

    lgpun, x der peraturan yg mengikat blogger dlm penggunaan kata ganti diri pertama/kedua/ketiga….


  4. myadlan (#)

    salam.
    aku juga ada masalah jugak berkaitan isu ni. sbb blog da dlm english, xde la nk pakai saya atau aku.
    juz dlm komen je akan guna bahasa melayu.. hehe
    tapi itu semua hak blogger masing2. ikut mana selesa la!


  5. Lut (#)

    “Awak2…nnt komen saye punye blog ye” eii…geli pert aku.hahaha.aku sempoi je. Aku2, kau2…tapi kalau ngn aweks2 saya dn awak la..hehehehe


  6. mk (#)

    aku mamat skema.. jadi dalam blog aku guna “saya”

    tapi time bagi komen kat blog orang kurang skema sket la, huhu


  7. Aku Bermula | Ahmad Rushdi Dot Com (#)

    [...] lama ini bertukar, cuma mungkin seru belum sampai haha . Bila terbaca di blog affuan dan infomalaya, aku perlu sesuaikan diri untuk terus hidupkan suasana. Aku ingin berjumpa affuan untuk belasah [...]


  8. [...] lama ini bertukar, cuma mungkin seru belum sampai haha . Bila terbaca di blog affuan dan infomalaya, aku perlu sesuaikan diri untuk terus hidupkan suasana. Aku ingin berjumpa affuan untuk belasah [...]


Panduan untuk memberi komen

  • Sekiranya ingin bertanya soalan, sila spesifikkan soalan anda.
  • Jangan terasa hati sekiranya komen anda tidak terjawab. Ada kalanya penulis entri ini terpaksa mengutamakan komitmen masing-masing.
  • Perdebatan secara sihat dialu-alukan. Tapi sila gunakan bahasa yang sopan dan sedap dibaca.
  • Komen yang berbentuk spam akan dipadam serta merta tanpa notis 24 jam(hehe).
  • Dan, terima kasih kerana sudi memberikan komen. ^_^

Tinggalkan komen