Entri Terkini / Arkib

YouthSays beta - Bukan sekadar survey


Satu lagi projek kolaborasi Encik Khailee Ng. Kali ini beliau bersama dengan Joel Neoh untuk membangunkan YouthSays. Sebelum ini, infomalaya pernah membuat ulasan tentang BunchOut iaitu salah satu sentuhan Khailee Ng juga.

Apa itu YouthSays?

Berdasarkan info dari laman rasmi mereka dan ini, boleh disimpulkan bahawa YouthSays adalah komuniti untuk remaja meluahkan pendapat masing-masing dalam bentuk survey yang dijalankan. Yang paling menarik, setiap survey yang dijawab akan dibayar. Survey berbayar sememangnya telah lama dipraktikkan di dunia realiti, tapi di dunia siber Malaysia, ini pengalaman aku yang pertama. Dengar khabarnya, mereka sedang menawarkan RM50,000 untuk 25,000 remaja. Err, aku dah daftar, tapi emel pengesahan belum sampai.


Bukan sekadar survey!

Dengan menjadi ahli, selain mendapat wang selepas menjawab survey, para ahli juga layak untuk turut serta dalam forum mereka yang dinamakan Youth Council.

Lagi?
Hanya mereka yang berumur 35 tahun ke bawah sahaja yang layak memohon untuk menjadi ahli. Pendaftaran adalah percuma dan mudah. Borang pendaftaran juga sangat interaktif dan menarik. tahniah kepada pembangun laman web berkenaan. Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan, boleh lihat laman FAQ mereka.

Sekian sari berita penting untuk hari ini.

Tags: , , , ,

Wubi

Ingin nak install Ubuntu Linux pada pc/laptop anda tanpa membuat partition lain dan kehilangan data? Cubalah Wubi!

Wubi adalah satu perisian Ubuntu Installer untuk windows. Semasa installation, wubi akan buat satu folder, kemudian akan install segala macam fail ubuntu linux. Dah selesai, hanya restart windows. Menu Ubuntu akan disenaraikan dalam pilihan OS anda.

Contoh:

Download Wubi: www.wubi-installer.org

Xobni - Outlook Plugin

“xobni” adalah perkataan dari “inbox” yang di eja secara terbalik.

Sebenarnya, Xobni merupakan perisian “plugin” untuk Outlook. Dengan adanya plugin ini, maka setiap email yang bersarang dalam inbox dapat dicari dengan mudah. Benda ni still dalam limited beta, so kena dapatkan invitation code untuk download plugin tu.

website: www.xobni.com

Kepada para pembaca infomalaya yang dikasihi sekalian, aku ingin tekankan sekali lagi, entri asides yakni entri sebegini sememangnya sengaja ditulis dalam bentuk yang padat, pendek dan straight-to-the-point. Jadi janganlah beranggapan yang penulisnya sekadar melepaskan batuk di tangga atau yang sewaktu dengannya. Perkara ni jadi mungkin sebab kelalaian aku sendiri, sebab tak tekankan tentang kewujudan entri jenis ni. Harap maklum tentang perkara ni, ok! Peace! =)


Planetaki - kembar tak seiras Tumblr


Aku dapat tahu pasal servis ni dari statistik infomalaya. Hairan bagaimana hits yang diterima dari laman web berkenaan agak tinggi. Setelah diselidiki, rupanya laman web berkenaan menyediakan servis yang boleh dianggap serupa dengan tumblr, tapi sedikit berbeza dari segi penggunaannya(Tumblr lebih champion sebab boleh pos entri).

Hits yang datang dari planetaki. Mengalahkan hits dari Beras Padu milik brader Hasbullah Pit

Boleh disimpulkan planetaki ini seperti aggregator peribadi, yang mana kita boleh kumpulkan feeds dari pelbagai blog yang kita inginkan. Kalau ada yang berminat untuk cuba, boleh daftarkan diri masing-masing di sana. Tapi digalakkan dahulu untuk melihat secara kasar bagaimana rupanya planetaki ini berfungsi.

Tags: , , , ,

Shutdown Day

shutdownday

Shutdown Day kembali lagi pada tahun ini, iaitu pada 03 Mei 2008. Begitu mudah persoalan yang ditanya, “Can you survive for 24 hours without your computer ?” atau dalam Bahasa Melayu “Bolehkah anda terus hidup untuk 24 jam tanpa komputer?. Pilihan ditangan anda, sama ada ya atau tidak, jadi sertailah shutdown day.

Persoalan disini, apakah akan berlaku sekiranya anda tidak menggunakan komputer dalam tempoh 24 jam pada 03 Mei 2008 nanti? Mungkin anda boleh menjimatkan tenaga elektrik.

Cuba anda bayangkan jika organisasi gergasi internet seperti Google, Yahoo, Msn menyertai Shutdown Day ini. :D Take Action.

Tags:

Microsoft Vista SP1 - mari kita lihat video-video progpraganda oleh Microsoft dalam saat Windows mula hilang populariti.


Berblog Untuk Duit

p/s: Entri ini tidak menunjukkan cara untuk membuat duit dengan blog.

Bila disebut berblog untuk duit, ramai yang tidak mudah terpedaya (konon). Walhal, memang YA - seorang blogger memang boleh menjadikan bisnes internet sebagai landasan untuk mencari duit lebih. Tidak realistik? Oh, tidaaak. Jika pekerjaan biasa lain, korang terpaksa berhempas pulas memeras keringat dan tulang empat kerat untuk menjadikannya duit, sama la juga dengan membuat bisnes internet. Bezanya, korang hanya duduk di depan komputer setiap hari, membuat research, trial dan error berbanding dengan pekerjaan offline yang membuatkan korang terkejar ke sana ke mari.

Jika sayang duit untuk membeli ebook yang mengajar cara2 untuk membuat bisnes internet, korang ibarat “sayang” duit untuk mengisi minyak untuk ke tempat kerja. Begitulah adanya. Haha. Cam siot jer aku nyer perumpamaan. Hehe. Jika minyak tidak di isi, tidak sampai lah korang ke tepat kerja. Jika tak mahu buat research dan membeli panduan/ manual perniagaan internet, tidak akan jadi duitlah usaha korang nanti. Ironi bukan?

:D

Berbalik kepada berblog untuk duit. Jika korang serius menjadikan bisnes internet sebagai sumber pendapatan lumayan, sila berdiri dan berkata,”YA, aku berblog memang untuk duit”. Jika selain itu, sila jangan sebut, kerana korang tidak layak berada di dalam kumpulan manusia yang bakal duduk setinggi insan bergelar Irfan Khairi. Lain lah korang berblog demi redha Allah (blog memberi pemahaman tentang agama Islam). Itu pengecualian. Tiada komen untuk tujuan itu. Pendapatannya nanti korang akan terima dalam akaun PayPal Akhirat nanti.

:D

Tech Support Alert menyenaraikan perisian percuma terbaik didalam pelbagai kategori seperti anti-virus, firewall, web browser dan lain lain sebanyak 46 kategori. Sila layarai The 46 Best-ever Freeware Utilities di Tech Support Alert.


Muat turun video dari youtube dalam mp4


Secara amnya, apabila kita memuat turun video dari laman web youtube(sama ada guna perisian atau pun laman web sokongan seperti vixy.net), kita akan mendapat fail dalam bentuk FLV, dan kemudiannya akan diubah ke dalam bentuk mp4. Agak efektif dan mudah, tapi masalahnya di sini fail dalam bentuk FLV mempunyai kualiti yang agak rendah.

November tahun lepas, pihak youtube telah memulakan gerakan untuk menyediakan video dalam kualiti yang lebih baik, dalam resolusi 448×336 berbanding dengan resolusi lama iaitu 320×240. Tapi sila ambil perhatian, bukan semua video di sana berada dalam format baru ini. Semuanya bergantung kepada nasib, hehe..

Tapi apa-apa pun, tak salah kan kalau kita mencuba. ^_^

Kalau ikutkan hati, aku nak tulis secara lengkap tutorial ni kat sini, tapi aku tak berjaya nak masukkan script pautan javascript untuk bookmarklet tu kat sini(Siapa boleh tolong?huhu). Nak tak nak terpaksalah letak pautan ke laman web yang berkaitan untuk sesiapa yang nak cuba. Tapi rasanya panduan dalam lamab web tu mudah untuk difahamkan. Tapi kalau ada sebarang masalah, boleh usulkan di ruangan komen.

Tags: , , ,

Anda rasa ada berapa banyak aplikasi sokongan atau tools untuk flickr? 10? 20? Lu kira la sendiri, gua penat nak kira sebab ada banyak sangat, haha. Gunakan sebaik mungkin senarai ini. ^_^


Xoopit

Mungkin anda sebelum ini pernah mengalami masalah untuk mencari gambar-gambar, video dan fail-fail yang di kirimkan oleh rakan-rakan anda?

Xoopit, memudahkan pencarian video, gambar dan fail yang dikepilkan dalam email anda hanya dengan satu klik!

Bagus:
Senang untuk digunakan

Tak berapa bagus:
Server Xoopit akan simpan satu salinan setiap email anda dalam server mereka bagi membolehkan program Xoopit menyenaraikan gambar, video dan fail dari email anda.

Maklumat lanjut: www.xoopit.com

Ajax

Bagi pengaturcaraan Ajax, penggunaan JavaScript dalam pembangunan laman web memang agak memenatkan sekiranya anda baru hendak bermula dari awal.

Untuk memudahkan langkah pertama anda dalam pembangunan pengaturcaraan Ajax, terdapat banyak perpustakaan (Library) yang boleh digunakan. Antaranya ialah:

Kesemua perpustakaan tersebut mempunyai satu persamaan utama, menjadikan pengaturcaraan Ajax anda lebih mudah dan senang untuk di selenggara.

TERBARU:
Bat rekomen satu lagi perpustakaan Ajax, dibuat oleh anak tempatan:

Mungkin satu masa nanti aku boleh cuba ini juga dan review produk tu.

Tags:

Design Workflow-How top designers work their magic — Sesuai dibaca oleh para designer, khususnya pereka dan pembangun laman web. Ada temuramah dan sumber untuk membantu. Sangat digalakkan untuk dibaca. =)


Pembulian siber dan tips untuk mengatasinya — Artikel yang menarik dan sesuai dibaca oleh blogger dan pengguna internet. Aku suka ayat ni, “Cara membuli menggunakan siber adalah seperti ugutan, penyebaran perkara memalukan, dan juga ’stalking’ kepada si mangsa. Cara yang digunakan sekarang adalah amat popular kerana dengan penyebaran di internet, perkara memalukan tersebut akan tersebar dengan lebih meluas, cepat dan amat berkesan.