Arkib

Beberapa bulan lalu sejak wabak Web2.0 mula merebak, tentu korang pernah dengar tentang, terserempak dengan atau terpaksa guna (sebab client suruh) starburst badges untuk menonjolkan style Web2.0 pada rekabentuk laman web korang. Jika kita membuat carian ’starburst’ atau ’startburst badge’ di Google, berlambak koleksi percuma untuk di muat turun, tak kurang juga tutorial yang mengajar cara untuk membuat badges ini. Hasilnya? Starburst badges telah mendominasi rekabentuk pelbagai jenis laman web seperti ini, ini, ini, argh.. dan juga ini!

Too much of something is bad! Aku rasa aku dah bosan tengok starburst badges ini sebab kadang-kadang penggunaan badges tu bagai tak kena pada tempat, semata-mata je nak ikut trend atau hype.

Jadi hari ini, kita ubah mood sikit, mari kita cuba gunakan Web2.0 Stickers – rupa dia macam menarik bagi aku, macam ala-ala badge yang kita jahit kat jeans atau bag sekolah!

Pautan ini ada menyediakan koleksi stickers ini dalam pelbagai warna dan rekabentuk, file format .png, .eps dan .ai pun disediakan.

Side note: Banyak pendapat dan idealism yang terbentuk dari jargon Web2.0 ini terutama dari segi design atau rekabentuk. Secara asasnya, design with Web2.0 flavour ini mempunyai ciri-ciri seperti yang tertulis dalam artikel ini

Bat pun pernah membuat entri pasal penjelasan Web2.0

Monolog diri: Tak sabar nak tunggu Web3.0 pulak, ape pulak design flavour dalam Web3.0 nanti.. pEnGgUnAaN fOnT sEbEGinI mUnGkiN! haha! anything yang di hype kan memang boleh jadi hip!! Cuba imagine kalau Kevin Rose announce kat Twitter dia harini ialah hari tYpE mAcAm iNi.. chis, mesti satu dunia akan follow.

Mengenai penulis

Entri ini telah ditulis oleh Pena Menari

Laman web penulis : http://iwani.com/blog

Sudah ada 4 respon untuk entri “Koleksi Web2.0 Stickers”

  1. Komen dari megat · April 13, 2008 @ 6:32 pm

    apa gamaknya trend akan datang erk!?

  2. Komen dari kita · April 14, 2008 @ 2:28 pm

    saya dah jadi keliru sebenarnya..apa niche sebenar infomalaya…

  3. Komen dari Bat · April 14, 2008 @ 3:45 pm

    Wow, menarik nih, tak pernah tau pasal stickers web2.0 ni..Terima kasih wanie.

    @kita: niche? Tempat pengumpulan info-info menarik dan berguna kepada pembaca. =)

  4. Komen dari Pena Menari · April 14, 2008 @ 8:12 pm

    Hi bat, welkemm backkk!! Cant wait for ur exciting entries.. boringlah my entries hahahaa

    anyhoo, kita, i dont think theres a specific niche kot untuk infomalaya.. its information from all aspects and u may choose to follow aspect yang memana kut.. hmm maybe we can start categorizing the content more specifically kan.. and get more writers to cater to all aspects.. dari sudut agama ke, self-help ke, economy and stuff.. ehehe

Sila tinggalkan komen anda di bawah

.

.


Pengumuman Terkini

Tema InfoMalaya dot com versi 10 tidak dapat digunakan lagi kerana terdapat banyak masalah teknikal. Hal ini sedang diuruskan oleh pihak kami, dan segala pemberitahuan akan diumumkan kelak. Sementara itu, sila semak halaman facebook kami untuk bersosial.


  • Log masuk


  • Pautan Komuniti (?)

    Lihat arkib pautan komuniti »