Arkib

Pertama sekali, selepas berbincang dengan ahli tertinggi editor infomalaya, maka lahirlah slot yang diberi nama, pautan komuniti infomalaya. Untuk paparan lebih jelas, sila lihat di bahagian kiri blog ini. Secara amnya, setiap pembaca boleh mendaftarkan diri masing-masing, dan seterusnya akan diberi peranan sebagai kontributor. Jadi, para kontributor dapat menulis entri, atau dalam konteks “pautan komuniti”, menghantar pautan kepada infomalaya dot com.

Apa-apa saja info yang bercorak ilmiah, menarik(tapi bukan isu gosip artis dan politik), dan bercorak santai yang mana dirasakan sesuai untuk dikongsikan bersama, amat dialu-alukan untuk dihantar. Sila pastikan penulisan anda pendek sependek-pendeknya untuk menjimatkan ruang sidebar. Untuk contoh, sila rujuk contoh yang telah dihantar oleh aku di sidebar kiri.

Untuk memastikan pautan yang dihantar itu betul-betul memenuhi piawaian di atas, ia akan ditapis terlebih dahulu oleh para askar infomalaya(pinjam ayat IrfanJani) yakni para editor(Entri jenis ini akan dikategorikan di bawah kategori “pautan”). Jangan risau, pihak kami tidak mengamalkan konsep diskriminasi atau pilih kasih. Jadi, asalkan pautan yang dihantar itu sesuai, InsyaAllah akan dipaparkan, biar pun entri itu dari blog kontributor sendiri. Benda baik, tak salah kalau kongsi, kan?

panel-kawalanGambar di sebelah menunjukkan paparan yang akan muncul setelah para kontributor/editor berjaya log masuk(login). Minta maaf kalau tak berapa cantik, nanti aku ada masa, aku cantikkan semula, tau.

Benda ni masih dalam proses eksperimen, berjaya atau tidak, bergantung pada penerimaan dan sambutan pembaca sendiri. Walaupun kebanyakan penulis blog ni rajin merayap dalam internet, tapi kami tetap terlepas pandang beberapa info yang menarik. Jadi, diharap dengan “perkongsian pintar” ni, boleh la kita sama-sama berkongsi info.

Oh, sebagai balasan, pautan tetap ke blog masing-masing akan dipaparkan di bawah entri(Sila rujuk contoh di sebelah). Walaupun infomalaya ni tak lah sepopular mana, tapi trafik yang kami dapat setakat ni, alhamdulillah la, cukup-cukup makan orang cakap. =)

Jadi? Bersedia atau tidak? Silalah daftarkan diri, dan mula berkongsi.

Kalau ada sebarang pertanyaan, jangan segan-segan tulis di bahagian komen.

p/s: Isi kandungan sidebar yang dahulu sudah dipindahkan ke bahagian footer yang mana agak berterabur buat masa sekarang. Nantilah ada masa aku kemaskan balik.

Assalamualaikum.

Mengenai penulis

Entri ini telah ditulis oleh Bat

Laman web penulis : http://www.mentariworks.com

Sedang menunggu status penempatan di sekolah rendah. Sekarang sedang menganggur sepenuh masa sambil melihat langit biru di langit, atau pun sedang nyenyak tidur untuk mengisi masa lapang. Tak hensem, tak rajin, dan tak mesra. Ewww~

Sudah ada 7 respon untuk entri ini »

  1. Komen dari Junaidix · February 25, 2009 @ 10:09 am

    ooh.. macam menarik tu bat. macam digg pun ader gak.. hehe.., wei bat, infomalaya dan kaum kerabat tak nak buat apa2 aktiviti ke tahun nih? gathering RUMPUN 2009 misalnyer.. hehe..

  2. Komen dari eriyza · February 25, 2009 @ 10:19 am

    Wow! Cam best je peluang dan ruang yg diberi ni. Tapi sy lebeh suka jd pembaca di sini sbb x layak nak mohon. Hehehe!!!
    InfoMalaya best. :)

  3. Komen dari Bat · February 25, 2009 @ 1:59 pm

    @Junaidix: Hehe, eh? RUMPUN? Teringin nak buat sebenarnya, tapi sekarang ni dah tak macam dulu. Tapi apa yg penting, kerjasama.(sekali terwonderpet pulak dah). Kalau boleh combine dengan team RAPAT untuk handle majlis, aku rasa insyaallah meriah. =D

    @eriyza: Tiada paksaan, tapi sapa-sapa pun layak kalau nak daftar dan hantar pautan. =)

  4. Komen dari aman · February 26, 2009 @ 12:43 am

    hoho..line tenet aku cam problem jer..refresh banyak kali baru dapat masuk web hang nie…hehe..nanti dah okay, aku daftar balik.

    BTW, bat, aku rasa lagi menarik jika dapat letak avatar sekali…hehe..

  5. Komen dari Bat · February 28, 2009 @ 4:47 am

    @Aman: Aku pun taktau mana satu yang masalah, haih~ Terima kasih untuk cadangan, nanti kalau dah ramai yang sumbangkan entri, InsyaAllah aku letak.

    Setakat ni, ramai yang dah daftar, tapi cuma ada sorang yang hantar submisi(Tapi terpaksa dipadam sebab dia nak promot produk MLM). Haiyoh~

  6. Komen dari cikundez yg hampeh · February 28, 2009 @ 2:13 pm

    bat kena ada akaun wordpress ka….alahai lupa password…

  7. Komen dari Bat · March 2, 2009 @ 10:29 pm

    @cikundez: Eh, takyah, ni akaun untuk infomalaya ja. Daftar ja, jangan segan-segan, =D

Sila tinggalkan komen anda di bawah

.

.

Langganan RSS

Inginkan kemaskini di InfoMalaya dot com dihantar terus ke peti mel anda? Sila masukkan alamat emel anda di ruangan yang disediakan. Kami takkan sesekali menyalahgunakan emel anda, lagi pun kami bukan orang jahat.

*Sila rujuk artikel ini sekiranya anda masih samar-samar tentang langganan RSS.

Rangkaian Sosial

Demi bersaing dengan teknologi internet yang semakin pesat dan kesat, kami pun tak ingin ketinggalan. Sertai kami di laman rangkaian sosial di bawah.

Atau, jika anda ada sebarang pertanyaan, sila ajukan ke hello@infomalaya.com