Arkib

Rasanya dah banyak laman web yang menyediakan servis untuk memendekkan URL yang panjang, contoh yang paling popular ialah TinyURL. Tapi, apa pun, kita lihat juga apa kelebihan NyumNyum yang mana telah dibangunkan oleh orang tempatan kita iaitu Encik Fazlee dari phixelcode.
Apa yang menarik?
- Antaramuka laman web yang kemas dan simple.
- Dibangun dengan menggunakan CodeIgniter.
- Apabila URL yang berasal dari blog, secara automatiknya NyumNyum akan menghantar trackback.
- Percuma dan tiada iklan buat masa ini sebab masih diperingkat beta.
- Apabila URL yang telah dipendekkan itu diklik, kita akan dibawa dahulu ke laman web NyumNyum(Di sini URL asal akan ditunjukkan secara penuh), berbeza dengan kebanyakan servis laman web lain yang terus membawa kita ke laman web yang ingin kita tuju.
Apa yang boleh diperbaiki?
- Sediakan akaun untuk pengguna agar pengguna dapat melihat jumlah klik yang telah dibuat, opsyen untuk menghantar trackback atau tidak, dan juga opsyen sama ada ingin membawa pengguna terus ke laman web yang dituju atau dibawa dahulu ke laman web NyumNyum.
- *Sila tambah sendiri di ruangan komen
Berikut merupakan contoh URL yang telah dipendekkan. Boleh klik untuk melihat kesannya, http://www.nyumnyum.com/_2729e881.
Selamat mencuba dan sokonglah produk buatan Malaysia. ^_^
Entri sebelumnya « Which Ads Network Do You Hate More?
Komen dari zairul · May 24, 2008 @ 1:11 pm
rasanya domain “nyumnyum” terlalu panjang untuk shorturl services..
apapun ucapan selamat maju jaya untuk developer
Trackback dari [NyumNyum URL Jumper] · May 24, 2008 @ 1:30 pm
NyumNyum URL Jumper…
This page URL has been shorten!…
Komen dari Icednyior · May 24, 2008 @ 5:26 pm
I tak brapa suka dier buka web dier sendiri lepas dah click link tu. Leceh la click dua kali
Komen dari MK · May 24, 2008 @ 5:38 pm
buat renyah je kena klik banyak kali kat link tu
keep up the good work phixelcode
Komen dari abdfatah · May 24, 2008 @ 9:27 pm
kalo buat double cloaking boleh tak?
Komen dari fazlee · May 24, 2008 @ 10:25 pm
thanks for the comments, actually the double clicking is a security measures so you wont go to a website that you dont want to.
So, rather than being forwarded automaticly, you can preview the link first. Kalau kena website porno, kan susah?
Komen dari azwanhadzree · May 25, 2008 @ 12:52 am
nyumnyum tu pun dah panjang, pas tu nak kena click pulak sekali lagi
kalau gunakan utk hide affiliate link tak sesuai
Komen dari kita · May 25, 2008 @ 8:09 am
yessss…sokong produk tempatan
Komen dari Junaidix · May 26, 2008 @ 11:27 am
Apsal NyumNyum tu main Jumper-jumper tuh? :-/
Komen dari awqi_zar · May 26, 2008 @ 4:30 pm
mmm..ak minat startup..dan nie startup buatan malaysia yg ke berapa yek..harap ade lg startup yg power2 dari anak malaysia..