Arkib

KreativeThemes.com, satu usahasama anak tempatan di dalam membangunkan rekaan-rekaan esklusif lagi eksekutif bagi tema premium WordPress (dan CMS yang lain pada masa akan datang) baru sahaja dilancarkan semalam.

KreativeThemes dibangunkan oleh Izuddin Helmi, Amirul Faisyal, Mior Muhammad Zaki, Ajmal Eylia, Flisterz, Fath, dan Mohd Huzairy. Semuanya masih muda(ehem).

kreativethemes-main

Membawa konsep tema WordPress yang ‘kreatif’ dan ‘cool’, KreativeThemes dijangka akan memberikan saingan sengit pada laman-laman web tema WordPress premium sedia ada di pasaran seperti WooThemes, StudioPress dan lain-lain.

Buat masa sekarang, sudah ada 2 tema premium berbayar, dan 1 tema premium percuma.

Sedikit ‘screenshot preview‘ kepada tema-tema tersebut :

1. Phanatics (premium) :

kreativethemes-phanatics

2. Viva-licious (premium) :

kreativethemes-vivalicious

3. Furvious (percuma) :

kreativethemes-furvious

InsyaAllah, setiap bulan sebanyak 2 tema premium akan dihasilkan, manakala satu tema percuma akan diberikan setiap 2 bulan.

Khas untuk pembaca InfoMalaya :

Sebagai penghargaan kepada pembaca InfoMalaya, KreativeThemes dengan ini memberikan kupon diskaun sebanyak 40% khas untuk pembelian tema-tema KreativeThemes. Gunakan kupon di bawah semasa membuat pembelian tema pilihan :

35475

Terma dan syarat :

1) Kupon sah digunakan sehingga 16 November 2009.
2) Kupon ini melayakkan anda mendapat diskaun istimewa sebanyak 40% untuk kesemua tema premium KreativeThemes bagi kesemua jenis pakej (single & webmaster).
3) Kupon hanya sah digunakan untuk pembelian pertama sahaja.
4) Kupon sah untuk 100 pembaca pertama InfoMalaya sahaja.

Berkenaan Design Submission

Kepada mereka yang mempunyai bakat terpendam atau tersendiri dalam rekabentuk laman web, bolehlah turut serta dalam ruangan menghantar rekabentuk tema Wordpress. Hadiahnya lumayan bung! =D

Relevankah membayar wang untuk tema premium?

Ramai yang tak sedar, anda bukan sahaja dapat tema Wordpress, tapi anda juga turut mendapat support dari krew KreativeThemes. Mereka akan menjawab dan membantu anda sekiranya ada masalah berkenaan tema yang telah dibeli. Jadi pandangan skeptikal mengenai tema premium berbayar haruslah dibuang jauh-jauh, hehe.

Akhir kata, sokonglah produk buatan tempatan.

Yang melaporkan,
Bat

Mengenai penulis

Entri ini telah ditulis oleh Bat

Laman web penulis : http://mohdhuzairy.blogspot.com/

Bat atau nama sebenarnya, Mohd Huzairy ialah seorang guru pelatih sekolah rendah di sekitar Kuala Lumpur. Tiada apa-apa yang menarik mengenai beliau, kecuali beliau suka tidur secara berlebihan dan kadang-kadang tidak tidur terus semalaman. Beliau merupakan ketua editor di infomalaya dot com.

Sudah ada 20 respon untuk entri ini »

  1. Komen dari abrar · October 18, 2009 @ 12:25 pm

    memang menyentap sekali design dia.

  2. Komen dari KNizam · October 18, 2009 @ 12:41 pm

    aku nak theme untuk makanmalaya.com ngan knizam.com dan juga treasurehuntmalaya.com

    nanti aku dah settle down kat islamabad aku contact ko ok. hehe :)

  3. Pingback dari KreativeThemes Launched! » Hellofath.com | Works . Personal . Creativity · October 18, 2009 @ 6:05 pm

    [...] about us, visit KreativeThemes official website. Footnote: For 40% off get the coupon from InfoMalaya and Amanz [...]

  4. Komen dari luth textile · October 18, 2009 @ 7:11 pm

    cun! nak godek2 sat..

  5. Pingback dari KreativeThemes, Malaysia premium themes developer - MuhdSyukri · October 18, 2009 @ 7:55 pm

    [...] who wish to buy their themes, early birds can get a discount using coupon that you can get it from InfoMalaya & [...]

  6. Komen dari azwan · October 18, 2009 @ 11:41 pm

    Bat, pakej tu dalam RM ke USD :) atau pun Rupiah

  7. Komen dari NoktahHitam · October 19, 2009 @ 3:04 am

    Lawa siot theme-themes die. Ni yg semangat nak buat LiteThemes ni. Bat, nak join? Sume gang izzudin ni darah mude je. Org tue mane leh ketinggalan :D

  8. Komen dari Bat · October 19, 2009 @ 9:58 am

    @abrar Terima kasih!

    @Knizam Ni custom theme atau premium themes dari KreativeThemes? *Pening aku, huhu*

    @luth Sila-sila =D

    @Azwan Dalam USD Azwan, hehe..

    @NoktahHitam Tenkiu Eddie. Orang tua itu adakah ditujukan juga untuk aku? LOL hahaha =P

    Pasal LiteThemes tu, mungkin terpaksa pass sebab aku dah join KreativeThemes. Tapi aku boleh rekemenkan beberapa orang designer lain kalau hang nak. =D

  9. Komen dari fazlee · October 19, 2009 @ 3:05 pm

    adakah harga2 yang dipaparkan itu adalah dalam matawang USD? :)

  10. Komen dari Bat · October 19, 2009 @ 4:31 pm

    @fazlee Dalam USD, sila rujuk halaman pricing.

  11. Komen dari aman · October 19, 2009 @ 11:10 pm

    @NoktahHitam : Wahaha. Hang dah tua yerk? Huhu.

  12. Komen dari NoktahHitam · October 20, 2009 @ 7:17 pm

    Alahai.. apakan daya. Tape, kayuh pelan-pelan.

    BTW, taste designer KreativTheme memang mantap! Wishing you all the very best!

  13. Komen dari Ikram Hakimi · October 21, 2009 @ 1:13 pm

    tabik hormat!

  14. Komen dari Bat · October 21, 2009 @ 7:51 pm

    @Aman Hang jangan tanya soalan tu, sensitif! huhu

    @NoktahHitam Eddie, abdus pun apa kurangnya, aku tengok dia talented, mungkin hang boleh gilap dia lagi =)

    Terima kasih untuk wish =D

    @IkramHakimi Terima kasih! =)

  15. Komen dari Affuan · October 25, 2009 @ 12:33 pm

    Saya suka themes FREE tapi 1 jek yang FREE? Hehe.

  16. Komen dari izuddin.helmi · October 28, 2009 @ 3:02 am

    Kami juga suka “FREE” tapi kami perlu makan makanan yang berkhasiat untuk membuatnya.. =)

  17. Komen dari azwan · October 31, 2009 @ 9:31 pm

    Bat
    Kalau 3 months = $299.90, selepas 3 bulan aku akan ada 6 + 2(sedia ada) premium themes kan? and since the price is for unlimited themed selama mana membership tu, kalau join selepas setahun, lagi byk premium thems boleh dapat … kan?

  18. Komen dari Fahmishah · November 1, 2009 @ 6:18 pm

    Semoga berjaya!

  19. Komen dari izuddin.helmi · November 1, 2009 @ 9:24 pm

    @azwan :

    Korang akan dapat semua theme yang dah ada dalam arhive kitorang selama tempoh tersebut =)

    Kalau ada apa2 pertanyaan, tanya : hello@kreativethemes.com :)

  20. Komen dari Amirul Faisyal · November 1, 2009 @ 10:19 pm

    Tambahan sikit untuk jawapan Izuddin @Azwan – Cuma nanti bila dah banyak theme kita akan buat revision harga, akan ada harga first time fee + normal subscription fee.

Sila tinggalkan komen anda di bawah

.

.

Langganan RSS

Inginkan kemaskini di InfoMalaya dot com dihantar terus ke peti mel anda? Sila masukkan alamat emel anda di ruangan yang disediakan. Kami takkan sesekali menyalahgunakan emel anda, lagi pun kami bukan orang jahat.

*Sila rujuk artikel ini sekiranya anda masih samar-samar tentang langganan RSS.

Rangkaian Sosial

Demi bersaing dengan teknologi internet yang semakin pesat dan kesat, kami pun tak ingin ketinggalan. Sertai kami di laman rangkaian sosial di bawah.

Atau, jika anda ada sebarang pertanyaan, sila ajukan ke hello@infomalaya.com