Arkib

Esok, 1 November, Google akan melancarkan ‘application programming interface’ yang dinamakan OpenSocial. TechCrunch melaporkan OpenSocial ini dilancarkan untuk menyaingi Facebook yang baru sahaja menerima US$240M dari Microsoft tempoh hari. Tetapi pada pandagan saya ini adalah permulaan untuk Google menjadi champion dalam niche ini.
Mengapa? OpenSocial akan disertai oleh Orkut, jaringan social milik Google; Friendster, jaringan sosial pertama di Asia; Xing, jaringan sosial untuk perniagaan; Ning, aplikasi dimana anda boleh mencipta jaringan sosial sendiri; Plaxo, aplikasi dimana anda boleh memerhati jaringan-jaringan sosial yang lain; LinkedIn, jaringan sosial untuk professional, Newsgator dan Oracle. Kesemua ini akan bertindak sebagai host atau penyedia perkhidmatan. Manakala Slide, Flixster, iLike dan RockYou akan bertindak sebagai pembangun aplikasi rasmi OpenSocial.
OpenSocial ini akan menyatukan semua penggunaan API dalam satu markup language dalam kata lain setiap kali muncul aplikasi jaringan sosial, maka tidak perlu lagi membina API tambahan. Sebaliknya, terus menggunakan OpenSocial. Ini akan memudahkan para pembanguan aplikasi berasaskan web.
Tunggu sahaja apa kesudahan ‘peperangan’ ini.
# Gambar ihsan, TechCrunch.
# Link ke halaman OpenSocial hanya akan berfungsi pada 1 November 2007 mengikut masa Amerika Syarikat.
Entri sebelumnya « US$240M untuk Facebook
Sudah ada 19 respon untuk entri ini »
Sila tinggalkan komen anda di bawah
Langganan RSS
Inginkan kemaskini di InfoMalaya dot com dihantar terus ke peti mel anda? Sila masukkan alamat emel anda di ruangan yang disediakan. Kami takkan sesekali menyalahgunakan emel anda, lagi pun kami bukan orang jahat.
*Sila rujuk artikel ini sekiranya anda masih samar-samar tentang langganan RSS.
Komen dari Azhar Ahmad · October 31, 2007 @ 3:45 pm
Tak larat dowh nak kejar semua teknologi ni….
Komen dari pali · October 31, 2007 @ 5:39 pm
Go Gooogle!
Komen dari nik2121 · October 31, 2007 @ 9:29 pm
Google telah membuktikan bahawa ada wang, anda boleh mendapt segalanya. Hahaha….!
Pingback dari Malaysian Blogger Rss Feed » Blog Archive » OpenSocial, Respon Google Terhadap Jaringan Sosial · October 31, 2007 @ 9:43 pm
[...] Source: Ariff Azraai [...]
Komen dari awqi_zar · October 31, 2007 @ 10:49 pm
mampukah open social milik google nie bersaing dgn facebook yg mmg ramai pengikut..mcm xfair plak..facebook sorg2 jek tp opensocial gabungan social web laen…huhu..tp facebook diperkuatkn dgn 3rd part..huhu..lwnlah open social nie dgn facebook..ngehngeh..semoga opensocial berjaya..
p/s:kalaulah hulu.com available kat malaysia(currently not supported),dh ble tgk bionic woman,heroes dsb..huhu..
Komen dari azraai · October 31, 2007 @ 10:53 pm
nak tgk hulu punya content. tgk dekat AOL guna proxy
Komen dari awqi_zar · October 31, 2007 @ 10:55 pm
ble gne proxy ker bro?hulu mmg xble tgk tue yg cube tgk kat aol tp xdpt..nnti try gne proxy..thanx bro..
Komen dari flisterz · November 1, 2007 @ 1:06 am
menyatukan semua penggunaan API dalam satu markup language.
wow. idea yg sgt bijak. kne follow kot bnda ni. thanks Azraai.
Dah abis PMR ni, ko rajin2 la provide2 info2 camni ye.
Komen dari vangardx · November 1, 2007 @ 8:05 pm
huhu..berapa bnyk kita nk kena register nie?
Komen dari nik2121 · November 2, 2007 @ 3:12 pm
Weh… MySpace pun dah join OpenSocial!
http://www.christopherspenn.com/2007/11/02/myspace-joins-googles-opensocial/
Komen dari pluginbaby · November 2, 2007 @ 6:43 pm
ikram zidane kena suspend?? naper?
Komen dari nik2121 · November 2, 2007 @ 7:44 pm
Ntah la… Terkejut gak aku….
Komen dari MakLaN · November 3, 2007 @ 10:34 pm
dah malas da na join bebende nih .. wat blog lg best
Komen dari azlan a.raof · November 6, 2007 @ 2:55 am
mm pasni sng lah login satu merangkumi semua dah..
Komen dari Bat · November 6, 2007 @ 5:07 am
Hehe..Itu sudah pasti, tak gaduh nak ingat username ngan password banyak2..
Komen dari nik2121 · November 6, 2007 @ 5:27 am
Kalau camtu, OK la. Senang sikit kerja. Hahaha…
Komen dari azraai · November 6, 2007 @ 3:51 pm
opensocial ni API bukan mcm openID. Kira cross flatform untuk develop application. Kalau ada widget dari slide.com yg dibina untuk myspace contohnya. maknanya widget tu bleh jugak guna dekat plaxo atau friendster.com
Komen dari nadzal · November 15, 2007 @ 7:29 pm
Ala. Dah kena beli dah facebook dari Microsoft? So, Sekarang bermulalah persaingan lagi antara Google dan Microsoft. Hoho..
Komen dari Ariff Azraai · November 16, 2007 @ 2:38 am
facebook tak pernah dibeli leh Microsoft.