Pintasan ke kandungan utama

Blog / Arkib / Muat turun video dari youtube dalam mp4

Muat turun video dari youtube dalam mp4


Secara amnya, apabila kita memuat turun video dari laman web youtube(sama ada guna perisian atau pun laman web sokongan seperti vixy.net), kita akan mendapat fail dalam bentuk FLV, dan kemudiannya akan diubah ke dalam bentuk mp4. Agak efektif dan mudah, tapi masalahnya di sini fail dalam bentuk FLV mempunyai kualiti yang agak rendah.

November tahun lepas, pihak youtube telah memulakan gerakan untuk menyediakan video dalam kualiti yang lebih baik, dalam resolusi 448×336 berbanding dengan resolusi lama iaitu 320×240. Tapi sila ambil perhatian, bukan semua video di sana berada dalam format baru ini. Semuanya bergantung kepada nasib, hehe..

Tapi apa-apa pun, tak salah kan kalau kita mencuba. ^_^

Kalau ikutkan hati, aku nak tulis secara lengkap tutorial ni kat sini, tapi aku tak berjaya nak masukkan script pautan javascript untuk bookmarklet tu kat sini(Siapa boleh tolong?huhu). Nak tak nak terpaksalah letak pautan ke laman web yang berkaitan untuk sesiapa yang nak cuba. Tapi rasanya panduan dalam lamab web tu mudah untuk difahamkan. Tapi kalau ada sebarang masalah, boleh usulkan di ruangan komen.



6 respon untuk entri “Muat turun video dari youtube dalam mp4”

  1. firdee (#)


  2. xeRo (#)

    kalau nak tgk saje dan inginkan quality yang lebih baik.. tambahkan &fmt=6[480x360 - 665kb/s] / &fmt=18[480x360 - 602 kb/s | mp4] dihujung url video tersebut.. cth: http://youtube.com/watch?v=ABCDE&fmt=6


  3. am (#)

    laaa… firefox kan memang ada plugin yang boleh download any video dari video site… bat taktau ker… tapi am biasa pakai sothink web video downloader dia ada player sekali dan plugin ff yang dah di pasangkan sekali dalam installer dia…


  4. Bat (#)

    @am: Sebelum ni memang dah tau pasal plugin tu, tapi cuma nak kasitau tentang kewujudan video berkualiti tinggi yang dah ada dalam youtube..Bat baru ja tau pasal benda ni, huhu..


  5. ariffi (#)

    saye baru tahu pasal nie tapi kalau pakai hp utk muat turun vdeo tersebut boleh tak.kalau pakai hp lebih mudah jika kita berade di mane-mane.tak kan nak bawak leptop ke hulu ke hilir. Hp y saye maksudkan ialah yang mengunakan platform Symbian s60 3rd Edition contoh Nokia N81. Kalau boleh! Bagaimane? Dimane? Bile?.10q


  6. sukaSuki (#)

    baru aku tahu boleh download video kat utube.. nice tips


Panduan untuk memberi komen

  • Sekiranya ingin bertanya soalan, sila spesifikkan soalan anda.
  • Jangan terasa hati sekiranya komen anda tidak terjawab. Ada kalanya penulis entri ini terpaksa mengutamakan komitmen masing-masing.
  • Perdebatan secara sihat dialu-alukan. Tapi sila gunakan bahasa yang sopan dan sedap dibaca.
  • Komen yang berbentuk spam akan dipadam serta merta tanpa notis 24 jam(hehe).
  • Dan, terima kasih kerana sudi memberikan komen. ^_^

Tinggalkan komen