Kehilangan? Apa sebabnya?

Seperti yang dijanjikan, kali ni aku nak menulis tentang mengapa aku dah macam tak ber’semangat’ nak menulis kat blog ni. Kadang-kadang aku dah macam biskut, sekejap ada, sekajap takda. Ironinya, ini turut berlaku pada para penulis InfoMalaya yang lain. Tapi aku tak salahkan mereka, mereka juga ada hal masing-masing yang perlu diutamakan. Dan sekiranya tiada sebarang kemaskini pada blog ini, individu yang perlu dipersalahkan ialah aku, bukan mereka.
Rasanya kebanyakan blogger tahu apa itu mental block. Iaitu satu keadaan yang menjadikan individu terbabit dihimpit oleh perasaan tidak dapat mengeluarkan idea dalam bentuk penulisan yakni entri. Sebabnya? Mungkin kerana terlalu banyak idea atau pun takda idea langsung untuk berkarya. Tapi itu untuk blog-blog yang berbicara tentang kehidupan. Blog INI pula bercorak info, info pulak bersepah merata-rata dalam internet ni. Dan mengapa pulak aku tak dapat nak kutip dan letakkan di sini? Sibukkah aku? Malaskah aku? Arghhh..
Jawapannya, aku sekarang sedang cuba mencari rentak dan irama untuk menghasilkan entri yang asli tetapi mengekalkan corak info di dalamnya. Itu salah satu sebab, sebab yang lain, aku cumalah seorang cikgu pelatih yang sedang dilatih di sebuah institut perguruan di ibukota. Masa aku terhad, jadual aku padat, kerja dan tugasan aku menyendatkan kepala otak aku. Tapi aku tak kisah pun, aku cuba jugak menaikkan blog ini, aku cuba juga bertandang ke blog-blog rakan aku yang lain, aku tinggalkan komen, tapi sayangnya Akismet menyukarkan niat aku. Komen aku tersangkut di kebanyakan blog. Biarlah, asalkan aku dah tinggalkan komen dan jejak aku di MyBlogLog.
Dan, proses transformasi blog ini juga kadangkala memenatkan aku. Sekarang sudah berada pada tahap menulis kod. Menjelang minggu hadapan, InsyaAllah akan siap. Bersempena dengan ulangtahun pertama InfoMalaya sebagai sebuah blog. Ruangan baru akan diperkenalkan, tapi ruangan itu sangat susah untuk direalisasikan. Nanti aku beritahu.
Kadang-kadang apabila kita terlalu menyayangi sesuatu, ada kalanya kita terpaksa tinggalkannya sebentar. Macam sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang blog, biarkan bersawang?!! Haha..Ok la, itu saja dari aku, sila tinggalkan komen dan teguran di ruangan komen. Dan kepada Azwan, aku tak dapat nak supply sticker, sebab kekangan masa, sticker En Harith pun aku tak hantar lagi.
shutterspeaks (#)
July 21st, 2007
or bloggers block. hehehe.. aku pun malas skang neh. sekali sekala perlukan rehat jugak bro.
emptyspace (#)
July 21st, 2007
aku pun pelik naper IP ko diisytihar spam.. seb baek aku check spam list.. kalo tak terbuang terus
BAGAK (#)
July 21st, 2007
biar patah hati
jangan patah semangat untuk menulis blog
bihunx (#)
July 21st, 2007
untuk menghasilkan rentak dan irama asli.Apa kata hang buat info tentang gurindam atau keroncong?..Apasal RSS aku nih dia punya time stamp 1970? pelik tol.
Bat (#)
July 21st, 2007
@shutterspeaks: Aha, minggu depan aku nak pergi Pangkor 4 hari..hehe..Tenangkan fikiran di sana.. =)
@emptyspace: maxis guna IP pelik skit, mungkin sebab tu agaknya.
@BAGAK: InsyaAllah, aku takkan luntur semangat untuk menulis..janji!
@bihunx: haha, hang nih..Aku tak pandai bab-bab tuh..huhu..Err, cuba check balik xml RSS feeds hang, kat situ kut masalahnya..Tabik la kat hang, buat cms blog sendiri.. =) Hidup Seberang Jaya!
bihunx (#)
July 21st, 2007
seberang jaya memang hidup.Happening beb, kedai mamak bersepah2,kedai suratkhabar buka sampai ke pagi.Bas mini bergerak lancar.Memang hidup.Mana versi baru ni?tak dia malu nak keluar ye
Bat (#)
July 21st, 2007
@bihunx: hehe..sabaq2, tunggu bulan 8 ni, InsyaAllah, ni tengah dok koding lagi nih..
Ashrufzz (#)
July 21st, 2007
Standard la “Mental Block” tu..hidup umpama roda…ekeke..
muhdzahari (#)
July 21st, 2007
transformasi?
cam transformers jerk..hehe
apa2 pon, saya selalu singgah kat sini

pali (#)
July 21st, 2007
ambuii… awat emo ni… muehehe…
al-Marbawi (#)
July 21st, 2007
aku pun takde idea nak tulis apa dalam blog aku.. huhu..
azwan (#)
July 21st, 2007
ha..ha.. takpe .. takpe .. nanti bila kau dah free kembali, boleh buat kan? aku pun sayang bini tinggal-tinggalkan
Senang, jadi macam aku. Blogging as a hobby, tapi sekurang-kurangnya pastikan ada update setiap minggu. Aku belum lagi jadi professional blogger, mahupun semi-pro .. hanya part time blogger.
azwanhadzree (#)
July 21st, 2007
terlupa pulak meninggalkan signature seperti sedia kalau azwanhadzree instead of azwan
harith (#)
July 22nd, 2007
la…awat hang nih….takpa2….stiker tu nanti2 la..relex2 la…take ur time…
abdfatah (#)
July 22nd, 2007
aarrrkk…. biasalah tu kalo takder penulisan hari-hari dalam blog. kena sabar aje laa… saya sendiripun tak boleh nak update hari2.
mana nak cari idea dan macam2 lagi …
aphal pun rehatkan minda dan kembali semula menulis… berehat dan menulis…
lain citer laa dengan bloggers sepenuh masa….
neutronics (#)
July 23rd, 2007
aku rasa mental ko dah penat ni.. hehe
apakata ko pegi kuar jalan2, melepak kejap ngan member2 dan main game… haha
abdfatah (#)
July 24th, 2007
sempena jalan-jalan cuti malaysia, kena ambil peluang tersebut untuk rehatkan minda. jika terlalu fokus sampai tiada idea langsung untuk menulis, maka bacalah novel dr tuah iskandar ke… majalah ujang ke, majalah pc ke… games ke… tengok bola ke… bola???
Tramadol 180 electronic check. (#)
October 16th, 2007
Tramadol 180….
Tramadol 180. Tramadol no rx 180 pills….