Arkib
Pengenalan
Alhamdulillah setelah hampir setahun lebih tidak mengeluarkan sebarang tema percuma, akhirnya aku dapat jugak memaksa diri aku untuk keluarkan tema baru untuk pengguna wordpress. Tema kali ni dinamakan Pelangi. Kalau ada tema lain yang nama Pelangi, aku minta maaf, tak sempat nak fikir nama yang sesuai dalam masa yang singkat. -_-
Untuk demo, boleh kunjungi blog peribadi aku. Kalau berminat untuk pakai, boleh muat turun secara percuma. Di bawah aku dah sediakan panduan untuk pengguna. Kalau ada yang tak cukup atau tak jelas, sila maklumkan.
Perihal tema ini
- Aku guna
emdan bukanpxuntuk saiz font dan struktur. Sila tekan butang Ctrl+skroll tetikus untuk melihat kesannya. - Khas untuk mereka yang faham bahasa Malaysia yakni Rakyat Malaysia dan Indonesia(Juga Singapura dan Brunei).
- Menggunakan 3 fail css(
style.css,color.cssdanreset.css). - Didatangkan dengan widget(Yey!).
- Dibina untuk Wordpress 2.5 dan ke atas (Versi sebelumnya belum dicuba).
Fungsi terbina di dalam tema ini
- Asides — Untuk mengaktifkan fungsi asides dalam tema, sila buat satu kategori baru yang dinamakan asides.
- Caption — Sesuai diletakkan di bawah gambar(Lebar maksima untuk gambar ialah
518px552px). Cara guna, letakkan<p class="caption">Inilah gambar saya, cantik kan?</p>di bawah gambar. - Blockquote besar — Ini sedikit berbeza dari blockqoute yang biasa kerana saiznya yang agak besar. Cara guna,
<blockquote class="quote">Inilah quote saya, bla bla bla.</blockquote>. - Sidebar image yang boleh dikirikan atau dikanankan — Gambar yang dimasukkan ke dalam bahagian sidebar boleh diposisikan ke kiri atau ke kanan. Cara guna,
<img class="img-left" src="url-gambar-anda" title="tajuk-gambar-anda" />untuk gambar sebelah kiri, dan<img class="img-right" src="url-gambar-anda" title="tajuk-gambar-anda" />untuk gambar sebelah kanan. Sekiranya ada masalah dengan floating yang tak tentu arah, sila masukkan kod<div class="clear"></div>di bahagian paling bawah sekali untuk widget teks. Untuk menambahkan ruang kelegaan(gap) sila masukkan tag<br />. - Related posts — Sekiranya telah memasang atau ingin memasang plugin Related Posts, sila masukkan kod berkenaan di baris 64 dalam fail single.php.
- WP-PageNavi — Secara mandatorinya, tema ini memerlukan plugin wp-pagenavi untuk menjana fungsi melayari halaman-halaman dalam blog. Sila dapatkan plugin tersebut dan sila pindahkan(overwrite) fail pagenavi-css.css di dalam folder tema Pelangi ke dalam folder plugin wp-pagenavi untuk mencantikkan paparan plugin berkenaan.
Modifikasi
Tema ini mempunyai masalah berkenaan menu. Nak tak nak kenalah edit secara manual bahagian menu. Tapi jangan risau, takdalah susah mana sangat. Sila baca dan fahamkan panduan di bawah:
1) Buka fail header.php, dan cari baris ke-39, di situlah bermulanya bahagian menu untuk blog.
2) Sila tukar bahagian URL untuk href, ubahkan juga tajuk untuk title, dan tak lupa juga, sila gantikan teks yang berada dalam tag <strong> mengikut halaman yang dikehendaki.
3) Sekiranya ingin menukar warna untuk menu, sila buka fail color.css, dan cari baris bernombor 53. Sila tukarkan kod warna mengikut citarasa masing-masing.
Terkini
Tak minat warna merah @ #d73d0b? Buka fail color.css dan gantikan kesemua kod warna yang bertanda #d73d0b dengan kod warna pilihan sendiri(Tips: Gunakan fungsi Find and Replace dalam editor teks).
Pepijat
- Mozilla Firefox 2.0.x OK.
- Internet Explorer 6 OK.
- Internet Explorer 7 OK.
- Opera belum cuba lagi.
- Safari untuk Windows XP dan Firefox beta 3 untuk Linux ada masalah pada bahagian borang komen.
Sekian, dan sila maklumkan sekiranya ada sebarang pepijat atau masalah berkenaan tema ini di ruangan komen, terima kasih. ^_^
Entri sebelumnya « NyumNyum – Servis memendekkan URL yang panjang
Pingback dari Mohd Huzairy : Blog Archive : Pelangi | Downloads | InfoMalaya dot Com · May 26, 2008 @ 2:51 pm
[...] Pelangi | Downloads | InfoMalaya dot Com — Alhamdulillah, siap jugak. Sila layari infomalaya.com untuk melihat dokumentasi tema Pelangi dan muat turun sekiranya berminat. =) [...]
Komen dari awqi_zar · May 26, 2008 @ 4:27 pm
salam bro,
TQ sbab btolkan..nnti ak update blik tema nie kat blog ak..anywat,tema nie mmg merberi kelegaan pada ak..haha..
Komen dari Fahmishah · May 26, 2008 @ 5:30 pm
tema wajib download
Komen dari Wizurai · May 26, 2008 @ 6:00 pm
menarik tertarik la bagi tema percuma ni!
Komen dari syamsulariff.com · May 26, 2008 @ 6:28 pm
wah..bewarna warni
Komen dari Aj · May 26, 2008 @ 6:41 pm
tema yang sangat bagus, erm Aside? tanpa title tu?
Komen dari Bat · May 26, 2008 @ 8:50 pm
@awqi_zar: Salam, aha, takpa, sekurang-kurangnya aku dapat gak siapkan tema ni. ^_^ Terimas kasih!
@fahmishah,wizurai,syamsul,Aj: Terima kasih! =)
Yup, asides tu entri yang takda tajuk untuk tema ni.
Pingback dari Away and back | Frozr | Blog · May 26, 2008 @ 8:51 pm
[...] from infoMalaya.com released the new free theme, Pelangi. Yes, this theme is a must to download. Share [...]
Komen dari Junaidix · May 27, 2008 @ 10:50 am
Ooo.. imrpesif tu.. hehe..
Pingback dari Ahmad Rushdi Dot Com » Blog Archive » Hello world And Li-Tilwun! · May 30, 2008 @ 9:47 am
[...] Bat dari Infomalaya mencadangkan agar theme ini dikeluarkan untuk umum seperti mana pelangi!, theme yang cool!. Pelangi juga diguna oleh asblogger. Huh! sesuatu yang paling tidak senang, [...]