Arkib
Tajuk yang agak direct aku rasa. Untuk memulakan entri ini, biarkan aku bercerita tentang sebuah kisah benar yang telah berlaku:
Ahmad(bukan nama sebenar) sering melayari internet terutamanya blog. Pada satu hari, dia ternampak seorang blogger ini menggunakan perkataan LOL di dalam entrinya. Tanggapan Ahmad pada waktu itu, itu adalah cara sebutan perkataan itu, iaitu dengan mengeluarkan bunyi “lool” dari mulut, yang membawa maksud terkejut dalam nada gembira.
Hendak dijadikan cerita, ketika dia sedang berchatting dengan rakannya di YM, kawannya ada memberitahu yang dia(rakannya itu) telah menerima tawaran untuk menjadi creative director di sebuah studio. Ahmad yang ketika itu terkejut dan gembira telah menaip perkataan LOL secara spontan. Kawannya terasa hati dengan tindakan Ahmad kerana kawannya itu tahu maksud sebenar LOL (LOL = Laughing Out Loud). Ahmad terpinga-pinga bila rakannya menegur kebiadapannya. Kesian Ahmad. Dia sepatutnya mengambil langkah bijak dengan mengoogle dahulu perkataan LOL itu.
Untuk memastikan kejadian di atas tidak berulang, maka Ahmad pun nekad dan ingin kembali ke pangkal jalan dengan mempraktikkan penggunaan akronim ketika menulis blog. Caranya senang, hanya perlu aktifkan editor code/HTML di dalam dashboard Wordpress. Selepas itu mana-mana akronim perlulah diberikan maksudnya seperti berikut:
<acronym title="Laughing Out Loud">LOL</acronym>
<acronym title="Ahmad Kamal Abu Bakar">AKAB</acronym>
<acronym title="Digital Foto Jeritan Jiwa">DFJJ</acronym>
Kemaskini(Terlupa nak tulis)
Selepas ini, mana-mana akronim yang telah diberikan ‘title’, akan keluar sebuah title box sekiranya cursor diletakkan di atasnya. Tiada lagi masalah miscommunication.
Tamat kisah Ahmad.
Kesimpulannya dari cerita ini, sebagai penulis blog, kita perlulah menggunakan fungsi akronim ketika menulis. Tidak semua yang membaca blog kita faham tentang terma-terma yang kita tulis. Semoga kita tidak menjadi seperti Ahmad di dalam cerita ini. Sekian.
*Ahmad itu sebenarnya Bat iaitu penulis entri ini. ^_^
Entri sebelumnya « Tema baru di Persetankan.com – Edisi29: Flora
Komen dari Hasbullah bin Pit · April 8, 2008 @ 11:26 am
kepada “blogger” atau wordpresser ?
Komen dari Bat · April 8, 2008 @ 11:50 am
@Hasbullah: Dua-dua..Blogger tu tak merujuk kepada blogspot, tapi merujuk pada penulis blog.
Komen dari Pena Menari · April 8, 2008 @ 12:20 pm
Oopppsie!
Komen dari xeRo · April 8, 2008 @ 1:27 pm
ye ye..betul kesian kepada orang yang tak paham tuh.. huhuhu.. se-elok elok nyer menulis pun jangan mengunakan singkatan perkataan yang susah difahami..
Komen dari Qaiyum · April 8, 2008 @ 1:52 pm
Jangan Memain.. Misscom Leh Buat Gaduh Ni.. Huhu..
Komen dari emptyspace · April 8, 2008 @ 2:20 pm
macam kisah benar je.. kekeke.. ape pun contoh yang kau beri cukup menghiburkan aku
Komen dari Bat · April 8, 2008 @ 2:31 pm
@Pena Menari: Opps..hehe..
@Xero: Ya, kalau tengah chatting tu lain la..
@Qaiyum: Aah, betul tu Qai, tapi dalam kes entri ni, takda la sampai gaduh, hehe..
@EmptySpace: Ahaha..Tapi ni memang kisah benar Arep.. 0_o
Komen dari Azhar Ahmad · April 8, 2008 @ 2:33 pm
Kesian kawan kamu ittew
Komen dari cikundez · April 8, 2008 @ 2:48 pm
lol…ayat aku slalu guna dlm chat..wakaka..lol
Komen dari kita · April 8, 2008 @ 5:12 pm
kita faham maksud artikel ini tapi tak faham cara untuk menggunakannya
Komen dari xeRo · April 8, 2008 @ 7:05 pm
@kita cube tgk kat perkataan yang ade border dot contoh : Kita
bile hover kan pointer kat situ nanti kuar maksud perkataan yang sebetul nyer(yang ditulis dlm title=”")..
hehe adakah itu yang ko tak paham kan.. aku main tulih je nih..
Komen dari awqi_zar · April 8, 2008 @ 7:11 pm
ngehngeh..dh agah dh bat..ak pun bru tau tdi..haha..LOL..utk pengetahuan,ICANN skang nie dlm tempoh percubaan utk domain LOL..mgkin dlam thun 2009 domain Dot LOL available utk semua..huhu..
Komen dari Bat · April 8, 2008 @ 10:09 pm
@AzharAhmad: Hehe..Eh nanti saya kontek kamu, ada hal skit nak diskus.
@cikundez: haha, lol..
@kita: Camni, pendek kata, kita kena guna editor code, dan bukan WYSIWYG. Ikut ja contoh yang saya dah tulis kat atas tu. Selamat mencuba. =P
@xeRo: Tenkiu sebab tolong terangkan, hehe..
@awqi_zar: domain lol? huhu..Menarik nih..Sebelum ni aku cuma dengar pasal LOLcode ja..
Komen dari tekong · April 9, 2008 @ 5:56 am
aku rasa kawan aku lagi lawak. dia ade dua terjemahan utk LOL sampai la dia tau maksud sebena = laughing out loud
1. LOL = kalo tengok bentuk LOL == LoL nampak tak ‘o’ tu macam kepala.. L besar macam tangan.. so macam angkat tangan macam tuh.. macam masa nak bertakbir time solat…
2. LOL = flipkan L hujung, so jadi la ala ala orang gelak terbahak².
aku ngan kawan2 blogger aku mmg gelak tahap gaban.. dia ( budak LOL ) mmg pakar google kalo bab2 wat research tapi part ni mmg takle blah.. kehkehekhe.
kalo ungkapan ni nak tulis mesti panjang.. OMGWTHBBQIJSMPTC :p
Komen dari gie · April 9, 2008 @ 8:03 am
akan dipraktikkan..
Komen dari tumpanglalu · April 9, 2008 @ 4:35 pm
salam..
dlu aku pun sama xtau apa itu LOL. aku tnya kwn, dia selamba jwb, Lots of Laugh. aku yg xreti ni, ikut ja kata ya. then blik umah, search net, rupanya Laughing Out Loud. ilmu itu luas kan..
Pingback dari NSFW! | Asblogger.com | Malaysian Daily Tech Blog · April 11, 2008 @ 12:32 am
[...] membawa maksud Laughing At Loud bagi yang tak tahu lagi,terima kasih bat dari Infomalaya kerana menerangkan maksud Internet Slang [...]
Komen dari ikoko · April 13, 2008 @ 6:18 pm
ahaha… selama-lama ni memang aku sebenarnya tak faham LOL tu apa… incik bat terangkan kat sini baru aku tau..
Laughing out Loud
..huhu.. perlu perbetulkan penggunaannya..
**dulu kita sibuk dengan tatabahasa Bahasa Melayu, English Grammar. Sekarang ni, kita perlu tambah lagi satu ilmu pengetahuan.. Bahasa Internet.
Komen dari Bat · April 14, 2008 @ 3:55 pm
@tekong: ahahaha..Lagi sadis..
@Gie: bagus, praktikkan..
@tumpanglalu: Salam, aah, kadang-kadang kita senang nak percaya apa yang kawan2 kita cakap, termasuk la aku sendiri. Tapi sebab sekarang dah ada internet, baik cari sendiri, tapi kena pastikan la yang info tu betul dan tak bercanggah.
@ikoko: Owh, taktau rupanya, sama la cam kita dulu2, hehehe..
Komen dari awqi_zar · April 14, 2008 @ 10:15 pm
bat,ade isitlah baru..NSFW..ak de wat post psal NSFW kat blog ak..hehe..
Komen dari Bat · April 17, 2008 @ 10:37 am
@awqi_zar: aha, baru aku tau rupanya NSFW tu maksud dia Not Safe For Work. Tenkiu2,
Komen dari Jie · April 26, 2008 @ 9:45 am
KISS > Keep It Secret, Stupid < perkataan ni kena banned ke?
Pingback dari Akronim lagi~Bahagian ke-2 · May 5, 2008 @ 6:11 am
[...] merupakan entri lanjutan berkenaan penggunaan akronim di dalam entri. Alhamdulillah, sekarang nampaknya dah banyak blog mengaplikasikan penggunaan akronim dalam blog [...]
Komen dari adi · May 5, 2008 @ 8:00 am
Keep It Secret, Stupid .. boleh juga digunakan Keep It Simple, Stupid..
Pingback dari Abbreviations and acronyms dictionary « InfoMalaya dot Com · January 18, 2009 @ 7:24 pm
[...] and acronyms dictionary — Ingat lagi artikel mengenai penggunaan akronim dalam penulisan blog? Mungkin laman web ini akan membantu anda untuk mencari maksud akronim [...]
Komen dari fitri · February 15, 2009 @ 1:34 pm
apa maksud noob?