Arkib

Salam sejahtera dan selamat berhujung minggu buat semua pembaca InfoMalaya dot com. Kali ni nak menulis tentang salah satu mazhab atau ikutan aku dalam merekabentuk laman web, iaitu minimalis.

minimalis

Sebelum tu, kita lihat dulu definisi minimalis,

Minimalism describes movements in various forms of art and design, especially visual art and music, where the work is stripped down to its most fundamental features.

Sumber: Wikipedia

Fundamental adalah perkara dasar atau pun fungsi utama. Jadi, dalam bahasa mudah, minimalis ialah satu proses untuk membuang perkara-perkara yang tidak perlu dan hanya mengekalkan perkara yang betul-betul perlu atau penting SAHAJA.

Berbalik semula pada topik utama kita, “Kenapa Minimalis Bukan Perkara Mudah?“.

Berdasarkan pengalaman aku yang tidak seberapa(baru 3 tahun dalam industri buat laman web ni), ramai yang menganggap minimalis itu adalah:

1) Senang
Senang kerana tak perlu nak buat grafik yang hebat-hebat, dan tak perlu nak letak banyak features dalam laman web.

2) Murah
Rekabentuk laman web yang menampilkan ciri-ciri minimalis sepatutnya murah kerana designer tak perlu nak sakitkan kepala untuk buat grafik yang hebat-hebat.

3) Orang yang minimalis adalah orang yang malas
Malas kerana designer tak perlu nak habiskan masa yang banyak untuk buat laman web.

4) Orang yang minimalis adalah orang yang tak pandai design
Sebab designer tersebut tak perlu nak pandai guna perisian Adobe Photoshop sangat.

Tapi, percaya atau tidak, keempat-empat point di atas adalah tidak betul sama sekali. Tapi aku tak salahkan mereka yang beranggapan sedemikian, lagipun, rekabentuk adalah subjektif. =)

Namun, biar aku ceritakan kenapa minimalis adalah bukan perkara mudah, khususnya untuk rekabentuk laman web.

1) Senang?

Sebenarnya minimalis adalah perkara yang amat susah. Sebabnya ialah, mudah bagi kita untuk meletakkan atau melemparkan apa-apa fungsi atau elemen dalam rekabentuk laman web, tapi menjadi perkara yang amat susah sekiranya kita terpaksa memikirkan fungsi atau elemen manakah yang betul-betul perlu dan penting sahaja.

Ini contoh sebagai analogi, katakanlah kita ingin pergi berkhemah 3 hari 2 malam di hutan. Menjadi perkara yang mudah sekiranya kita menyumbat beg kita dengan apa-apa pakaian yang dirasakan sesuai. Cuma masalahnya, beg kita akan menjadi sendat dan berat, silap-silap kena bawak beg lebih. Dah jadi macam nak pergi berkhemah selama seminggulah pulak, kan?

Tapi, sekiranya kita mengambil masa untuk berfikir secara mendalam, kita akan memilih pakaian yang betul-betul diperlukan sahaja untuk perkhemahan selama 3 hari 2 malam tu. Susah jugak kan nak fikir?

wireframe

Kalau tak percaya, silalah cuba untuk reka apa-apa laman web secara minimalis tanpa meninggalkan fungsi dan elemen penting untuk sesebuah laman web, dan anda sendiri akan tahu betapa susahnya pendekatan ini.

2) Murah?

Sepatutnya rekabentuk minimalis lebih mahal. Salah satu sebabnya sudah dinyatakan di point di atas. Sebab yang lain ialah, rekabentuk yang minimalis sebenarnya menguntungkan klien dan audien/pelanggan itu sendiri.

Rekabentuk yang minimalis akan menjadikan sesebuah laman web dibuka dengan lebih cepat, justeru menjadikan para pelawat dapat mengakses laman web tanpa perlu menyumpah seranah pihak pembekal internet masing-masing(khasnya kepada mereka yang menggunakan Celcom Broadband XD ).

Selain tu, bandwidth juga dapat dijimatkan dan ini sebenarnya menguntungkan pihak klien sendiri, sekiranya laman web mereka diakses oleh beribu-ribu pelawat sehari. Untuk makluman, semakin tinggi bandwidth, semakin tinggi jugalah kos untuk server, sekiranya menggunakan shared hosting.

Yang paling penting, masa yang diambil oleh designer itu juga adalah kos yang perlu dicaj kepada klien.

3) Orang yang minimalis adalah orang yang malas?

Mungkin juga betul(merujuk kepada diri penulis entri ni XD). Tapi tidaklah sangat sebenarnya, haha. Designer yang menampilkan ciri-ciri minimalis sebenarnya rajin. Rajin kerana mereka terpaksa memikirkan fungsi/elemen mana yang perlu diletakkan, dan mana yang perlu dibuang.

Kalau diambil dari contoh kehidupan sebenar, kita lihat meja orang yang minimalis. Semuanya disusun secara kemas, dan yang paling penting, barang-barang yang tidak perlu dihilangkan dari pandangan mata. Itu untuk orang yang mengamalkan cara hidup minimalis secara menyeluruh, agaknya lah.

desktop

Tapi ya, aku mengaku yang meja aku sendiri berselerak, XD.

4) Orang yang minimalis adalah orang yang tak pandai design?

Untuk makluman semua, design(rekabentuk) dan art(seni) adalah dua perkara yang berbeza. Design lebih kepada cara penggunaan manakala art lebih kepada visual atau hiasan.

art

Anggapan ini adalah tidak betul kerana orang yang menganggap sedemikian sendiri tidak tahu perbezaan antara design dan art. XD

Elemen typography, grid, whitespace, dan penggunaan warna yang sesuai juga perlu dititikberatkan dalam soal merekabentuk laman web yang minimalis. Kalau main hentam keromo saja, memanglah minimalis, tapi hasilnya tak berapa nak elok(sekali lagi, merujuk kepada diri penulis dan bukannya orang lain).

Maafkan aku sekiranya ayat di atas menyinggung hati dan perasaan sesiapa. Tapi tetap kena tulis macam tu untuk menyedarkan sesetengah pihak.

* * * * * * *

Rasanya, setakat inilah celoteh aku untuk kali ni tentang aspek minimalis dalam rekabentuk laman web. Segala isi yang ditulis adalah sekadar pandangan berdasarkan pengalaman yang tidak seberapa.

Lagipun, aku cuma seorang bakal cikgu rendah yang mengajar subjek Kemahiran Hidup, Matematik dan Pendidikan Jasmani sahaja. XD

Sekian, terima kasih.

p/s: Rasa seronok pulak guna smiley ni, XD.

Mengenai penulis

Entri ini telah ditulis oleh Bat

Laman web penulis : http://mohdhuzairy.blogspot.com/

Bat atau nama sebenarnya, Mohd Huzairy ialah seorang guru pelatih sekolah rendah di sekitar Kuala Lumpur. Tiada apa-apa yang menarik mengenai beliau, kecuali beliau suka tidur secara berlebihan dan kadang-kadang tidak tidur terus semalaman. Beliau merupakan ketua editor di infomalaya dot com.

Sudah ada 37 respon untuk entri ini »

  1. Komen dari aman · November 7, 2009 @ 5:26 pm

    segalanya mengenai minimalis. yayy~ aku memang suka design minimalis. huhu.

  2. Komen dari Bat · November 7, 2009 @ 5:28 pm

    @aman tapi bukan segalanya perlu jadi minimalis, kena ingat tu, hehe..

  3. Komen dari NoktahHitam · November 7, 2009 @ 5:45 pm

    Wajib tweet ni! See you tonight bro!

  4. Komen dari tekong · November 7, 2009 @ 5:51 pm

    sudah ditweeetttt

  5. Komen dari Bat · November 7, 2009 @ 6:12 pm

    @NoktahHitam Tenkiu Eddie, InsyaAllah malam ni. XD

    @tekong tenkiuuu! XD

  6. Komen dari iwani · November 7, 2009 @ 6:14 pm

    there isn’t anything easy about coming up with a design that must fulfill every aspects: aesthetics, usability, experience, practicality without blinding ur users with eye-candy, bloated graphics, effects, gradients that yes, would work at first glance, but after awhile they all become last summer

    can’t wait to see ur upcoming work, bat. always a pleasure!

  7. Komen dari Bat · November 7, 2009 @ 6:21 pm

    @wanie Thanks wanie, and yeah, “Good design is invisible”, which is ignored by certain people.

    Cantik ah dah dapat idea untuk entri seterusnya XD

  8. Komen dari iwani · November 7, 2009 @ 6:41 pm

    Exactly! :D

    Look forward to read next entry!

  9. Komen dari zaryl · November 7, 2009 @ 7:02 pm

    wah. benar aku terasa. haha. tp bukan dgn cara negatif. aku sedar dan menerima dgn senang hati. walaupun hang tak tujukan pada sesiapa.. ;) hehe

    boleh aku minta hang buat artikel mcm ni lagi? ringan tapi ada pengisian. kalau sudi dan ada bahannya. thanks bro.

  10. Komen dari Bat · November 7, 2009 @ 8:08 pm

    @iwani InsyaAllah XD

    @zaryl Huhu, nasib baik tak terasa. InsyaAllah aku akan tulis lagi.

  11. Komen dari Fahmishah · November 7, 2009 @ 8:24 pm

    Aku suka rekabentuk minimalis. XD

  12. Komen dari flisterz · November 7, 2009 @ 9:38 pm

    Bagus! Memang bukan senang nak buat minimalis. Pandai ko buat analogi nak gi berkhemah tu eh Bat. haha

    Bagi aku, aku selalu cakap; nak buat design yang simple & minimalis yang high quality ni, takkan berhasil kalau dibuat dengan cara dan kaedah yang simple dan mudah. Minimalism tu bukan dibuat-buat. Ia nya adalah hasil yang terjadi sendiri melalui proses yang sama dengn style2 lain jugak. Proses yang tak mudah. Bukan senang nak jadi senang. haaa :)

  13. Komen dari Aman Ruzaini · November 7, 2009 @ 9:40 pm

    point no 2 sungguh menarik. sebab ramai orang cakap design ako design orang malas walaupun sebenarnye ako suke design minimal. haih.

  14. Komen dari izuddin.helmi · November 7, 2009 @ 9:54 pm

    Minimalistic adalah design yang sangat sukar bagi aku. Tak pernah berjaya untuk membuat minimalistic. Semuanya akan end up with complicated design..

    Bat adalah salah satu Minimalistic lovers kelahiran Malaysia yang aku respect =P

  15. Komen dari novatech · November 8, 2009 @ 1:32 am

    theme blog yg aku pakai skrang tu layak di panggil minimalis ..dan tergolong dalam kategori yg elok tak? hehe :D

  16. Komen dari baker · November 8, 2009 @ 3:18 am

    ’simple is hard’

    Syabas bat dan terima kasih atas entri ni. Aku menanti entri seterusnya!

  17. Komen dari Bat · November 8, 2009 @ 3:03 pm

    @flisterz berkhemah tu sebab minggu lepas aku ada perkhemahan kat sekolah =P

    Ayat “Bukan senang nak senang” itu agak memberangsangkan, haha. XD

    @Aman Ruzaini Lepas ni boleh tunjuk artikel ni kat sapa-sapa yang cakap camtu, hehe

    @Izuddin Helmi Tenkiu Izuddin XD Heavy graphic design pulak adalah agak mustahil untuk aku. Aku cuma risau kalau-kalau ada orang salah tafsir yang semua design kena minimalis.

    @Novatech Depo Clean tu memang minimalis habis. Tengok la sapa yang design, hehe..Kira elok la tu, cerita pasal linux XD

    @Baker Sama-sama baker, InsyaAllah.

  18. Komen dari myfr3ak · November 8, 2009 @ 6:26 pm

    minimalis rasanya lagi susah kot, sebab nak kena main typo + whitespace dengan btul..kalau tak nampak cacat..hehe

  19. Pingback dari Good Design is Invisible « InfoMalaya dot Com · November 8, 2009 @ 8:58 pm

    [...] bagus sebenarnya tidak dapat dilihat“. Perkara ini tidak berkaitan langsung dengan mazhab minimalis yang baru sahaja ditulis baru-baru ini. InsyaAllah sesiapa yang akan membaca entri ini akan mula [...]

  20. Komen dari Bat · November 8, 2009 @ 9:26 pm

    @myfr3ak agak susah la, sampai sekarang pun kadang-kadang aku terbabas lagi, huhu.

  21. Komen dari myfr3ak · November 8, 2009 @ 10:56 pm

    kalau bro @bat terbabas, aku lagi la tah kemana pergi..ahahaha, bila da angkat hosting sendiri baru nak try minimalis sebab senang nak @font-face (font2 cambest)..pakai hosting sendiri, takde la berat..

  22. Komen dari myadlan · November 9, 2009 @ 12:46 pm

    Cayalah Bat. Aku ske entri ko. Aku ni minimalis jugak kot. takpun minimalas. haha

  23. Komen dari Ikram Hakimi · November 9, 2009 @ 2:14 pm

    aku suka konsep minimalist, tapi aku rasa ramai yang tak kan appreciate hidden value dalam minimalist.

    good article though!

  24. Komen dari Kujie · November 9, 2009 @ 10:38 pm

    Dari dulu sejak awal berblog memang suka theme minimalist tetapi kata orang theme seperti itu agak janggal untuk blog tema peribadi dan kekeluargaan apalagi jika pemiliknya perempuan.

    Kenapa Kak Jie agak berlawanan dgn pemikiran semua org tu?

    Sebab Kak Jie melihat ‘keindahan’ yang tersembunyi

  25. Komen dari KNizam · November 9, 2009 @ 11:12 pm

    yep betul susah woooo minimalis ni sebenarnya
    aku respect la unsur minimalist dalam design semua produk apple

  26. Komen dari arynet · November 10, 2009 @ 5:45 am

    terasa diri ini kerdil..
    setuju! bukan senang nak pilih benda yg betul2 perlu..
    *bat adalah seorang yang rajin~

  27. Komen dari ImranAbdulJabar · November 10, 2009 @ 10:47 am

    apa pun jenis design, designer bertanggungjawab untuk menghuraikan rasionalnya. kalau minimal, kenapa dia pilih minimal. kalau futuristik, kenapa dia pilih begitu. dan seterusnya.

    memang betul, minimalis ramai orang suka. mungkin sebab nampak clean dan ‘macam’ senang nak buat.

    cuba buat…na-ah! tak mudah. terutamanya pada sesiapa yang dah terbiasa buat design extra-effect. :P

  28. Komen dari Bat · November 10, 2009 @ 9:06 pm

    @myadlan Tenkiu! Wow lepas ni boleh la aku pinjam perkataan ‘minimalas’ tu XD

    @Ikram Hakimi Selaku seorang web designer yang berbakat besar, menjadi tanggungjawab anda untuk educate klien anda. XD

    @Kak Kujie Kak Jie, tenkiu sebab sudi guna tema EG tu XD

    @KNizam Ya, aku pun suka sebenarnya, walaupun tak mampu lagi buat masa ni, haha

    @Arynet Eh mana ada, potensi Ary besaq sebab muda lagi. InsyaAllah tak lama lagi, meletup la tu XD

    @Imran Tenkiu bro Imran, ya, memang kena hurai sebab apa kita buat minimalis, sebab klien nakkan penjelasan, lagipun dia yang bayar duit XD

  29. Komen dari senok · November 11, 2009 @ 11:21 am

    Bat, jika di tafsirkan dalam penggunaan hanset..adakah dgn hanya menggunakan Nokia 1200 (fungsi lampu suluh) berbanding Iphone juga di kategorikan sbg MINIMALIS?

  30. Komen dari Bat · November 11, 2009 @ 1:28 pm

    @senok Err kalau dari segi enset tu, dah dikira lain. Itu keperluan vs kehendak.

    Kalau sekadar nak kol dan sms, nokia 1200 pun dah jadi. Tapi kalau dia nak guna kemudahan 3G untuk kemudahan video calling(setengah orang benda ni memang keperluan), pun dikira sebagai keperluan juga.

    Minimalis ni lebih kepada pendekatan.

  31. Komen dari senok · November 11, 2009 @ 4:04 pm

    Ooo..dah paham..terima kasih cikgu bat…

  32. Komen dari Bat · November 11, 2009 @ 4:56 pm

    @senok sama-sama senok, XD

  33. Komen dari Mohd Nazif · November 14, 2009 @ 1:35 pm

    minimalist..simple on the interface..complicated under the hood..
    good article..

  34. Komen dari azwan · November 15, 2009 @ 10:23 pm

    so … Bat, bila kau nak upgrade whitebeans tu :)

  35. Komen dari Bat · November 15, 2009 @ 10:26 pm

    @Mohd Nazif Tenkiu! XD

    @Azwan Entah la, aku pun taktau XD

  36. Komen dari Affuan · November 17, 2009 @ 3:58 pm

    Bat, aku punya blog minimal ape. X susah pun. Kalau pakai tema percuma la. Haha..

  37. Komen dari Bat · November 17, 2009 @ 3:59 pm

    @Affuan memang la minimal, tapi theme yang hang pakai tu bukan free, itu theme berbayar. Dosa wei pakai benda pirate ni, muahahaha =P

Sila tinggalkan komen anda di bawah

.

.

Langganan RSS

Inginkan kemaskini di InfoMalaya dot com dihantar terus ke peti mel anda? Sila masukkan alamat emel anda di ruangan yang disediakan. Kami takkan sesekali menyalahgunakan emel anda, lagi pun kami bukan orang jahat.

*Sila rujuk artikel ini sekiranya anda masih samar-samar tentang langganan RSS.

Rangkaian Sosial

Demi bersaing dengan teknologi internet yang semakin pesat dan kesat, kami pun tak ingin ketinggalan. Sertai kami di laman rangkaian sosial di bawah.

Atau, jika anda ada sebarang pertanyaan, sila ajukan ke hello@infomalaya.com