Kemaskini pantas #1 September 2007

Assalamualaikum dan selamat malam aku ucapkan. Pertama sekali, minta maaf sebab hampir 3 hari menghilang. Aku kena pergi Batu Pahat, Johor. Ada lawatan industri mengenai food studies, subjek yang aku belajar semester ini. Namun, abaikan tentang itu, semua itu berkaitan dengan perkara peribadi, jadi kalau nak tahu lebih lanjut, boleh pergi jenguk blog peribadi aku di sana.
Antara perkara yang ingin aku sampaikan ialah :
Masalah aku untuk memberi komen di blog orang lain telah pun selesai. Semuanya gara-gara Akismet yang telah menyenarai hitam kan url www.infomalaya.com. Jadi aku telah pun buat sebuah blog mini di http://infomalaya.tumblr.com, demi membolehkan aku memberi komen di blog orang lain sambil mempromosikan InfoMalaya.com. (Mungkin akan guna domain infomalaya.net)
Berkaitan perkara pertama di atas, selepas ini, aku akan mengemaskini blog di tumblr dan juga di sini. Aku sedang berusaha merancakkan Projek Rangkaian Blog infomalaya yang sebelum ini agak terbiar. Jadi, semua entri yang terbaru dari blog-blog dalam rangkaian, dan juga penemuan/info/links yang menarik akan disumbatkan di sana(Sebab Tumblr tak ada fungsi komen). Di sini, cuma akan dimuatkan entri-entri yang agak komprehensif, bercorak tutorial, perbincangan dan juga review(Sebab Wordpress ada fungsi komen).
Bulan Ramadhan ini, InsyaAllah, ada perubahan besar dari segi rupa paras blog ini. Mungkin ada yang pernah terlihat theme baru tu, tapi sebenarnya ianya lebih dari itu. Jadi, harap bersabar.
InsyaAllah, setelah setahun blog ni wujud, aku akan menjual ruangan untuk iklan penaja di sini. Bukan aku ni tamak, walaupun di blog ni dah ada iklan Advertlets(Sampai sekarang aku check aku belum diproses Sudah diproses, tengahari tadi aku tengok status dah berubah dari unpaid ke sent), dan juga dulu ada Nuffnang(Masih juga tak terima check). Aku nak jual ruangan iklan atas sebab-sebab lumrah iaitu membayar duit hosting, dan juga duit untuk membeli ruangan iklan di blog orang lain. Gaji aku? Cukuplah dengan upah yang aku dapat dengan membuat laman web untuk orang lain(Walaupun jarang-jarang dapat tempahan).
Itu saja buat masa ini, InsyaAllah esok aku akan mula menulis kembali di sini. Sekian. ^_^
Wizurai (#)
September 9th, 2007
bagi aku theme ni dah kacak pun…
Zik (#)
September 9th, 2007
Kalau ada yang lagi kacak pun ok!
arynet (#)
September 10th, 2007
uihh.. theme yg akan datang lagi kacak.. cerah gitu.. comei..
allSunDay (#)
September 10th, 2007
sempena ramadhan nie tryla wat theme ada unsur2 islamik.pastu bhgian sidebar try letak senarai waktu imsak/berbuka suma bandar utama…..ok itu ja komen eden
mohdismail (#)
September 10th, 2007
perfecto! ha ha.. Bat, tunggu apa lagi… ada permintaan untuk waktu imsak/berbuka… ngehehe.. khidmat masyarakat yang baik tu ;p
Bat (#)
September 10th, 2007
Hehe..Sori lambat membalas, aku baru sudah lepas dari azab seorang pelajar..
Err, taktau la nak cakap camna, harap2 ok la.. =)
Bat (#)
September 10th, 2007
Sudah mesti! Tunggu tau!
Bat (#)
September 10th, 2007
@allSunday: Sori sebab lama tak kontek hang, aku ada hal..InsyaAllah, cadangan tu tampak menarik dan tertarik! nanti aku cuba! ^_^
@Mohdismail: Haha..Aku kena mula menyiapkan kod menjelang esok malam..Tu tarikh terakhir menjelang Ramadhan..
Aku sangat sibuk sekarang dengan tugasan maktab..Haha, apa boleh buat..Kejap lagi aku kena pergi padang main ragbi..minggu ni ada karnival sukan di sini..
allSunDay (#)
September 11th, 2007
xpa…masing2 sibuk….hang dgn skool…aku dgn lawyer…..
Azhar Ahmad (#)
September 11th, 2007
Huhuhuhu ingat sakit jugak… laaaa apsal tak habaq mai, turun jhr?,,, Ish ish
Qaiyum (#)
September 12th, 2007
Oi Sebok Nampak. Chait.. Sebok Sebok Gak. Cik Maya Jangan Lupa. Bukan Maya Karin Tau. Aaa.. Maya Apa Sbnaqnya??
Apa Aku Merepek Nih???
chot (#)
September 12th, 2007
Sebelum cahaya surga padam, Sebelum hidup berakhir, Sebelum pintu tobat tertutup, Sebelum Ramadhan datang,
aku mohon maaf lahir dan bathin….
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA BAT
Bat (#)
September 12th, 2007
Erk, sori2..Aku kalut masa nak ke sana..huhu..
Bat (#)
September 12th, 2007
Erk, maya apanya? Lady ‘D’ la..Hahaha..Apa kau merepek ni Qai? hihi..
Bat (#)
September 12th, 2007
Terima kasih Chot. Aku pun nak minta maaf juga kat kau kalau2 ada salah dan silap..
syed (#)
September 13th, 2007
Selamat menunaikan ibadah puasa.
Bat (#)
September 15th, 2007
Selamat menunaikan ibadah puasa juga Syed! ^_^
Kemaskini pantas #1 September 2007 -- Arynet’s Blog V3 (#)
September 25th, 2007
[...] Source: Bat [...]
All Rss Feed » Blog Archive » Kemaskini pantas #1 September 2007 (#)
September 25th, 2007
[...] Source: Bat [...]