Motivasi ketika berBLOG - Perlukah?

Motivasi – Elemen dalaman yang menyedarkan, mendorong atau mengekalkan sikap atau keadaan seseorang itu. (Translasi dari Woofolk, 1993, mukasurat 336).
Pernah tak terfikir semasa kita berblog, tatkala kita ketandusan idea atau lebih dikenali sebagai mental block, dan lepas tu, kita dapat bangun semula yakni kembali menulis seperti biasa ataupun lebih baik dari sebelumnya? Itulah motivasi sebenarnya, keadaan di mana kita bagaikan mendapat satu tenaga yang luarbiasa untuk menggerakkan tangan untuk menaip mengikut apa yang berada dalam akal fikiran kita demi melahirkan satu karya agung yakni entri untuk blog…Fuhh..
Tapi dalam sedar tak sedar, kitalah yang mencipta motivasi untuk diri kita sendiri. Orang lain? Kalau setakat nasihat, teguran dan sebagainya, tetap tak berguna kalau kita sendiri yang tidak berubah, betul tak?
Bercakap mengenai motivasi, setiap orang perlukan motivasi untuk hidup dan mencapai impian masing-masing. Setiap orang, tanpa kompromi. Walaupun seorang penoreh getah sekalipun, yang bangun awal pagi untuk pergi menoreh semata-mata untuk mencari sesuap nasi untuk dirinya atau pun keluarganya, dia tetap mempunyai motivasi. Dia perlukan motivasi itu untuk terus berkerja.
Dan apabila mengaitkan perkara ini dengan blog, percaya atau tidak, kita pun perlukan motivasi untuk terus menulis entri walaupun tak ramai membacanya, sebab kita ada objektif kita sendiri, kita ada kepercayaan kita sendiri, dan kita nak buktikan yang “Aku takkan biarkan orang lain fikir yang aku ni lemah sangatâ€. Begitu? Tapi fenomena blog di Malaysia ada bermacam coraknya, ada yang berbentuk info, bercorak politik, berkenaan perniagaan dan kebanyakkannya berbentuk peribadi. Dan yang pastinya, setiap daripada mereka mempunyai motivasi yang berlainan, atau mungkin juga sama untuk terus menulis.
Jom, mari kita lihat beberapa elemen yang mungkin menjadi pendorong atau motivasi kepada seseorang blogger yang aku alami dan dapat lihat.
Mendapat komen yang banyak di blog – Tak dinafikan, komen memainkan peranan penting dalam menaikkan semangat penulisnya, lagi banyak komen, lagi bagus. Sebab kita rasa seronok dan puas kalau ada orang yang membaca dan memahami penulisan kita.
Populariti – Hehe, populariti, satu elemen yang mungkin ramai blogger idamkan. Menjadi popular di internet juga salah satu pembakar semangat untuk terus berblog supaya tahap populariti itu terus kekal.
Mendapat teguran/pujian/cacian – Urghh…Ini kes berat, mengenai teguran dan cacian, ada dua kemungkinan, sama ada bangkit dan teruskan berblog atau pun terus berkubur bersama-sama teguran/cacian tadi. Tapi aku harap, jadikan perkara ni sebagai lumrah alam, anggaplah ianya sebagai batu loncatan, bukan batu buat lempar kat orang tadi…Hehe..Pujian? Ini juga bahaya, boleh jadi lupa diri kalau tak dikawal, jadi ingat-ingatlah ek..hehe..
Duit? – Ya, duit juga satu motivasi. Tak salah kan kalau buat duit guna blog? Dan jangan pandang serong kepada mereka yang membuat duit dengan blog. Golongan ini mempunyai perut yang perlu diisi dan bil hosting yang perlu dibayar. Sebut pasal duit, aku tengah tunggu cek dari Advertlets, ntah bila la nak sampai..huhu..
Cemburu? – Er, cemburu di sini bermaksud cemburu yang baik, iaitu cemburu yang bukan hasad dengki. Sebagai contoh, â€Aku cemburu la tengok blog Mael yang popular tu, aku musti bikin blog yang lagi power dari dia!â€. Hehe, sori Mael, apa-apa hal, kau memang blogger popular!
Jadi, itulah serba sikit motivasi atau dorongan yang aku gunapakai dan dapat lihat. Mungkin ada yang tak betul dan mungkin ada lagi yang aku terlepas pandang. Jadi, kalau ada motivasi yang ingin dikongsi, jangan segan-segan, tulis ja kat ruang komen. Boleh bantu blogger lain, tak gitu? Sebab ada beberapa rakan aku mengatakan mereka dah malas dan tidak bermotivasi untuk menulis di blog masing-masing…Alahai…
p/s : Tinggal beberapa jam saja lagi untuk aku ke Pangkor, dan tak sampai 24 jam dari sekarang, genaplah setahun InfoMalaya sebagai blog. Aku nak ambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pembaca dan rakan blogger yang sudi membaca entri-entri di sini. Dari jumlah pelawat yang sehari cuma 10 orang, dan kini sudah pun mencecah 4 angka sehari, Alhamdulillah…Namun, perjuangan harus diteruskan..hehe…Jumpa lagi ya! ^_^
med (#)
July 31st, 2007
salam….
jeles tgk org pandai publishd website sendri…
arghh..
aku brminat tpi xtau nak rujuk kat sapa…
pnh cmmnt kat blogger tapi dia bt derk jeh..
tlg ajar aku..
add aku kat myspce klu ada…
plzx..
abdfatah (#)
July 31st, 2007
cari je panduan tu dalam google ke wangcyber ke kat sini ke kat mana2 laa yang boleh dicari maklumat tersebut…
mula2 nih kena cari laa sendiri. takkanlah nak nanya sorang dia aje lain laa kalo dia ada support untuk hang yang bleh diberikan.
motivasi memang perlu ada. jika tidak anda akan rasa lemah semangat. saya rasa cara yang terbaik adalah memberikan motivasik kepada orang lain. biar orang lain bersemangat dan kita bersemangat sama untuk menulis dengan lebih riang dan gembira. jadikan ia sebagai hobi yang bermanfaat dan tidak perlu menulis untuk setiap hari. itupun kalo boleh setiap hari…
jika tidak sekalipun sekali sekali dan jangan berhenti. kalo nak berhenti jugak? tak bleh nak kata apa dah…
avataraang (#)
July 31st, 2007
wah..jelesnya aku..ble la agaknya blog aku blh capai pengunjung sekurang-kurangnya 3 angka sehari..sedih btl..sila ber tunjuk ajar kpada aku..jgn lpe singgah la http://www.biliksebelah.wordpress.com..
owner jgn marah ye sebab aku letak url page aku…hehehehe…
aad_lfcfn (#)
July 31st, 2007
post yang menarik, bat..aku tk pandai nk motivate kan diri sendiri..so takde cara lain ‘jadi rajin’ selain untuk bina semangat untuk buat yang terbaik dan amalkan prinip just do it..
abdfatah (#)
July 31st, 2007
takper laa tak dapat 3 angka sehari pun dapat 3 angka sebulan pun ok apa? yer tak? kena sabar dan perkemaskan minda dan siap siagakan penulisan yang terbaik untuk masa depan…
zu(/'_')/\('_'\)Wii (#)
August 2nd, 2007
ishk, motivasi penting sangat2… kekuatan seorg blogers bergantung pada motivasi die.. aku kalau x dpt bace motivasi lifehack ke, mmg x de motivasi nk wat blog ni… aku nye blog x segempak ko mat.. tp go back to your discovery channel on motivation i would give you thumbs up for motivation. nothing else matter rather than motivation to keep you alive on doing things that you like.
azwanhadzree (#)
August 2nd, 2007
nampak nya kau sudah berada di pangkor sekarang. kenapa tak ajar aku …
catz (#)
August 3rd, 2007
motivasi..erm..aku terkeluar dr semua tu sbb aku blogger syok sendiri..aku menulis bile aku aku idea..jika aku bermotivasi keterlaluan blog aku menjadi sgt aneh nanti.
aad_lfcfn (#)
August 3rd, 2007
catz..aku rasa kita mempunyai pattern yang sama…lol..
aman (#)
August 4th, 2007
wah..gi pangkor ke bat, dah seminggu tak on9, macam-macam aku tertinggal..
Bat (#)
August 4th, 2007
@med: Aku takda myspace, kalau ada apa2 yang ditanya, emel saja aku, InsyaAllah kalau boleh bantu, aku bantu..
@abdfatah: Kadang2 aku sendiri rasa nak berhenti ja, tapi nasib baik kawan2 ada yg nasihat suruh teruskan..hehe..
@avataraang: Relek bro, ada apa2 datang la bilik aku..hehe
@fuad: tenkiu fuad, takpa fuad, teruskan mana yang penting dulu sekarang.. =)
@Zu: takda la gempak mana blog ni, kalau gempak pun, sebab pengunjung2 blog ni.. =)
@Azwan: hehe, aku pergi sebab urusan maktab la, tapi memang best la pergi sana..
@Catz: Erk, camtu lak, tapi takpa, aku akan nantikan entri2 hang nanti..
@Aman: Aah, patut la hang takda, dah pergi unisel rupanya..
azwanhadzree (#)
August 4th, 2007
selamat kembali .. best ah kau pergi dengan cikgu2 .. ada yang comel2 tak?