Bukan sekadar blog!
InfoMalaya.com ialah sebuah blog yang menghimpunkan pelbagai info yang bercorak ilmiah dan menarik. Kenali siapa kami, rakan-rakan kami, dan juga apa yang telah ditulis oleh kami sebelum ini.
Entri Terkini / Arkib
Serlahkan semangat kemerdekaan anda dengan memasang pelekat hari Kemerdekaan ke-51 dari Negaraku.net oleh NoktahHitam. Untuk contoh sila lihat di bawah penjuru kanan blog ini. Merdeka!
Peraduan: Menangi 1000 keping kad bisnes dari UPrinting oleh Kreativuse™ — Ada peraduan di sana, caranya hanya tinggalkan komen di entri tersebut. =)

Kepada mereka yang inginkan kelainan ketika menulis, apa kata jika kita cuba perisian percuma yang diberi nama JDarkRoom. Perisian ini merupakan editor teks yang mengisi penuh ruang lingkup monitor atau LCD anda. Macam taip dalam DOS, tapi ini untuk taip apa-apa saja yang kita nak. Warna latar boleh dipilih, bukan sekadar hitam semata-mata.
Sebenarnya perisian ini diilhamkan dari perisian WriteRoom(hanya untuk Mac), tetapi penulis perisian ini tampil membuat versi sendiri yang boleh dipasang di Windows(guna .NET) dan Linux(guna Java).
Sesuai digunakan oleh penulis novel, buku, cerpen, blog hatta pengaturcara sekalipun sekiranya inginkan kelainan dan ketenangan dari segi gangguan tetingkap lain. =)
Selamat mencuba.
Tags: .NET, java, JDarkRoom, linux, percuma, perisian, sumber terbuka, windows
TypeNavigator — Cari font yang diingini secara visual. Sangat berguna jika kita tidak tahu nama font yang ingin kita cari.
Understanding Web Design — Ramai orang yang salah faham tentang rekabentuk laman web. Artikel yang memuatkan pandangan Jeffrey Zeldman ini cukup menarik untuk dibaca.
Makan Malaya — Blog ala jalan-jalan cari makan oleh KNizam Artwek. Dipenuhi dengan gambar makanan yang boleh membuatkan kecur air liur, huhu..
Ayat sekolah rendah –> Sering kita lihat betapa pentingnya penggunaan ganti nama diri yang betul bila berinteraksi dengan sesiapa sahaja atau di mana saja kita berada. Ini penting untuk membuatkan orang lain selesa bila berhadapan dengan kita. <– Tamat ayat sekolah rendah.
Hachoms! *cis, aku rasa ada orang kutuk karangan aku kat atas. haha.
Dulu aku berblog menggunakan ganti nama “saya” dan “anda”. Masa tu aku hipokrit. Aku nak jadi macam blogger[s] lain yang sudah berjaya. Tidak perlu aku sebutkan siapa. Nanti beliau tak mahu berak seminggu dek kerana dipuji tinggi melangit kononnya beliau itu femes. Tapi, dalam masa yang sama aku merasa sedikit “kosong” - blog aku bagai tiada nyawa. Kenapa? Sebab aku hipokrit kerana memikirkan aku boleh menarik pembaca dengan menjadi someone else a.k.a orang baik2 yang selalu membahasakan diri mereka “saya”, “i” dan “kami”. Aku mula sedar bahawa aku lebih selesa membahasakan diri aku sebagai “aku”, “gua” dan “kitorang”. Aku tidak akan membahasakan diri aku “nyah” atau “mak” kerana aku bukan spesis tidak sedarkan diri begitu. Bat mungkin barangkali. Ahaha.
*ops! lupa aku sedang berblog di blog orang lain.
Jadi, hari ini aku lebih suka membahasakan diri aku sebagai “aku”. Mengikut statistik feedback yang telah aku uji [aku tipu], memang ramai yang suka perubahan sedemikian. Boleh lah, asal aku gembira. Bukan mak nyah-mak nyah yang suka memakai wig bila mahu menggoda lelaki straigth di lorong2 cerah Chow Kit.
Kembali kepada ayat sekolah kebangsaan jenis Cina dan India –> Pengajaran dari kisah ini adalah: Kita perlu lah menjadi ourselves. Kita tidak perlu jadi orang lain. Be yourself. Kalau kita jadi orang lain, hidup kita akan banyak susah. Kalau susah nanti tak ada siapa mahu tolong kecuali diri kita sendiri. Kesimpulannya, di kesempatan ini saya mahu mengucapkan tahniah kepada Lin Dan kerana berjaya mengalahkan Lee Cheong Wei tempoh hari. Kalau tidak pencen beliau akan dinaikkan dari RM3000 kepada Rm10,000, dan kami sebagai rakyat hanya mampu terkebil2… Pang! Cikgu yang merupakan peminat setia Lee Cheong Wei menampar beliau sebelum ayat sekolah kebangsaan jenis Cina dan India dihabiskan.
Wakaka.
Jawatan Kosong on eJobs.my — Laman web jawatan kosong di Malaysia oleh Bob.
Inspiration Bit — Kepada para pereka laman web, sila ikuti entri di blog ini kerana isi kandungannya cukup menarik, pada pendapat aku lah. =)
FreeDNS - Free DNS - Dynamic DNS - Static DNS subdomain and domain hosting — Khas untuk mereka yang ingin memiliki subdomain secara percuma, carilah mana-mana nama domain yang berkenan di hati, ahaks~. [Kredit:xeRo]
Forum SembangKomputer — Forum berkenaan permasalahan hal-hal berkaitan komputer dan perisiannya oleh saudara MK. Utarakan masalah anda di sana dan InsyaAllah akan ada orang yang membantu.
Essential tools and tips for freelancer’s on the go — Tips yang cukup praktikal dan sesuai untuk para freelancer dan juga pelajar kolej. Terima kasih Ikhwan. =)

Adobe telah mengumumkan para pemenang dan finalis untuk anugerah Adobe Design achievement bagi tahun 2008. Apa yang menarik ialah, sebanyak 20 semi-finalis dari 70 peserta dari Malaysia yang bertanding. Keseluruhan submisi ialah sebanyak 979(dari pelbagai negara). Untuk melihat keputusan dan hasil kerja peserta secara terus, sila berkunjung ke laman web rasmi ADAA(Yang sangat interaktif).

Paparan laman web ADAA
Kesimpulannya: Negara kita sememangnya ramai insan-insan yang berbakat dalam bidang rekabentuk dan seni. =) Syabas!
Kredit info : Anne dari PPM Technology Communications Sdn Bhd