Kemaskini Blog Anda Melalui Flock!
Salam Sejahtera, suasana baru, theme baru, tutorial baru. Anda tentu perasan berkaitan entri yang ditulis oleh pegawai teknikal Infomalaya, Ariff Azraai bertajuk Flock 1.0, terima kasih kepada beliau. Kali ini kita lihat bagaimana anda boleh kemaskini blog anda menggunakan Pelayar Flock.
Mari kita mulakan. Pertama sekali anda haruslah ada Pelayar Flock ini, sila download dan install jika masih belum ada.
1. Klik tools, kemudian Blog Editor, atau menggunakan shortcut keyboard anda dengan menekan Ctrl+Shift+B.

2. Untuk pertama kali anda akan diminta untuk setup account, klik setup account. Jika anda sudah setup account sebelum ini anda akan terus akan dibawa ke blog editor seperti di nombor 8 dibawah.
3. Kemuadian, akan timbul sidebar sebelah kiri anda seperti gambar di atas. Pilih servis account anda. Pada tutorial kali ini ary nak tunjuk berkaitan “self-Hosted Blog”. Senang cerita, blog dan domain sendiri. Oleh kerana ramai yang menggunakan wordpress, tutorial ini adalah khas untuk pengguna wordpress. Saya tidak pasti pula untuk blog engine yang lain, mungkin boleh. Klik Self-Hosted Blog.
4. Setelah anda memilih self-hosted blog, anda diminta untuk memasukkan url blog anda. Setelah selesai klik next.
Please wait, flock sedang mengesan setting blog anda. Keluar tajuk sikit, anda dah minum? Jika belum, tinggalkan komputer yang telah lama anda mengadap, banyakkan minum air masak, bagus untuk kesihatan. Berhenti 10 - 20 minit bagi setiap 2 jam anda merenung komputer. Renggangkan pinggang anda. kemudian..
kita minum dulu.
5. Dah minum? penat menunggu?
sekejap saja, berdasar kelajuan koneksi internet anda. Ok kita sambung, Anda akan diminta untuk memasukkan username dan password untuk url anda masukkan tadi. Klik next setelah selesai.
6. You’re ready to blog with Flock. Selesai setup blog. Klik Finish.
7. Klik tools, kemudian Blog Editor, atau menggunakan shortcut keyboard anda dengan menekan Ctrl+Shift+B. Seperti gambar diatas.
8. Anda akan dapat melihat paparan blog editor, masukkan title, tuliskan post yang anda inginkan. Ianya simple dan kemas, dan mudah untuk anda. Kemudian klik publish.
9. Satu paparan publish information akan timbul beserta kategori blog anda, pilih kategori yang anda inginkan.
10. Publishing.. selesai, anda akan dibawa terus ke blog jika anda tandakan pada ‘visit blog after publishing’. Mudah bukan?
Ianya satu cara mudah untuk anda yang sering sibuk dan tidak sempat untuk login ke dashboard wordpress anda, tambahan pula koneksi internet yang mungkin tidak menyenangkan anda. Cubalah Flock hari ini.
Tutorial ringkas untuk pengguna baru. Selamat Mencuba.
p/s : jika ada kelemahan sila tambah diruangan komen. Ini mungkin entri terakhir ary untuk tahun 2007. Selamat Tahun Baru. Ampun dan maaf jika penyampaian kurang sempurna.









Qaiyum (#)
December 27th, 2007
Mampukah Flock Menyaingi Kehebatan Firefox?
Noorizam Shah (#)
December 27th, 2007
Saya rasa ini antara extension yang memudahkan pengguna. terutama blogger seperti saya.
megat (#)
December 27th, 2007
Rasanya lebih mudah menggunakan ‘musang api’ eheh
junaidix (#)
December 27th, 2007
hoho.. korang pun masuk youth awards gak eh?
aku dah vote utk korang.. hehe.. cayalah..
kita (#)
December 27th, 2007
ermmm memang bagus tapi banyak lagi aplikasi lain yang boleh kita gunakan…pendapat saya..saya lebih suka plugin yang ada pada firefox.visit http://www.kongsiblog.org/aplikasi-linux/aplikasi-aplikasi-menulis-blog/
Bat (#)
December 27th, 2007
Err..entah. Tapi Flock ada peminatnya yang tersendiri..hehe..Sesuai ngan tema Flock, “The Social Web Browser!”.
p/s: Tolong jawab sebab encik Ary tak online minggu ni..huhu
Bat (#)
December 27th, 2007
Kalau nak lagi senang, guna Windows Live Writer takpun Blogdesk.
Bat (#)
December 27th, 2007
Aku guna 3, Firefox, Flock ngan IE6..huhu..
Bat (#)
December 27th, 2007
Haah Jun, terima kasih sebab tolong undi. Aku pun dah undi MsjBox, ahaha
Bat (#)
December 27th, 2007
Aha, tak dinafikan, memang banyak lagi alternatif lain..
Owh, terima kasih untuk links tu..
Azhar Ahmad (#)
December 27th, 2007
Hummm… adeh, satu kemalasan terunggul untuk instalasi satu lagi web broeser… Ahahahh
kita (#)
December 27th, 2007
sama-sama bat….yang penting bangsaku celik it..biar dot my boleh lawan dot id
emptyspace (#)
December 27th, 2007
aku dah pernah try dulu, tapi rase cam kurang best plak
Bat (#)
December 28th, 2007
Hang suka Opera kan? haha
Bat (#)
December 28th, 2007
Aku lebih suka guna dashboard, tapi bagi aku la, benda ni bergantung kat individu..
jolife74 (#)
December 28th, 2007
Mau tanya apakah di editor blognya tidak ada option untuk merapikan text yang kita tulis seperti halnya di dashboard? Thx
Bat (#)
December 28th, 2007
Sebenarnya ada. Kejap ya nak tambah screenshot untuk blog editor. =)
Update: Eh dan ada screenshot untuk blog editor dalam entri di atas. Tapi rasanya dalam dashboard wordpress fungsinya lebih banyak.
iEn (#)
December 28th, 2007
best gark ah flock nieh.. lagik advance dr firefox heheeh
Afham (#)
December 28th, 2007
erk…ade system baru plak..
sian system yang sedia ada..dipinggirkan kot!!
Bat (#)
December 28th, 2007
Err..Kalau nak dikira advance, taktau la pulak. Firefox punya addon/extension agak mantap la kalau nak dibandingkan dengan Flock, hehe..
Apa-apa pun, aku pun pengguna Flock jugak..haha
Bat (#)
December 28th, 2007
Haha..bukan dipinggirkan, tapi bosan agaknya,,huhu
thenthang (#)
December 29th, 2007
aku dh test dh…agak best…;)
Vankojo (#)
January 15th, 2008
info bagus mr. Saya sedang download
thanks and sama kenal