Lelong.com.my bertukar wajah, sedikit
Perlu’kah aku perkenalkan laman Lelong.com.my kepada semua? Aku pasti dan yakin, hampir 99% dari pembaca InfoMalaya sudah kenal akan Lelong & mungkin juga Lelong adalah antara laman pertama yang kalian jumpa apabila mengenal dunia internet. Aku tahu, kerana aku begitu. Hari ini aku masuk setelah beberapa hari sibuk dengan hidup, Lelong telah bertukar paras rupa.
Tidak banyak perubahan yang aku nampak sebenarnya pada Lelong. Secara asas’nya, susunatur barang yang di’featurekan masih sama seperti dulu, iklan-iklan scam jual e-book karut masih wujud di’sisi sana. Aku pelik sebenarnya, Lelong sebenarnya tidak menjaga kredibiliti mereka dengan membenarkan iklan-iklan karut begitu bermaharajalela. Mereka adalah golongan pencinta duit semata. Jika aku punya wang berjuta, sudah aku beli seluruh Lelong dan tak akan ada walau sepiksel iklan-iklan karut. Lelong, watch out!
Dan, apa yang paling aku suka tentang perubahan Lelong kali ini, mereka menggunakan tab content yang sangat nampak ciri Web2.0. Aku suka style begini kerana ia meminimakan penggunaan ruang & nampak lebih kool berbanding meletakkan semua content di’frontpage secara berterabur. Ini sahaja pun yang aku suka. Header masih sama, logo masih sama. Iklan-iklan karut itu amat menyesakkan mata.
Pastikan kalian ke’sana melihat wajah baru Lelong.com.my, dan jangan klik pada iklan-iklan karut itu semua. Biarkan conversion rate mereka rendah, sekaligus Lelong akan mula berfikir dengan lebih profesional.
Ahmad uzair (#)
August 14th, 2007
betul la,dah best dah navigation die.Aku setuju kalau dia buang iklan ’scam’ tue.Baru nampak lebih professional sikit.Tak mustahil boleh jadi ebay. Malaysia punya ebay macam dah nak mati dah,tapi baru-baru ni dapat kol dari diorang nak tolong aku punya kedai dalam tue nampak lagi besh.
Maknanya diorang sekarang dalam sasaran kembali..So, watch out..
muyaszed (#)
August 14th, 2007
Iklan diorang ni memmang merimaskan, tapi kebarangkalian diorang remove iklan aku rase rendah, sebab diorang dapat unutk banyak tu daripada iklan auction dia ni..
flisterz (#)
August 14th, 2007
aku setuju dengan pendapat ko ttg iklan tu. jenis2 iklan kat page mereka memberi simbolik tentang kredibiliti mereka. ko memang bijak
on the other hand,lelong sudah nmpk lagi kemas. cool!
azraai (#)
August 14th, 2007
oktober, ini aku akan start satu database untuk filter site-site bodoh mcm itu. iklan di situ seperti gay dan menjadi kebarangkalian untuk aku masuk ke lelong.com.my satu dalam sejuta.
mohdismail (#)
August 14th, 2007
iklan di’situ seperti gay? ha ha ha.. mari kita tentang gerakan internet scam sebegitu..
avataraang (#)
August 14th, 2007
aku xbiasa la masuk lelong ni..aku sebenarnya xreti nak bid2 harga, sebab 2 aku xminat masuk ebay ke, lelong ke..hehehe..tapi aku tengok macam best je lelong.com ni..hehehe…
ikram_zidane (#)
August 14th, 2007
lol.. i would most definitely like to see that happen.. ‘cakap memang mudah’..
bagi aku, sesiapa aje yg letak ads kat ‘blog’ tak layak komen mcm tu..
rahimi (#)
August 14th, 2007
lelong ni bagus jugak sebenarnya, ari tu kawan aku ada bid satu jam swatch ni (x ori, nmpk ja ori) harga dia bid rm2 ja + rm10 utk cas hantar brg tu…murah la sesangat…kat pasar mlm pun harga dia rm25.
btw, aku setuju la klu lelong ni dia buang iklan yg cam x dak pekdah utk pengguna ni.
ikram_zidane (#)
August 14th, 2007
dekat lelong.com.my mesti la barang2 dia murah.. kalau tak baik orang pegi kedai je beli..
biasa nyer
harga + postage
mohdismail (#)
August 14th, 2007
duhai Ikram… itu adalah ayat sinis untuk membuatkan pembaca berfikir.. ‘jika’ itu menunjukkan peristiwa ‘jika dan hanya jika’..
cuba la, sekali, kau tak lemparkan elemen negativiti ke’dalam tulisan aku yang tak berapa pandai ni..
*ayuh ke Rumpun 2007… itu hari cuti sekolah…
azraai (#)
August 15th, 2007
iklan sepatutnya bermanfaat, bermaklumat, dan bergunan kepada berguna dan bukan bentuk scam.
ikram_zidane (#)
August 15th, 2007
aku rasa korang yang terlalu negtaif tentang ni semua.. aku dah klik semua iklan tu, semuanya betul2 mcm yg ditulis.. takde unsur2 scam pun..
“jika” korang pun dapat 31mil pageview, aku rasa korang pun akan letak banyak ads..
difference between your ad with them is yours look more beautiful, that is all.. i think all of the ads kat your blog dari adsense ke, nuffnang ke semuanya sama je, “karut”.. besides that, they also may got stuff to pay like hosting..
personally, i have made deals at lelong.com.my and i have benefited from the ads on several ocassions. i am not being negative, it just i am not blind-sided looking at lelong.com.my
Bat (#)
August 15th, 2007
@ikram_zidane: releks..Jangan melenting sangat..Tiap orang ada pendapat masing-masing..Aku selalu masuk gak, sebab nak carik collector’s item cam pisau dan buku-buku terpakai..hehe..
Jom la ke Rumpun 2007, datang tau..
xeroxaven (#)
August 16th, 2007
yoo..nih website ape nih..isk..tak sampai seminit aku disana..aku sudah pun keluar..aku tak suke jenis website “sile klik iklan”..
aku tertarik kat iklan =
Gegar “U” Duit “U” projek duit utk Student “U”..
miahahaha..pethatic!!
Khai (#)
August 17th, 2007
sama seperti myspace, yahoo n friendster, ape keuntungan lelong buat website tu… ianya tidak lain dan tidak bukan, cari keuntungan melalui iklan..
tanpa iklan, sapa nak tolong bayarkan bebanan hosting tetiap tahun…
hikhiks..
zool (#)
August 17th, 2007
Dah lama tak tgk lelong.com.my
tak tau pun apa2 perubahan yang berlaku di website tu…
teringat masa dulu2 beli kamera kecik pakai lelong.com.my
sekarang dah kurang berminat lagi…
muyaszed (#)
August 18th, 2007
Sebenarnya website macamni kalu lawat saje-saje je agak boring, tapi akalau memang adad tujuan nak cari sesuatu website ok gak…aku pun pernah jual dan beli barang kat sini banyak kali.