Blog / Arkib / Panduan membuat sticker sendiri!

Panduan membuat sticker sendiri!

Sekarang, aku nak kongsi salah satu hobi dan kerja aku masa tingkatan 2 kat sekolah dulu2(tahun 1998). Waktu tu aku jadi tokan buat sticker,hehe..loaded jugak time tuh..Sebenarnya tak la susah sangat nak buat sticker sendiri ni, asal kena cara dia, InsyaAllah senang..Ok jom kita!

Bahan-bahannya:

 

  • Sticker PVC, warna ikut output yang kita nak, untuk tutorial ni, kita akan guna warna merah dan kuning ( lambang superman ). Boleh didapati di pasaraya berdekatan..
  • Gam, apa2 jenis gam kecuali gam kasut, gam UHU dan gam PVC. Gam kanji pun boleh.
  • Pisau, seeloknya pisau yang betul2 tajam, kalau berkemampuan, boleh la beli pisau yang khas untuk potong sticker, aku guna pisau yg seringgit ja..
  • Cutting board, sebagai pelapik ketika kita memotong sticker, boleh digantikan dengan tikar getah, majalah atau plastic tebal sekiranya kita dah tak guna benda tu. Harganya tak mahal, saiz A4 tak sampai RM8.
  • Masking tape, untuk memudahkan kerja kita untuk melekatkan sticker kita ke atas sticker warna lain.
  • Tangan yang sihat serta jari yang kuat.


Langkah pertama:

Dapatkan design/corak yang ingin kita jadikan sticker. Terpulang sama ada dalam bentuk printable, potostet atau pun suratkhabar.

Selepas itu, gamkan bahagian belakang design tersebut dengan gam. Jangan letak terlampau banyak, secukup rasa dah cukup. Kalau banyak nanti kertas tu senang koyak.

Lekatkan design tersebut di atas sticker kita (yang warna merah dulu).

Lepas tu, potong bagi saiz dia kecil sikit supaya senang kita nak letak dalam buku untuk dikeringkan dan dimampatkan. Cari buku yang tebal2 untuk dijadikan mangsa.

Biarkan seketika sehingga gam kering. Sila pastikan gam betul2 kering sebelum kita meneruskan kerja.

Setelah kering, siap sedia untuk memotong, pastikan pisau berada dalam keadaan betul2 tajam.

Mulakan potongan di bahagian bucu terlebih dahulu. Pastikan potongan yang dibuat betul2 mengenai hujung setiap bucu, sekiranya ada bucu yang tidak dipotong dengan betul, hasilnya nanti pasti mengecewakan. Pastikan juga pressure/tekanan ketika memotong tidak terlalu kuat sehingga mata pisau mencecah ke cutting board, cukup la sekadar sticker tu terpotong. Sila berhati-hati ketika memotong.

Inilah hasilnya setelah kita selesai memotong, buangkan bahagian2 sticker yang tidak diperlukan iaitu bahagian yang berwarna merah.

Setelah selesai, buangkan kertas design yang melekat pada sticker.

Ok, bahagian pertama dah siap, sekarang kita akan pindahkan sticker ni kepada sticker warna kuning pulak.

Ambil masking tape dan cuba hilangkan sedikit daya lekatannya dengan melekatkannya dahulu pada pintu, lantai, tangan atau basuh dengan air dahulu. Ini untuk memastikan sticker tidak melekat terlalu kuat pada masking tape. Lekatkan masking tape pada sticker seperti gambar di bawah.

Selepas itu, buang kertas pada bahagian bawah sticker tersebut dan letakkan dengan berhati-hati pada sticker yang berwarna kuning.

Selepas tu, buang balik masking tape tu.

Potong dan kemaskan sticker kita. Tada! Siap dah sticker kita..

Lihatlah hasilnya di bawah..terima kasih kepada model aku yang tak ingin dikenali..haha..

Selamat mencuba!

p/s:Berhati-hati masa guna pisau tu..



31 respon untuk entri “Panduan membuat sticker sendiri!”

  1. mdpai (#)

    uih..terus tampal kat laptop tu..hehe jadi laptop superman le.. =)


  2. aad_lfcfn (#)

    thanks for the tutorial. leh buat logo cicak man nanti.


  3. aman (#)

    awat tak buat logo infomalaya ke…nie superman gak jadi pujaan hati mu.. :)


  4. Bat (#)

    yg superman tu, member aku tempah, sebab tu aku buat..hehe..logo infomalaya takda lagi la aman..


  5. Azahari (#)

    Rajin betul buat sticker tu…kalau buat sticker keter lak camner?


  6. Bat (#)

    Orang bayar,tu yg tetiba rajin..huhu..kalau kereta lak, seeloknya guna sticker yg mahal skit..sebab yg mahal gam dia kuat skit, lagi tahan dan ada yg warna metalik..cara nak buat sama ja..


  7. chot (#)

    wah teringat masa sekolah menengah dulu…


  8. Bat (#)

    alamak chot, hobi kita sama lagi ka?huhuhu..


  9. khero (#)

    bat apsal xnah wat pon masa kat arau dulu?


  10. al-Marbawi (#)

    Bat.. aku rasa cam kenai ja model sticker tu.. hehe.. hang bayaq dia tak??


  11. Rossa_kaka (#)

    Tahniahla bat di atas hasil kerja yg menarik tu..
    boleh aku tempah satu untuk aku nanti..nak huruf ‘R’..hehe.. bat,sape model ko tu? aku rase ko patut bayar die..pling tidak pun makan kfc..hehe..cian die jd model free2 je..


  12. novatech (#)

    rajin la pulak ko eh.. hahak!


  13. ikram_zidane (#)

    thanks untuk tips.. tapi aku lagi suka beli la kot..


  14. Bat (#)

    @fuad:sama2..

    @khero:time kat uitm dulu2 aku terlupa agaknya..haha..ni kat maktab baru teringat..

    @almarbawi:membe hang jugak..huhu

    @rossa_kaka:eleh dah hang yg sukarela nak jadi model..huhu..kan dah kantoi..

    @novatech: kalau ada org tempah aku buat la..scipt dah siap belum?

    @ikram_zidane: kat kedai kualiti dia lagi ok sebab sticker yg dia guna mmg berkualiti,yg aku guna ni jenis murah..


  15. novatech (#)

    ooo gitu, sc dalam proses.. si azraai bz berskolah ke? lambat tol dia send file kat aku


  16. zedz (#)

    bat…
    hg cita bab stiker nie, teringat zaman kita sek teknik dulu…buat stiker.hg buat stiker lekat kt locker aku.aku wat stiker lekat kt dahi hg…hahhahahaa..


  17. jan (#)

    lpssssssssss je la


  18. jan (#)

    klau diri sndiri x terurus bek undurkn dri…ye x??
    klau x ada datuk pun,insyaallah kedah akan terus gemilang..don’t worry..km anak jati kedah.akan turun stadium..20,000 ribu pnyokong pasti ada pnya..dengan slogan (KEDAH PANTANG KALAH)


  19. aku (#)

    ^^^^^^^^^^^^ tak faham komen di atas..

    nak buat sticker ni kena tangan seni gak.. tangan cam aku ni.. habis terpotong caca marba la sticker tu…


  20. Bat (#)

    aku rasa komen dari jan tu pasal entri yg lama tu la..takpa la,biarkan..praktis made perfect..lama2 cuba msti jadi punya en aku..


  21. ckundez (#)

    wakaka…..dulu ada gak buat sticker cam nie… hehehe superman la best….cewah….em dulu aku amik kartun gayour, bersama selamanya… wat panduan..sbb byk hitam putih…em tp yg superman tu aku besa buat gak…ms skool dulu…aku tampal kat beg skool alien workshop aku…tp versi dark superman..black n’ white…la nie aku rs nak wat satu..tampal kat jaket kulit aku…kat belakang… logo GODHAND…hahaha sapa main ps2 mesti tau game nie…

    p/s:model wat stiker tu mcm model filem 3 star jer… wakaka…siap block muka lg… wakakaka… jgn cepat mare..


  22. khai (#)

    tutorial tak agak =)) ajar buat sticker.. besh besh.. hope ko ajar plak cara nak buat button .. jeles nengok member aku yang kedekut ilmu dok jual button sampai jadi kaya raya … aiskkk!!!


  23. syahbana (#)

    hello
    saya nak tanya.
    mana nak dapat pisau khas untuk potong sticker?

    sms kat saya
    012-3597096
    mekasih.


  24. Bat (#)

    @syahbana: pisau khas? aku cuma guna pisau yang berharga seringgit tu sahaja.. :)


  25. zool (#)

    Camne plak nak buat stiker kereta untuk cermin tu??
    Boleh buat tak??


  26. emo (#)

    bisa gak buat stiker pakai komputer


  27. yandi (#)

    hei… gimana kalau stikernya sya udah print di computer pake kertas stiker (kertas merek data print) tapi kurangnya kertas tuh , mudah rusak kena cuaca mupun air. Untuk melapisi atas gambarnya pake apa yaa??? biar tuh stiker tahan.
    kayak stiker yang lapisan atasnya ada plastik itu.
    gimana buatnya????


  28. abdulloh (#)

    aku suka bikin stiker sendiri, tapi aku gak punya bahan stikernya. dimana aku bisa dapatkan bahan stikernya atau dapatkah aku dikasih bahannya. thanks…


  29. i'm no johnny (#)

    wahhhh cantek sial stiker tuuu….takdo ko cara nak print stiker cermin laks?


  30. nico kurnianto (#)

    nice try guys!
    terima kasih


  31. student rider sharpshooter (#)

    great.buat sticker sebanyak 100,000.kemudian jual dgn harga stp satu RM10.buat laman web@blog@iklan.jadi jualan RM1 juta.jd jutawan.aplimentasikan mcm pixel alex tew.


Panduan untuk memberi komen

  • Sekiranya ingin bertanya soalan, sila spesifikkan soalan anda.
  • Jangan terasa hati sekiranya komen anda tidak terjawab. Ada kalanya penulis entri ini terpaksa mengutamakan komitmen masing-masing.
  • Perdebatan secara sihat dialu-alukan. Tapi sila gunakan bahasa yang sopan dan sedap dibaca.
  • Komen yang berbentuk spam akan dipadam serta merta tanpa notis 24 jam(hehe).
  • Dan, terima kasih kerana sudi memberikan komen. ^_^

Tinggalkan komen