Kemaskini hujung bulan Jun!

Wuhuu..Sibuk betul hujung minggu ni.. ^__^ Di sini aku ingin mengumumkan beberapa perkara iaitu :
- Komentator paling banyak untuk bulan ini ialah saudara Harith, tahniah diucapkan.. =) Tapi aku amat menghargai lagi kepada sesiapa jua yang sudi memberi komen walaupun satu komen sahaja..Tanpa komen-komen kau semua, blog ini takkan menjadi.. =) Kepada Harith, sila emelkan kepada aku alamat, dan nyatakan sama ada sticker itu mahu warna hitam atau pun putih.
- Yang keduanya, rasanya ada yang tahu infomalaya akan menggunakan ExpressionEngine tidak lama lagi, aku dalam tempoh mencuba EE di dalam PC aku, tampak elegan dan lebih senang dikendalikan berbanding WordPress..Hairan kan? Aku sendiri pun hairan..haha..
- Mulai esok aku akan buang rel=”nofollow” di ruangan komen..Jadi enjin carian akan dapat mengindeks URL pengomen..Aku tidak guna plugin, tapi aku cuma buangkannya di dalam comments template. Jadi bermula esok, jangan segan-segan nak beri komen.. =)
- Err..Ada sesiapa yang ingin menaja hadiah untuk komentator terbanyak bagi bulan Julai? Kalau ada, sila maklumkan pada aku!
- Dan, aku juga dengan sukacita memaklumkan, sekiranya ada sesiapa yg ingin mencari penaja untuk komentator terbanyak di blog masing-masing, aku sudi menaja sticker custom made aku. Cuma sebagai balasan, satu banner infomalaya perlu dinaikkan di blog itu. Contoh sticker akan diletakkan di sini, setelah aku siap memotong sticker untuk saudara Harith..hehe..Ada yang sudi?
Itu saja dari aku, selamat berhujung minggu! ^__^
harith (#)
June 30th, 2007
aik? aku ka menang? sori beb..sejak akhir2 ni aku jd penonton ja…tak komen..sbb entri2 baru2 ni..tak tau apa pulak nak komen…gehehhehe….aku kalau website program2 maxis yang aku jaga tu boleh letak banner suka2 hati..aku dah letak dah banner ko…gehehe…”angkat sikit”hehehhe…. alah segan la…cam mana leh aku je dpt ni..hehhe.e…
mohdismail (#)
June 30th, 2007
website program2 maxis?
apa maksud ko ye harith?he he… berminat mahu tahu..
harith (#)
June 30th, 2007
alah…website biasa2 je….maxis ada web program2 khidmat masyarakat dia….macam maxis content challange, maxis bringing communities..bla2…
Bat (#)
July 1st, 2007
@harith: segan pergi Bagan la..haha..Relek la bro, ohh..Dah letak ek? Ada url? aku nak tengok..
harith (#)
July 1st, 2007
encik bat - kalau aku nak rasa gaji last aku boleh la aku letak….hehehe kena approve banyak level dulu…gila ka..mau kena pecat aku…hehehe…..erk..apa email ko?? hehhe
Bat (#)
July 1st, 2007
@harith: Alamak, cakap tadi dah letak..hehe..Guna kontek form kat menu “Emel” tu kalau nak senang.. =)
harith (#)
July 1st, 2007
kalau boleh la…..sorry encik bat..heheh…nampaknya penkomen2 dah kena reset dah tu….aku akan pastikan aku takkan terajin lagi bulan ni…gehhehehhe bagi kat orang lain pulak…boleh kan encik bat?
Bat (#)
July 1st, 2007
@Harith: hehe..terpulang la..tiada paksaan untuk memberi komen..huhu..Betul ka ayat aku ni?
harith (#)
July 1st, 2007
betoi la..kot…gehehe..
Bat (#)
July 1st, 2007
@harith: emel sudah diterima, sila berikan tempoh seminggu ya!
Aku masih mencari penaja untuk hadiah bulan ni..Ada sesiapa yg sudi?hehe
abdfatah (#)
July 1st, 2007
hehe… u tanya firefly laaa yang sedang terbang nuun… wahahha…
memang rajin betul dia buat komen… dan komen yang paling banyk adalah komen satu… satu… satu… awak sekalian laaa yang sudi menjenguk tu…. haaaa awak laaa yang tersenyum2 simpolan bahasa tu…
abdfatah (#)
July 1st, 2007
kalo saya taja kena bagi misteri laaa… tapi tak tau bilaa laaa… wahahha…
Syafrizal (#)
July 1st, 2007
Kalau nak do follow, apa kata install Do Follow plugin untuk wordpress hehe.
abdfatah (#)
July 1st, 2007
jom sapo2 yang nak jadi penaja boleh gandakan lagi lipatan komen yang bertalu-talu. hehe
sepuluh kome sehari dah laaa…
Bat (#)
July 1st, 2007
@abdfatah: apa yg misterinya? Nak tau jugak =)
@Syafrizal: aku tak guna plugin tu, tapi aku dah buat mod kat wordpress blog ni. Jadi keputusannya tetap sama, enjin carian tetap akan follow url. =)
abdfatah (#)
July 2nd, 2007
sponsor punya hadiah misteri dari penaja daaa…
aman (#)
July 2nd, 2007
erm..kalo nak order jer sticker kat hang boleh ke bat?
shutterspeaks (#)
July 2nd, 2007
what a nice widescreen u got there buddy.
aku pakai widescreen, kecik je la tapi, pernah satu ketika aku design layout web utk widescreen jekk.. kesilapan betul.
Bat (#)
July 2nd, 2007
- Chot, sori banyak2, aku terpadam komen hang, tadi ada spam masuk, aku tak sengaja terdelete..huhu..Sori bro..=__=
azwanhadzree (#)
July 2nd, 2007
Kau nak menaja ya .. mana contoh sticker nya
Kkroz (#)
July 2nd, 2007
hehe..pewwitt..ade kemajuan ni..nk menaja sticker..huhu..
Bagus demo..bagus..
Aku leh je nk ko taja tp blog aku kurang yng bg komen la walaupn visitor makin hari makin ok..help me..haha..
Bat (#)
July 2nd, 2007
@aman: boleh ja, emel aku okeh.. ^__^
@shutterspeaks: 17inci ja, takda bajet nak amik yang 19inci punya..huhu..Aku ni pun baru ja berjinak2 guna widescreen ni, lepas guna, terus nampak perbezaan sesetengah website.. O_o
@AzwanHadzree: nanti aku letakkan di sini, sedang membuat sticker untuk saudara harith.. =)
@kkroz: Aku takda masalah, blog mana2 pun boleh kalau nak.. =)
neutronics (#)
July 3rd, 2007
yerp.. widescreen memang best.. hehe.. dapat tengok semuanya dan x terasa macam dikurung oleh website tu..
tapi leceh kalau nk main game.. screen pendek!
Fahmishah (#)
July 3rd, 2007
guna EE?apa kelebihan EE boleh ceritakan?
harith (#)
July 3rd, 2007
aku tak punyai wide screen…..motif aku tak beli dulu pasal nak main game tak leh..sama cam neutronics….
Bat (#)
July 3rd, 2007
@neutronics: nasib baik aku bukan gamer, tapi layan DVD MEMANG seronok kalau guna widescreen..haha
@Fahmishah: Sebenarnya, kalau nak dikira dari segi ekonomi, WP memang tak boleh ditandingi. Tapi aku sekarang nak mewujudkan revolusi. Boleh beritahu aku, di Malaysia, blog mana yang menggunakan EE? Setakat ni aku belum jumpa, kalau ada sila khabarkan pada aku.
Sebab aku teringin guna EE, aku rasakan teramatlah seronok menggunakannya. Tapi aku tak tahu nak ceritakan bagaimana. Tiada plugin yang perlu dipasang(Melainkan modules), dan aku tidak akan menggunakan kategori selepas ini. Sedang mencuba untuk membahagikan entri2 kepada section masing2. Jadi, satu page, satu section.
Dan sekiranya nak mencuba, EE core adalah percuma untuk dipasang. Cuma fungsinya agak terbatas. Dan yang aku suka, EE agak laju berbanding WP. Cuma aku belum pasti lagi tentang keputusan sebenar ketika online. Sedikit masa lagi, aku perlukan masa..