Arkib

Aku sibuk ni, esok dah merdeka, ^_^ Sedang menyiapkan entri khas untuk merdeka esok. Namun, sila ambil berat berkenaan beberapa info di bawah :

Bob menganjurkan pertandingan “Hadiah untuk mu” di blog Adooi.com, hadiahnya sangat menarik, sebuah tema wordpress custom-made, sila bertandang ke sana untuk maklumat lanjut.

Hafreze juga menganjurkan pertandingan, kali ini hadiahnya ialah nama domain percuma! Pemurah betul dia kan? Sekali lagi, sila berkunjung ke sana untuk maklumat lanjut. Aku teringin nak join, cadang ‘kalau’ menang nak ambil domain www.mohdhuzairy.com, tapi selepas mendengar pendapat dari Shutterspeaks, aku rasakan yang aku lebih sinonim dengan nama Bat Infomalaya, jadi aku akan terus melekat dengan bat.infomalaya.com buat masa ini.

Tahniah kepada pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia di atas kemenangan ke atas Myammar semalam! Gol ke-3 sangat cantik, haha..

Aku ulangi, aku sibuk, dan sebagai ‘membayar’ kesibukan aku itu, bulan September ni, InsyaAllah blog ini akan bersalin kulit sekali lagi. Terima kasih kepada pemberi maklumbalas, tukang kritik dan tukang kutuk..Haha..Design dah siap, tinggal masa nak tulis kod sahaja. Kau, kau dan kau mungkin akan sukakannya atau pun sebaliknya..Tunggu saja!

Mengenai penulis

Entri ini telah ditulis oleh Bat

Laman web penulis : http://mohdhuzairy.blogspot.com/

Bat atau nama sebenarnya, Mohd Huzairy ialah seorang guru pelatih sekolah rendah di sekitar Kuala Lumpur. Tiada apa-apa yang menarik mengenai beliau, kecuali beliau suka tidur secara berlebihan dan kadang-kadang tidak tidur terus semalaman. Beliau merupakan ketua editor di infomalaya dot com.

Sudah ada 7 respon untuk entri “Kemaskini pantas #3”

  1. Komen dari affuan · August 30, 2007 @ 6:12 pm

    Ya ya, aku antara orang yang suka. Saper tak suka aku tak leh wat apa. Haha.

  2. Komen dari ikram_zidane · August 30, 2007 @ 7:19 pm

    pertandingan yang menarik, tapi rasa malas nak sertai kerana comment ialah dari system blogger.Hehehe, takde kaitan pun.

    nak tanya, skuad malaysia ni sama ke dengan skuad yang tka memang dia asian cup tu ? or skuad yang muda lagi ?

  3. Komen dari Mohd Huzairy · August 30, 2007 @ 8:25 pm

    @affuan: Haha..Nanti aku jawab tag kau, InsyaAllah..

    @ikram_zidane: Err, yang malam tadi skuad muda, bukan skuad senior. Memang berbaloi aku tengok, sangat puas hati… ^_^

  4. Komen dari Aviator · August 30, 2007 @ 9:14 pm

    Alaa.. nak tukar dah? Aku baru je nak lekat dengan theme ni.

    Eh Bat, apsal ada dua checkbox untuk subscribe?

  5. Komen dari admin · August 30, 2007 @ 9:22 pm

    Takpa, sekarang kan musim bersalin kulit..Heh, merapu ja aku nih..Aku tengah uji plugin Brians threaded comments ni, nak guna untuk theme baru nanti..Plugin ni dia dah ada siap subscribe box, terima kasih sebab tolong ingatkan, nanti aku nak buang satu yang kat bahagian bawah ni.

  6. Komen dari aman · August 31, 2007 @ 2:44 pm

    salam merdeka bat.. :D

  7. Komen dari awqi_zar · August 31, 2007 @ 11:53 pm

    salam bro bat..wah,bz..bz jga..tp sempat bersalin kulit..respek la..selamat hari merdeka..bro,silalah dtg ke rumah baru..komen la ape2 yg ptut yek..sy still blur lg dgn WP..

Sila tinggalkan komen anda di bawah

.

.


Pengumuman Terkini

Tema InfoMalaya dot com versi 10 tidak dapat digunakan lagi kerana terdapat banyak masalah teknikal. Hal ini sedang diuruskan oleh pihak kami, dan segala pemberitahuan akan diumumkan kelak. Sementara itu, sila semak halaman facebook kami untuk bersosial.


  • Log masuk


  • Pautan Komuniti (?)

    Lihat arkib pautan komuniti »