Pintasan ke kandungan utama

Blog / Arkib / Kes Denggi semakin menjadi-jadi

Kes Denggi semakin menjadi-jadi

Petikan dari Utusan Malaysia Online oleh Sahbulah Darwi:

NIBONG TEBAL 26 Nov. – Kes demam denggi di negara ini meningkat mendadak dalam tempoh seminggu lalu dengan 800 kes baru dilaporkan berbanding kadar biasa 400 kes.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Datuk Lee Kah Choon berkata, Pulau Pinang merupakan negeri yang mencatatkan jumlah kes tertinggi demam denggi diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.

Katanya, lebih 100 kes denggi dilaporkan di Pulau Pinang iaitu hampir tiga kali ganda daripada kadar biasa sekitar 40 kes dalam tempoh yang sama.

‘‘Kebanyakan kes di negeri itu dilaporkan berlaku di bahagian pulau iaitu di daerah Timur Laut dengan kawasan Bayan Baru mencatatkan kes tertinggi,” kata Kah Choon selepas merasmikan Hari Penglihatan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2006 di Dewan Serbaguna Jawi di sini semalam.

Menurut beliau, kebanyakan kes denggi yang dilaporkan itu berlaku di kawasan bandar.

Beliau berkata, penyakit itu sering dikesan di kawasan bandar ekoran pembangunan pesat.

Katanya, tapak pembinaan di bandar menjadi lokasi pembiakan nyamuk Aedes lebih-lebih lagi pada musim hujan.

Beliau berkata, walaupun bilangan pesakit denggi yang dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) bertambah setiap minggu, namun tidak ada kes demam denggi berdarah dilaporkan setakat ini.

Pesanan : Jaga-jaga semua, musim hujan ni memang musim demam denggi, err lagipun nibong tebal tu bukan jauh mana dengan Seberang Jaya (tempat aku da)..huhu..Jadi beringat-ingat la selalu OK!..



6 respon untuk entri “Kes Denggi semakin menjadi-jadi”

  1. aman (#)

    pakai ubat nyamuk banyak-banyak kat umah…


  2. Bat (#)

    aah..tapi aku dok rumah flat..nyamuk tu tak larat nak naik sampai tingkat atas..huhu :-)


  3. al-Marbawi (#)

    mana hang tau Bat. Nyamok sekarang ni dah pandai. Sekali dia naik pakai lif ka.. ha tak kalut hang.. kui kui kui.. tambah2 darah hang musti sedap kan (nyamok tu habaq kat aku la)


  4. skylinez (#)

    kat umah kami x dak lif laa almarbawi… heheheh


  5. BlackSun (#)

    bukan penang ajer kena denggi kat kl ni pon denggi dah meningkat … aku pon terpk gak denggi ni macam bermusim lak .. ikut bulan atau tahun .. adakah sikap masyarakat sendiri yang mengambil mudah wabak ini atau kurang nye pendedahan tentang kesedaran fizik pada diri individu itu sendiri .. uhuh


  6. starmoon (#)

    takut la wei, denggi


Panduan untuk memberi komen

  • Sekiranya ingin bertanya soalan, sila spesifikkan soalan anda.
  • Jangan terasa hati sekiranya komen anda tidak terjawab. Ada kalanya penulis entri ini terpaksa mengutamakan komitmen masing-masing.
  • Perdebatan secara sihat dialu-alukan. Tapi sila gunakan bahasa yang sopan dan sedap dibaca.
  • Komen yang berbentuk spam akan dipadam serta merta tanpa notis 24 jam(hehe).
  • Dan, terima kasih kerana sudi memberikan komen. ^_^

Tinggalkan komen