Arkib

Aku suka menanda laman-laman web yang aku rasakan sesuai dengan jiwa aku, termasuk yang aku rasakan perlu untuk menyiapkan tugasan aku. Sebabnya, kadangkala aku tidak punya masa untuk membaca sehingga habis. Jadi aku perlu kembali semula ke laman web berkenaan untuk dibaca semula. Aku tidak menggunakan bookmark yang disediakan oleh FireFox, sebab ada kalanya aku online di cybercafe dan di komputer orang lain. Jadi aku rasakan servis laman web social bookmarking amat sesuai dan efektif untuk orang seperti aku. Selama ini aku menggunakan khidmat Del.icio.us, tetapi baru tadi aku terjumpa satu lagi laman web yang fungsinya serupa, tetapi berbeza sedikit dari segi rupanya. Namanya Ma.gnolia.Com, bukan jenama aiskrim, tetapi itulah nama yang diberi kepada laman web ini. Mungkin aku akan mencubanya sedikit masa lagi. Ada sesiapa yang pernah mencuba? hehe..Sila maklumkan kepada aku.. ^__^
* Entri seterusnya akan menyusul tengahari nanti.. Tak payah tunggu tengahari, sebab aku takda benda yang nak dibuat sekarang..hehe..
Entri sebelumnya « Berita menarik hari ini
Pingback dari Nak Google Crawl Cepat Blog? - Diari Adsense.com · November 4, 2007 @ 10:56 pm
[...] InfoMalaya Tentang Magnolia [...]