
Rasanya dah banyak laman web yang menyediakan servis untuk memendekkan URL yang panjang, contoh yang paling popular ialah TinyURL. Tapi, apa pun, kita lihat juga apa kelebihan NyumNyum yang mana telah dibangunkan oleh orang tempatan kita iaitu Encik Fazlee dari phixelcode.
Apa yang menarik?
- Antaramuka laman web yang kemas dan simple.
- Dibangun dengan menggunakan CodeIgniter.
- Apabila URL yang berasal dari blog, secara automatiknya NyumNyum akan menghantar trackback.
- Percuma dan tiada iklan buat masa ini sebab masih diperingkat beta.
- Apabila URL yang telah dipendekkan itu diklik, kita akan dibawa dahulu ke laman web NyumNyum(Di sini URL asal akan ditunjukkan secara penuh), berbeza dengan kebanyakan servis laman web lain yang terus membawa kita ke laman web yang ingin kita tuju.
Apa yang boleh diperbaiki?
- Sediakan akaun untuk pengguna agar pengguna dapat melihat jumlah klik yang telah dibuat, opsyen untuk menghantar trackback atau tidak, dan juga opsyen sama ada ingin membawa pengguna terus ke laman web yang dituju atau dibawa dahulu ke laman web NyumNyum.
- *Sila tambah sendiri di ruangan komen
Berikut merupakan contoh URL yang telah dipendekkan. Boleh klik untuk melihat kesannya, http://www.nyumnyum.com/_2729e881.
Selamat mencuba dan sokonglah produk buatan Malaysia. ^_^