Pintasan ke kandungan utama

Blog / Arkib / Lama tak nampak? Apa cerita?

Lama tak nampak? Apa cerita?

infomalaya.png
Setelah sekian lama mendiamkan diri tanpa entri dan komen-komen di blog rakan-rakan, akhirnya hari ini aku muncul juga. Alasan yang aku boleh sebutkan, terpaksa meninggalkan komputer buat sementara waktu di kampung. Macam tak masuk akal, tapi kenyataannya, begitulah nampaknya. Penulis InfoMalaya yang lain pun ada komitmen dan perkara yang perlu diutamakan, jadi sebab tu mereka pun tak dapat nak menulis di sini.

Baik, abaikan dulu pasal tu, lagipun semua dah faham yang aku ni bukan blogger sepenuh masa. Jadi tak ada apa yang perlu dirisaukan. Tentang perihal blog ni, aku dah cuba baiki beberapa benda yang aku dapat dari maklum balas tempoh hari. Harap-harap design kali ini dapat bertahan lama. Tapi bulan Februari nanti mungkin ada sedikit ‘perubahan’.

Sebelum tu, aku lupa nak cakap yang sejak aku guna design versi 6 ni, aku dah pasangkan sekali script untuk kaji tingkah laku pembaca. Ingat lagi tak CrazyEgg? Aha, aku guna servis tu. Gambar di bawah merupakan gambaran aktiviti pembaca ketika melayari blog ni.
crazyegg.png

Jadi?

Kalau diperhatikan betul-betul, hampir semua pautan telah pun digunakan oleh pembaca(Tak termasuk akulah). Bahagian yang paling cerah mewakili kawasan yang paling banyak diklik. Aku dah dapat buat kesimpulan sendiri. Tapi aku masih lagi was-was tentang penerimaan pengguna/pembaca blog ni, risau jugak kalau-kalau ada yang masih tersesat/serabut bila masuk sini. Sebab aku rasa, design yang aku buat ni boleh dikatakan macam experimentasi. Jadi dalam bereksperimen, mesti ada yang tak kena.

Owh, lupa nak cakap, sekarang CrazyEgg dah ada fungsi baru iaitu Confetti, sangat menarik. Aku nak cerita sini pun tak guna, sebab kena guna sendiri baru boleh tahu macam mana rupanya, haha.

YouthSearch 2008?

Baru-baru ni ada dapat panggilan dari staff mereka tentang jemputan ke PWTC 18 Januari bersamaan dengan hari Jumaat jam 11 pagi. Aku mungkin tak dapat datang, tapi memang berharap nak datang. Tengoklah macam mana nanti. =)

Dan, Selamat menyambut tahun baru Hijrah!

Rasanya masih belum terlambat, kan? Selamat tahun baru Hijrah kepada semua. Semoga tahun ni kita dimurahkan rezeki dan negara kita kekal aman, InsyaAllah… =)



22 respon untuk entri “Lama tak nampak? Apa cerita?”

  1. bitter (#)

    welkem back!!

    ooo nice..crazy egg! nice analysis ehehe


  2. kita (#)

    boleh kata hari-hari tunggu artikel baru dari infomalaya :)..tapi memang tidak dinafikan kalau kita bukan blogger full time ,tindakan kita mesti ada batasan


  3. kita (#)

    eshhh napa komen aku tak masuk erkkk


  4. kita (#)

    napa komen aku tak keluar bila komen erk?


  5. syia (#)

    crazy egg ni susah tak nak gune? copy paste code je ke?


  6. Fahmishah (#)

    ekceli crazy egg ni dah lama, aku pon tau lama tp x pakai dah


  7. Azhar Ahmad (#)

    Juga selamat tahun baru….


  8. Noorizam Shah (#)

    saya dah dapt call dari youth malaysia hari tu. insyaAllah saya akan datang.. mai le..


  9. Pembebel (#)

    Nampaknya aku dah tertinggal kapal agak lama juga. Ekeke.


  10. Wizurai (#)

    PWTC? mungkin aku datang… sekadar menjadi silent visitor… snap gambar ke…


  11. Bat (#)

    Terima kasih cik bitter, haha..


  12. Bat (#)

    Terharunya, huhuhu…maaf sangat-sangat sebab tak dapat nak fokus sangat kat blog ni..

    p/s: Sori komen tu tersangkut kat Defensio, spam sekarang dah semakin ganas, sebab tu la terpaksa guna Defensio..


  13. Bat (#)

    Senang ja nak guna Syia, letak ja script dia kat footer blog. =)


  14. Bat (#)

    Yup, awal tahun lepas lagi aku dah guna. =) Sesuai la kalau kita nak uji design baru.


  15. Bat (#)

    Selamat tahun baru juga Azhar, haha =)


  16. Bat (#)

    InsyaAllah bro, tengok la macam mana nanti, aku cuba datang..

    p/s: Sori la tak kirim berita pasal ‘projek’ aritu, nanti dah siap baru kirim dalam email, huhuhu…


  17. Bat (#)

    Tertinggal? haha..Boleh kejar balik dengan kapal selam bro.. =)

    Aku konpius la, kadang-kadang aku rasa yg kau ni sama orangnya dengan encik Affuan, hahaha…


  18. Bat (#)

    Sampai sekarang, aku tak pernah tengok rupa Wizurai, huhu..Aku rasa ramai yang akan pergi hari Jumaat ni..Tengok la camna..Aku cuba..


  19. Chah_el (#)

    ha3..selamat kembali bat…sayang komputer tinggal-tinggalkan ek… :-)


  20. chah_el (#)

    alamak bat…tersilap letak username plak kat atas ni….sory..


  21. Qaiyum (#)

    Aku Pun Lame Tak Ke Sini. Huhu.. Kejam Tak Aku?

    Apepun Slamat Menempuh Tahun Baru Yang Semestinya Menjanjikan Cabaran Baru..


  22. Pembebel (#)

    Mana ada. Muahahaha.


Panduan untuk memberi komen

  • Sekiranya ingin bertanya soalan, sila spesifikkan soalan anda.
  • Jangan terasa hati sekiranya komen anda tidak terjawab. Ada kalanya penulis entri ini terpaksa mengutamakan komitmen masing-masing.
  • Perdebatan secara sihat dialu-alukan. Tapi sila gunakan bahasa yang sopan dan sedap dibaca.
  • Komen yang berbentuk spam akan dipadam serta merta tanpa notis 24 jam(hehe).
  • Dan, terima kasih kerana sudi memberikan komen. ^_^

Tinggalkan komen