Menarik
-
Kalendar ibu jari!
En Adi ada membuat entri tentang kalendar mini yang amat menarik. Beliau juga ada menyediakan versi PDF untuk dimuat turun.
Smiley Kucing!
Peminat kucing? Ada blog? Baik, sila lihat dan muat turun smiley kucing yang direka oleh Cik Maya dari Indonesia. Anda pasti tertawan dan tertawa riang bila melihatnya. =)
Hacking knowledge?
Artikel yang menarik. Menenengahkan 77 tips untuk belajar dengan lebih cepat, mendalam, dan lebih baik.
Enjin Carian Mp3
Flisterz ada membuat entri tentang perbandingan 5 enjin carian untuk mencari Mp3. Juga disertakan dengan carta perbandingan.
Gandakan daya produkiviti anda
Scott Young ada menulis tentang cara-cara untuk melipatgandakan daya produktiviti kita. Amat berguna kalau kita dalam keadaan ‘down’ atau takda idea.
Pembangunan Web
-
Ultimate Showcase
Kalau rasa nak hantar laman web/blog ke galeri CSS, silalah rujuk ke sini dahulu. Kalau rasa larat dan bertenaga, boleh hantar ke semua galeri CSS yang disenaraikan di sana. Kalau larat la..hehe
WebTypography.Net
Khas untuk pembangun laman web. Elemen typografi tersangatlah penting dalam membina laman web. Jadi jangan lupa baca dan bookmark yer..
Web2.0 Online Generators
Penyenaraian 100 laman web yang menyediakan aplikasi online. Terlampau banyak sampai rambang mata nak guna mana satu. Haha..Sangat-sangat disarankan untuk dicuba!
ChannelMe.Tv?
Berminat nak buat laman web yang menggunakan domain .tv? Mungkin laman web ini boleh membantu. Dan sila ambil perhatian, domain .tv agak mahal berbanding domain TLD yang biasa kita dengar/guna.
Savvy UI JavaScript Library
Buatan anak Malaysia iaitu Crynobone. Orang yang sama yang di belakang Chronosight CMS. Alternatif kepada jQuery atau prototype js yang lain.
Texty.Com
CMS yang paling ’simple’ tetapi menarik yang pernah dibuat! Mereka gelarkannya - “Simple content management syndication(SCMS)”
Ada apa dengan “F”?
Pengguna laman web kebanyakannya membaca/melihat laman web dalam bentuk huruf ‘F’. Artikel yang berguna kepada pembangun laman web. Sangat digalakkan untuk ambil tahu.
23 hasil kajian ‘Eye-tracking’
Hasil kajian tentang lirikan mata pengguna web. Ketahui apa yang perlu dititikberatkan oleh pembangun laman web untuk menghasilkan laman web yang betul-betul dapat memudahkan pengguna.