Jawatan Kosong on eJobs.my — Laman web jawatan kosong di Malaysia oleh Bob.
Pintasan → entri carian Peta laman
Bukan sekadar blog!
Entri Terkini
Jawatan Kosong on eJobs.my — Laman web jawatan kosong di Malaysia oleh Bob.
Inspiration Bit — Kepada para pereka laman web, sila ikuti entri di blog ini kerana isi kandungannya cukup menarik, pada pendapat aku lah. =)
FreeDNS - Free DNS - Dynamic DNS - Static DNS subdomain and domain hosting — Khas untuk mereka yang ingin memiliki subdomain secara percuma, carilah mana-mana nama domain yang berkenan di hati, ahaks~. [Kredit:xeRo]
Forum SembangKomputer — Forum berkenaan permasalahan hal-hal berkaitan komputer dan perisiannya oleh saudara MK. Utarakan masalah anda di sana dan InsyaAllah akan ada orang yang membantu.
Essential tools and tips for freelancer’s on the go — Tips yang cukup praktikal dan sesuai untuk para freelancer dan juga pelajar kolej. Terima kasih Ikhwan. =)

Adobe telah mengumumkan para pemenang dan finalis untuk anugerah Adobe Design achievement bagi tahun 2008. Apa yang menarik ialah, sebanyak 20 semi-finalis dari 70 peserta dari Malaysia yang bertanding. Keseluruhan submisi ialah sebanyak 979(dari pelbagai negara). Untuk melihat keputusan dan hasil kerja peserta secara terus, sila berkunjung ke laman web rasmi ADAA(Yang sangat interaktif).

Paparan laman web ADAA
Kesimpulannya: Negara kita sememangnya ramai insan-insan yang berbakat dalam bidang rekabentuk dan seni. =) Syabas!
Kredit info : Anne dari PPM Technology Communications Sdn Bhd
Joomla merupakan CMS (Content Management System) yang popular dan mudah digunakan. Joomla mengeluarkan 2 versi berbeza iaitu Joomla 1.0.x dan 1.5.x.
Joomla versi 1.0.x merupakan versi yang lahir daripada CMS Mambo. Manakala Joomla versi 1.5.x telah menjarakkan nama antara mambo dengan mengeluarkan sistem yang lebih baik. Namun, walaupun sistem yang lebih baik dan navigasi yang mudah, ianya tidak lari dari kelemahan.
Kelemahan Joomla versi 1.5.0-1.5.5 telah dikesan pada 12 Ogos lalu. Joomla versi ini membolehkan penceroboh menukar atau reset kata laluan bagi akaun pertama yang masih aktif, kebiasaanya akaun pertama adalah kepunyaan administrator/pentadbir.
Penceroboh mampu melakukan apa sahaja di bahagian pentadbir setelah kata laluan diresetkan. Ini hanya boleh dilakukan jika nama pengguna pentadbir (username administrator biasanya ‘admin’) diketahui oleh penceroboh tersebut.
Begitulah secara ringkas ulasan, dan mari kita selesaikan masalah Baca entri ini sampai habis »
Sebelum ini, laman web webwatch.com.my dikenali sebagai sebuah blog yang berkisar kepada dunia pembangunan web, perkembangan startup di malaysia, dan berkenaan usahawan internet di Malaysia amnya.
Kini, laman web tersebut telah berubah wajah dan digantikan dengan konsep yang baru iaitu, tempat pengumpulan pembangun-pembangun laman web, pengaturcara dan usahawan internet, dan termasuk syarikat-syarikat yang terlibat(startup).
Tujuan utama laman web ini dibuat ialah untuk memudahkan para pelabur, syarikat yang ingin mencari khidmat pembangun/pengaturcara untuk mencari orang yang sesuai dan berkebolehan untuk sesebuah projek yang berkaitan dengan internet dan teknologi maklumat.
Info ini diperolehi ketika aku berada di BarCamp malaysia 26-27 Julai yang lepas. Terima kasih kepada Khailee dan rakan sepasukannya.
Yahoo mewujudkan Fire Eagle - laman web perkongsian maklumat lokasi. Servis ini boleh dikemaskini di laman web Fire Eagle, melalui SMS, Mac widget atau menggunakan aplikasi - seperti yang ditawarkan oleh ZoneTag, My Loki atau Navizon.
Lebih kurang 50 (lima puluh) pembangun perisian telah membina fungsi Fire Eagle didalam aplikasi mereka, termasuklah Pownce, Brightkite, dan Movable Type. Servis ini memberi kelebihan kepada pengguna, dimana boleh berkongsi lokasi melalui aplikasi-aplikasi ini. Berkongsi maklumat sebenar, seperti zip kod, bandar, daerah, negeri, dan negara.
Sungguh menyeronokkan, dan ianya percuma!. Servis ini juga akan memudahkan pengguna mencari rakan perniagaan, sosial networking, berkongsi gambar gambar dan sebagainya. Kunjungilah Fire Eagle! sekarang.
Aurora (Part 1) dari Adaptive Path, video oleh Vimeo.
Sila lihat video di atas terlebih dahulu.
Hasil rekaan AdaptivePath untuk Mozilla Labs.
Diharap kemunculan pelayar web yang canggih seperti ini akan menyemarakkan lagi dunia web. =)
Sumber : Arynet
Kemaskini: Video konsep Bahagian 2 sudah muncul semalam.

Anda cekap dalam pengaturcaraan berasaskan PHP? Kalau nak tahu setakat mana pencapaian dan kecekapan anda, boleh la cuba masuk pertandingan ni. Hadiah yang ditawarkan untuk tempat pertama boleh tahan lumayan. =)
Sebelum terlupa, pertandingan ni akan diadakan di Melaka Bandaraya Bersejarah pada 23-24 ogos 2008 jam 11 pagi hingga 4 petang. Sila layari laman web rasmi pertandingan ini untuk maklumat lanjut.
Sumber: Crynobone
MATTA Fair Johor 2008
Date : 01 - 03 Aug 2008
Venue : 6th Floor, Expo Hall,The Zon Regency Hotel By The Sea
MATTA Fair Kelantan 2008
Date : 08 - 10 Aug 2008
Venue : Dewan Gelanggang Seni Kota Bharu
MATTA Fair Kuala Lumpur 2008
Date : 05 - 07 Sep 2008
Venue : PWTC, Kuala Lumpur
Design ini akan live pada saat pertama 12 malam waktu Amerika Barat! Sementara itu screenshots.
Apa komen anda? Facebook semakin menjarak diri melalui dari laman-laman sosial lain terutamanya MySpace tetapi masih gagal menandingi keunggulan LinkedIn sebagai satu laman sosial “bertamadun”.
1 - 3 August 2008 11:00 am - 9:00 pm
KL Convention Centre, Kuala Lumpur
Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru, Johor
Central Square, Sungai Petani, Kedah
Dewan Sri Mentakab, Mentakab, Pahang
8 - 10 August 2008 11:00 am - 9:00 pm
Penang International Sports Arena, Penang
Mahkota Parade Melaka, Melaka
Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu, Sabah
Dewan Tun Hj Mustapha, Lahad Datu, Sabah
14 - 16 August 2008 11:00 am - 9:00 pm
KB Mall, Kota Bharu, Kelantan
Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu
Star Parade, Alor Star, Kedah
15 - 17 August 2008 11:00 am - 9:00 pm
Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang
Seagate telah mengumumkan pada hari ini - 10/07/2008, bahawa mereka telah mengeluarkan 3 harddisk baru. Harddisk 1.5TB adalah yang pertama didunia dikeluarkan untuk pengguna desktop, manakala dua lagi ialah harddisk separuh terabyte iaitu 500GB dicipta untuk komputer riba.
Seagate mengumumkan juga nama yang diberikan ‘Barracuda 7200.11′ sekali gus menaikkan nama seagate sebagai pengeluar harddisk dengan ruang simpanan terbesar dunia pernah dikeluarkan. Antara saingan lain adalah Hitachi dan Samsung, masing-masing dengan 1TB.
Seagate Barracuda 7200.11 hanya menggunakan empat ’platter ‘ untuk ruang simpanan 1.5TB itu dan menggunakan teknologi Perpendicular Magnetic Recording, PMR untuk keupayaan membaca.
Untuk maklumat lanjut boleh berkunjung ke laman rasmi Seagate.