Pintasan → entri / sidebar / carian / Peta laman

Arkib→

Kad ucapan hari raya online, wallpaper menarik, dan Nurin Jazlin

Hantar kad ucapan raya online
Phew, pertama kali aku menggunakan tajuk entri yang sangat teruk..Maafkan aku. Baik, malam tadi aku teringat zaman aku sekolah menengah dulu, zaman cyber cafe, zaman pergi CC semata-mata mahu main mIrc..Haha..Tapi bukan pasal tu aku nak ceritakan, tapi pasal waktu tu aku dah mula hantar ekad atau kad hari raya online kepada rakan-rakan aku, cuma bilangan kawan-kawan online waktu boleh dikira dengan tangan. Boleh cuba google sendiri atau pun gunakan khidmat ekad tempatan kita untuk servis ekad.

Walpaper Menarik
Smashing Magazine ada mengumpulkan senarai wallpaper yang menarik untuk kita. Aku sedang cari yang versi widescreen, rambang mata nak memilih..Hehe..

Arwah Nurin Jazlin
Mungkin aku antara blogger yang paling lambat sekali tulis benda ni, tapi aku tak kira, sebab aku sangat kecewa dan terkejut lepas tahu berita ni. Negara kita ni dah macam berleluasa sangat dengan kes rogol dan bunuh ni. Tadi aku menjenguk kat blog Chot dan Azwan. Mereka pun tulis pasal berita ni…Apa-apa pun, al-Fatihah untuk arwah..Aku doakan supaya orang yang bertanggungjawab dalam hal ni dapat balasan yang setimpal. Amin..



71 respon untuk entri “Kad ucapan hari raya online, wallpaper menarik, dan Nurin Jazlin”

  1. Sultan hunt-nief

    aku mmg x puas ati laa care nurin mati kene bunuh nieh..
    trlalu kejam..


  2. mohdismail

    sayu dowh hati aku dgr Nurin ni kene bunuh mcam tu.. apa dah hilang ke nilai2 manusia dalam hati org yang buat mende ni… gila takde otak!


  3. dr.xero

    aku pun nak tulis pasal nurin tuh..tp bile aku mengenang balik..tak berdaya aku menulis..kejam sungguh..ape org tuh dpt berbuat begitu pada budak sebesar itu..BODOH betul!!!


  4. hafreze

    kesian giler bdk tue..kejam nk mmpus..pi laa sembelih kambing ker..lembu ker..ayam kat pasar ker..dpt gak duit…ini dibunuh bdk tue..baru nk knal dunia


  5. Wizurai

    tu kerja org gila… bangang punya binatang…
    rumah Nurin tu dekat jugak dgn ofis aku, sayu jugak tgk gambar² dia yg ada kat merata tempat…


  6. azwanhadzree

    aku menulis pasal tu dengan harapan dia masih hidup, tapi nampaknya segalanya telah terbukti. sedih .. ayah mana yang tak sedih :(


  7. azam

    Akhirnya bapa Nurin pasrah jugak untuk terima kematian anaknya itu. Sedihla bila menengok keadaan kematian Nurin macam tu. Teringat aku kata-kata pakar jenayah interview di TV3 yang bunyi dia lebih kurang macam ni…”Mana NGO? Lepas ada kematian baru nak menjerit? NGO patut memperjuangkan isu sebegini dah lama dah, bukan bising isu-isu picisan”.


  8. Bat

    Urghhh…Aku dah tak tahu nak kata apa pasal kes nih..Kepada ibu bapa, jangan biarkan anak kecil anda merayau-rayau tanpa anda.. =_=


  9. Wizurai

    kalau birkan anak² merayau dan hilang, silap hari bulan ubibapa pulak yg boleh didakwa…


  10. ikram_zidane

    aku tak ikut berita sangat, leh gtau apa kena dengan zurin ?


  11. stalker

    ikram…nurin ilang sejak ogos…usaha mcari d jlnkan sejek tu….tup2 spi kmuncak jumpe beg y ade mayat dak ppuan y kemaluanye d tusuk dgn kayu..polis swat dna dgn parents nurin dansahkan mayat 2 nurin..tp parents nurin kate bukan sbb fizikal x sama..tapi dorg amek mayat n uruskan mcm mane y ptt d uruskan..tp ade statement dr fmly nurin y ckp fizikal mayat sama..tapi ntah…dna sahkan mmg sama..tp kite x tau ape y btlnye..sbb yang MAHA MENGETAHIU HANYE ALLAH..


  12. tumpanglalu

    Siti Syazwani, 9 ditemui mati 100 meter dari rumahnya - dirogol dan dibunuh oleh seorang pekerja asing Indonesia. Mayatnya

    di temui mati dalam parit di ladang kelapa sawit Tikam Batu, Sungai Petani dengan hanya berbaju kurung, tersembam ke dalam

    parit sedalam 2 meter.

    Nurul Huda Abd Ghani, murid Tahun 4 yang dirogol dan diliwat bergilir-gilir oleh tiga lelaki di Pondok Pengawal Stesen

    Janakuasa TNB Kg. Pekajang, Gelang Patah, Johor Bharu pada 17 Januari 2004.

    Bulan yang sama, Haserawati Saridi, 10 - dirogol dan dibunuh ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Menggatal, Sabah.

    6 November 2002 Siti Nurliyana Shamimi Rosdi, 2 - diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel pada jam 9 pagi

    di tebing Sungai Kedah, 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain lebih

    40 kesan luka pada badan dan pendarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.

    Dua remaja berusia 19 tahun pula telah merogol kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun sehingga terkeluar usus ketika merompak

    keluarga mangsa di rumahnya di Taman Maluri, Kepong 13 Ogos 2001.

    23 Oktober 2000, Nur Shuhada, 6 ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman 3 tingkat jenis town house di

    Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan.

    ini antara kes2 lepas. sumber yg aku kutip dr blog faizal tehrani. masa memula aku dgr crita nurin diculik, aku sedih. aku

    antara jutaan penduduk malaysia yg sedih akan situasi tersebut. tempoh nurin hilang agak lama maka pelbagai berita sensasi

    terpapar di media. akhirnya berita nurin ditemui, tidak bernyawa dlm keadaan yg ckup terseksa menambah lg sedih.

    dlm masa yg sama media mula menyampaikan kronologi kes2 kanak2 diculik, dirogol, didera, dibunuh dan sbgnya di malaysia. aku

    terus terkedu. iya aku sedar akan kes2 ni. aku ada membacanya lama dlu. aku ckup sedih tp apa aku bole buat, cuma bersimpati

    dan berdoa kehadrat Ilahi. namun aku mula berfikir sdikit dalam..

    mengapa kes nurin menjadi isu yg sgt besar tatkala ini sedangkn kes2 yg hampir sama melibatkan kanak2 sedikit masa dulu

    berlalu begitu saja yg mana umum sedih, umum marah tp, setakat tu saja! tp dlm kes nurin, smpikan PM benar2 beri kenyataan

    dlm media yg dia sedih dan marah serta mahu polis lipat gandakan usaha tangkap penjenayah terbabit. smpikan polis benar2

    kritis dlm berbincang samada mahu menyaman keluarga nurin sekiranya terdpt unsur2 kecuaian. smpikan seluruh malaysia gempa

    sedih dan marah dgn kes nurin. kenapa? ya kenapa smpi mcm ni skali? kenapa kes2 dahulu tidak mendpt perhatian sehebat spt kes

    nurin? apa bezanya kes nurin dgn kes2 yg lepas?

    aku kedu. aku keliru. aku mula sedih lain dr kebiasaan memikirkan kes2 yg lepas tersebut dan juga kaitannya dgn kes nurin..

    kenapa ya kwn2? kenapa byk persoalan timbul?

    bkn aku pro sesapa juga bkn aku anti sesapa. jgn salah phm ya. aku cuma memikirkan permasalahan epidemik umum di malaysia

    skang yg mana aku sendri tidak terkecuali di dlmnya. lanjutan di cni terbit posting bekenaan nurin maka aku lebarkan lg..


  13. emptyspace

    tak bace online newspaper ke? thestar.com.my ade, hmetro.com.my ade, bharian.com.my pun ade..


  14. Bat

    Satu komen yang membuat aku terfikir..Terima kasih kerana mengingatkan..


  15. ijol

    Aku memang rasa sedih, geram dan macam2 bila dengan kes kematian nurin. Cuba bayangkan selama sebulan dia diperlakukan sedemikian rupa…sakit entah macam mana? Namun agak lega juga bila penderitaannnya berakhir………….. semoga dia juma balik dengan keluarganya di syurga nanti.. seperti jaji Allah. Budak tu pon kecil lagi x de dosa belum baligh. Mudah2an ditempatkan di syurga. Tapi apa yang kita kena tau… pembunh tu belum tertangkap lagi…bukan pembunuh nurin aje..banyak lagi pembunuh lain yang belum ditangkap…so sama-sama la kita jaga diri dan keluarga kita


  16. honeyzah

    hiiiiloooooo…hai, cian kan, sedih pun ada…simpati sangat dgn kematian Nurin tu, rasa x pcaya Nurin dh mati…mak dia dah beli baju raya utk dia, tp akhirnye hanya tinggal kenangan…Pilu…memang org yg bt smu tu, xde akal, hati animal, bodoh, otak udang….CELAKA, kurang ajar sgt///!!!!!!!!!!!!!!!bodoh….!!!
    didoakan mak Nurin dapat terima dgn sabar dan hadapi smu ini dgn ikhlas dan redha dgn smu ini. Dan semoga yg melakukan semua ini akan dpt balasan yg setimpal….
    Ok, da,,,,, bye…TQ


  17. nur aini binti abdul razak

    Saya ingin mengucapkan takziah kpd keluarga Allahyarham Nurin…saya turut sedih dengan kematian beliau.saya berharap agar orang yang bersalah itu ditangkap dan di berikan hukuman yang setimpal dengan jenayah yang dilakukan..saya doakan agar arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh…amin.


  18. ikram_zidane

    reading news gives me the bore. If a news that is big enough, i’ll about it from people like bat (who blogs about it)


  19. stalker

    kes2 y mcm ni…ak pun x tau nape…manusia skrg dah ilang akal ke..??..x sedar ke kaum hawa ni terdri dpd ibu,kakak,adik,nenek kite…tp nape spi sgup wat mcm ni…takziah utk fmly yang tbabit…semoga ALLAH tempatkan mreka yang mnjadi mangsa di kalangan yang terbaik..

    mcm yang sdara kite ckp td,nape kes nurin bagaikan tsunami…???? kes yang len same gak tp skadar panas dalam mase yang tdekat je…benda macm ni dah mmg lumrah alam,bile ade yang mgetuk baru ade yang tesedar…kite pun tahu mcm mane fmly nurin gunakan peranan media utk kes ni..jd,nk xnk pihak yang tbabit perlu lbih aktif…jd ke ni pasti mdapat prhatian…

    bukan nak kata ada pihak yang x wat keje or y x amek peduli or yang nak cari publisiti…cume kite pun bleh pikir kat mane tptnye…

    peringatan kat kaum hawa..JAGA DIRI BAIK2…dari yang kecik sampai r yang dah besar…JANGAN JALAN SORANG2..JANGAN MUDAH PERCAYA KAT KAUM ADAM…JANGAN DEDAHKAN APE YANG SPTUTNYE TAK PERLU DIDEDAHKAN…

    wlupun ak kaum adam,ak x sgup benda yang x bek jd kat kaum hawa…


  20. nav


  21. chot

    utk kad raya melalui e-zakad tu…ia di design oleh acai salah seorg bloggers kita…


  22. allSunDay

    ramai tul yg marah.yup mmg kita akan marah kalo benda sbgni tjadi.tp ada gak yg duk benua mana ntah sampai xtau apa yg dh tjadi….nak jd bloger ilmu pengetahuan tu penting xkisah la kita baca apa pn…suma kita kena amik tau….huhu…

    ramai yg marah sampai sumpah seranah sampai samakan dgn binatang dan mcm2 lg… hehe jgn begitu binatang pun ada maruah…malah binatang pun ada gak yg sayang pd anaknya.

    sebenarnya pembunuh tu tetap manusia biasa.seperti kita.malah percaya @ tidak perasaannya ketika membunuh nurin pun paling tidak ada pada kita sedikit.aku amik contoh…yg tidak dpt mengawal perasaannya lantas menghukum pembunuh tersebut dgn hukuman bunuh terus tanpa diadili….jd itulah ‘faktor’ yg ada pada setiap pembunuh iaitu perasaan marah yg tidak dpt dikawal.mungkin pembunuh tersebut mempunyai kisah lampau yg kita sendiri tidak tahu.mungkin juga dia selalu dibuli oleh kita yg lebih besar maka dia cuba melepaskan tekanan dan amarahnya pd mereka yg lebih kecil….secara jujur mereka yg melakukan jenyah sbegini pd kanak2 slalunya mereka yg terasa dirinya lemah utk berhadapan dgn orang sebaya mahupun lebih tua.

    anda pernah membuli seseorang yg sebaya tetapi tidak melawan dan lemah.percayalah xmustahil satu hari mereka akan membalasnya.mungkin bukan pada kita tp mana tahu anak2 kita.aku slalu berkata begini…mereka bukannya mahu menjadi pembunuh tetapi orang lain yg memaksa mereka menjadi sebegitu.jd kenapa harus menyalahkan dia 100%? pesalah sebenar adalah kita…yg terlalu sombong dan bongkak dgn sedikit shj ilmu yg Tuhan beri kepada kita.sebab itu manusia berubah bukannya kerana diri sendiri slalunya tetapi disebabkan keadaan sekeliling.al-fatihah untuk arwah.


  23. Nurul Idayu Binti Harun

    saya wakil dari universiti malaysia terengganu mengucapkan takziah kepada keluarga nurin. semoga anda semua tabah menghadapinya….


  24. siti fazillah bt ali abu bakar

    saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga arwah nurinjazlin.saya berharap dia menerima dugaan ini dengan tabah.saya berharap penjenayah kejam itu dapat ditangkap dengan secepat mungkin dan seharusnya menerima hukuman yang setimpal.al-fatihah…semoga rohnya dicucuri rahmat amin….


  25. tumpanglalu

    tindakan penjenayah terbabit meninggalkan mayat arwah dlm keadaan sebegitu rupa pastinya ada motif tersembunyi. lazimnya org buat salah, akan cuba menutup kesalahannya namun si penjenayah terbabit seolah-olah mencabar kredibiliti pihak polis, kesabaran keluarga arwah dan mentaliti rakyat umum. cuba pikirkan..


  26. […] Source: Bat […]


  27. […] Bat Filed under Coretan IM by arynet Permalink • Print • Email […]


  28. kita

    apa laa nak jadi dengan Malaysia…semakin maju semakin rendah keperimanusian…saya masih tidak percaya orang Malaysia sanggup buat sebegitu……maybe orang asing kot


  29. siti norhanizea

    assalammualaikum…

    klu nk story tentang adik nurin mmg kecewa sgt memikirkan tragedi yg menimpa arwah.dalam kite menyambut ulangtahun kemerdekaan negara kite yg ke-50..masih ade manusia yg berhati binatang.sanggup melakukn perbuatan yg keji disisi Islam & juga pd pandangan masyarakat.walaupun pemergian arwah begitu menyedihkan,sy tetap bersyukur krn penemuannye.Allah itu maha Besar,Allah lebih menyayangi..kerana Syurga menantinya disana.kisah arwah byk memberi keinsafan.fikirkn ape nasib kite kelak.dunia terlalu penuh dgn cabaran.semoga Roh arwah di tempatkn bersam org2 yg soleh & beriman.Allah Maha Adil,kpd org yg bertanggungjawab.walau dunia kaum terlepas tetapi tidak diakhirat.semoga Allah memberi hidayah & bantuan pd kita.

    wassalam


  30. chah_el

    ermm..memang banyak pendapat orang. Tapi bagi aku la secara peribadi, bende ni terjadi atas kesilapan dan kecuaian ibubapa Nurin juga. Sebab mereka membiarkan Nurin yang sakit ni pergi membeli di pasar tanpa jagaan. So secara peribadi ini la pandangan aku…terpulang la..


  31. NURAINA BITNIA RIS

    saya ingin megucapakan salam takziah kepada atas kematian nurin…malang sungguh nasib nurin…tapi setiap pekara yang berlaku pasti ada khikmahnya… ini lah lumrah kehidupan akhir zaman… kita hanya mampu berserah kepada qodar&qadar Yang Illahi… tabahkanlah hati dalam menghadapi segala ujian dari allah.


  32. SYAMSURIATI BT HJ ITHNIN

    Saya mengucapkan takziah di atas pemergiannya… insan istimewa yang comel moga Nurin Jazlin bahagia disisi Allah yang maha esa…semoga keluarga nya sentiasa tabah melalui hari2 yang mendatang


  33. MIMIE_kelate

    takziah atas pemergian nurin jazlin semoga allah tempatkan beliau di surga. al-fatihah (amin) dan kepada keluarga arwah nurin Jazlin tabah melalui hari2 mendatang.
    terlalu sedih akan kemantian nurin dengan keadaan seperti rupa. budak yang sekecil 2 menjadi mangsa seks manusia yang bertompeng binantang. xterfikir ke penjenayah tersebut kalau ahli keluarganya sendiri menjadi seperi adik nurin………..


  34. bawamg putih

    kesian kat adik nurin siapalah yang sanggup buat adik nurin macam tu…mungkin orabg yang bunuh adik nurin tu cemburu coz tengok adik nurin tu cantik sangat kot…


  35. NAZURA

    Aku bosan dengar pesanan ‘ibu bapa kena jaga anak baik-baik’. Mak bapak bangang, kaki tahi dadah je yang sanggup bunuh anak. Kalau tak, tak ada ke jadahnya nak biar anak sendiri. ANAK WOi, bukan nya sampah boleh main baling baling. JAga bagai nak mampus pun kalau setan-setan kat luar sana tak dihukum sebaloi-baloinya. Tak guna juga. Dah tangkap lepas tu perap dalam jail tu buat apa. Duit aku tau tak yang tanggung setan-setan tu makan tidur kat jail itu. Aku bayar cukai, bayar tol, bayar macam-macam. Setan-setan tu sedap ternganga kat jail. Entah-entah berangan nak merogol lagi. Kita mana tau. Kalau dah keturunan setan tu setan jugaklah. Hal Nurin ini pun, kalau orang ramai tak bising.. ko ingat dia orang peduli sangat ke nak cari. Berapa banyak kes yang tak solve. Reasonnya..’sebab kita tidak mendapat maklumat’. Eh.. bukan memang kerja ko ke cari maklumat. Orang suruh tukar hukum Hudud tak nak. Tunjuk pandai. Sekarang tengoklah.. rakyat jadi mangsa. Sampai bila???????????


  36. sabrina

    takziah kepada keluarga adik nurin.itu sahaja.wassalam.amin


  37. insan

    pembunuh arwah nurin tu bukan binatang tapi manusia yang bertopeng syaitan LAKNATULLAH!Binatang lg baik dari pembunuh tu, binatang pandai lagi sayang kan anak!tau takper….


  38. W.ghafar wan yusoff

    Selamat Hari Raya Aidilfittri and maaf Zahir Batin Dari Kami…


  39. fatin insyirah

    takziah kepada keluarga adik nurin dan selamat menyambut hari raya aidilfitri.kalaulah kamu menjaga keselamatan,takdelah nak menyusahkan rakyat Malaysia.kalau nak ibubapa menjaga keselamatan anak ,senang caranya tinggal dirumah sahaja.kunci pintu.orang tak kenal jangan buka.nak dengar?ada seorang budak dia balik dari sekolah dia tunggu bapa dia ada orang tengah rehat dalam kereta tiba2 ada 2 orang tangkap budak tu pastu ada orang nampak dan kejar yang jahattu .pastu yang jahattu pula campak budak itu dan lari.budak tu sekarang kat spital lagi.AWASILAH ANAK ANDA!


  40. ijai & jaie

    assalamualaikum…
    dibulan yang mulia ini kite sama2 berdoa ke hadrat illahi dengan limpah dan kurnianya kita dapat menyambut kedatangan bulan syawal yang tidak seberapa lama lg..
    semoga kedatangan syawal mmberi seribu manfaat kepada keluarga nurin sekeluarga.
    kami rakyat malaysia mengharap seribu keredhaan drpd allah swt semoga rohnya dicucuri rahmat…sama2lah kita sedekahkan al-fatihah kepada roh beliau..amin..


  41. insan

    aku sedih sangat2 setiap kali baca berita nurin..kejam mgalahkan haiwan org yang bunuh nurin.org macam dia tu tak layak jadi manusia…tak adil dia dihukum gantung,dia sepatutnya kita sula je baru dia rasa macam mana sakitnya nurin kena seksa…


  42. iman

    kecian ngan keadaan nurin masa jmpa 2….naif tul la…
    kejam n x der ati perut la org yg wat cm2 kat nurin….
    sya rasa org yg bunuh nurin 2 sepatutnya kita letakkn kat tmpat awam..ikat dia..cam brg yg display kat shpping complex 2…..pas2 kita kelar tgn dia n kaki dia..bubuh garam n kunyit.(cam nk goreng ikan 2)…ps2 bubuh limau nipis ….mablus…..biar dia rasa apa yg nurin rasa b4 dia m’ninggal….pas2 t’pulang lah kat org awam nk wat apa kat dia tp jgn bg dia mati terlalu cpt…biar kita smua wat kejam kat dia….mmg ar negara kita ada undang2…tp..diorng smua x takut so inilah caranya….
    papon..al-fatihah tuk arwah nurin jazlin jaziman……
    smoga keluarga allahyarham dpt meneruskn kehdpan …….amin…..


  43. Nora

    Betoi tu!! Depa dok kalut wat pa lagi dok pikiaq undang2 ciptaan manusia tu?? Dlm Quran dah terang2 crita camna satu2 kesalahan tu patut dihukum! kalau merogol, membunuh tu rejam je sampai mati depan khalayak!! Baru org takut..org beringat! Ni tak..tangkap, bela pula bagi makan free, tiduq free, berak kencing free dlm jel tu..senang banyak!! Ikut la hukum hudud tu..takyah dok pening2 kapla pikiaq. Dah dijamin 100% berkesan. Jaminan dari ALLAH tu..takyahlah dok pertikai lagi!! Kita ni sapa dgn Allah?? Marilah kita sama2 pikir & perjuangkan apa yang sepatutnya kita pertahankan!!


  44. Mirza kelana

    aku tak tau nak kata pe..sedih,marah suma bercampur kadang pemergian seseorang ada hikmahnya..tapi yelah bukan tejadi pada keluarga kita senang la kita cakap.Yang aku dok pikiag pasai pa jadi lagu tu….dendam ke?gila seks ke?atau sakit jiwa?zaman aku dulu takdak lagu nie.hish….takut aih…sekarang anak laki ke anak pompuan ke sama je takut nak biag2 merayap kat luag.Aku tengok semenjak kes arwah nurin ni kat taman2 permainan budak2 dah ditemani mak atau bapak.Semalam kat aku shopping kat Jalan Tuanku Abul Rahman aku kesian tengok sorang budak kecik ni…tangan dia dah pakai tali sambung ngan bapak dia.(macam kucing aih) tapi tulah anak dia nakai kot atau takut jadi macam kes yin.tapi tu ar de kebaikan nya ibubapa dah berjaga atau takut masuk penjara pasai tak jaga anak…hah kita sama2 la jaga minta dijauhkan dari segala malapetaka..pepun alfatihah untuk allahyarhamah nurin..Amin.


  45. sanie

    selamat hari raya diucapkan kepada semua ahli keluarga Nurin Jazlin semoga Allah akan menunjukkan kepada mereka yang zalim ini.


  46. siti sarah

    memang kejam


  47. lydoi

    aku nk kate gak..
    kalo aku d beri peluang utk jatuhkan hukuman kat binatang bodoh yg bunuh arwah nurin 2, aku nk gelek ngan penggelek jlan , utk ratakan jln 2.kasi mampus.. geram betui aku…
    negara makin maju.. tp ade gak yg bodo cam2..


  48. Hasli

    assalamualaikum wtb….
    takziah buat kuarga nurin..al-fatihah…


  49. bob

    assalamualaikumwtb salam takziah buat kluarga jaziman….al fatihah sabar itu separuh drpd iman apa


  50. rusdi

    assalamualaikum….takziah wat family adik nurin jazlin…bersabar lah kerana tuhan sentiasa bersama dengan orang2 yang beriman dan bersabar.bykkan beristighfar semoga roh adik nurin di tempatkan bersama orang2 yang solehah.


  51. mat dota

    selamat hari raya kepada semua umat islam……..buat ayah nurin perbanyakkan sabar dan ihktifar dan berdoa semoga arwah tenang dan sejahtera……..


  52. bob

    salamat hari raya kepada umat islam dga kluarga jaziman semoga selamat spai ke kampung dan mari kita doa kan kepada arwah nurin dan umat islam yg telah ke meninggal dunia agar roh meraka di cucuri rahmat agar di tempat kan di gologan org yg beriman dan bertaqwa…… al -fatihah


  53. MUHAMMAD KHAIRUL

    ORANG YANG BUNUH NURIN TU, WALAUPUN DIE TIDAK DITANGKAP OLEH PIHAK POLIS, DIE TAK AKAN MASOK KE DALAM SYURGA WALAU MACAM MANA PON.. KENAPA ORANG ITU NAK BUNUH SEORANG BUDAK..?


  54. NAZURA

    Tak masuk syurga tu.. insyAllah lah. Tapi Allah tu Maha Pengampun. Masalahnya kat dunia ni. Kita nak tengok muka si laknat tu. Apa jenis ‘manusia’ dia ni. Kenapa sampai sekarang tak dapat tangkap lagi. Hari tu saya tengok Discovery Channel pasal polis Amerika guna psikik cari pembunuh. 3 hari ja selesai. Salah ke kalau kita guna dia. Bukan tu salah satu ikhtiar yang mana Allah beri kelebihan macam tu kat si psikik tu. Si psikik tu ada cakap.. dia kata agak bodoh jugaklah kalau ada orang yang mempunyai kelebihan macam dia tapi polis tak nak guna.. nak cari pembunuh pulak tu.
    Apa pendapat kawan-kawan sekelian…


  55. NAZURA

    Lagi satu perkara yang buat saya marah ni kan.. semalam dalam NST ada lah pakcik dari Amnesty International, Datuk apa ntah bagi komen. Dia kata tak ada evidence yang tunjukkan hukuman mati boleh kurangkan jenayah. Amboi. Ini hukum ALLAH lah bukan manusia buat sendiri. Ko hukum dia kat tempat tertutup. Tau-tau dah mampus je. Apa effectnya. Orang pun tak peduli. Laksanakan hukum hudud. Rejam depan orang ramai. Biar orang tengok sendiri. Biar si perogol-perogol gatal merenyam nak mampus yang berlambak-lambak kat luar sana tu rasa ngeri. Biar dia fikir dulu sebelum menggatal nak aniaya orang lain. The best part is, even dalam The Star pun, bangsa lain pun sokong si laknak kaki merogol ni di beri hukuman keras dan dibuat di depan orang ramai, tapi kerajaan kita sekelumit ayat pun saya tak ada dengar komen pasal ni.
    KEJADIAN NURIN INI NAK SURUH BUKAK MATA KITA SEMUA WOIIIIIIIII. DIA BERKORBAN UNTUK KITA. SURUH KITA SEDAR DAN BETULKAN KESILAPAN KITA…..


  56. bob

    klu perogol itu islam pintu taubat sentiasa terbuka itu kita kena ingat. sesiapa yg islam kena ingat sesuatu yg terjadi itu ada hikmah nya dr allah . allah tdk akan saja saja menurun kan bala atau tragedi tanpa sbab tentu ada sbab di sebalik itu kita sebagai umat islam kena cari jalan supaya gejala sosial dpt di banteras .allah maha berkuasa


  57. suzy

    mmg pun slm ni NGO pepun jelah….benda da blaku br nak mjerit…skrg ni apa yang diaorg da buat…


  58. suzy

    sy sokong pendapat awk tu..kt blh gunakan apa sj cr…bukan ke kt di srh ikhtiar…sy pun tggu lm da nak tgk muka SETAN JIBRAIL tu..


  59. suzy

    yea btl….sy pun x fhm…nape plk nak di bela2….kes2 yang sblm ni pun cuba kt tgk hnya dgn hukuman penjara…x bbaloi dgn apa yg dia dah buat pd mangsa yg x akan ada lg ms depan….kdg2 sy tfkr jgk btl ke undang2 kt ni…


  60. mama ain

    btul kan kater kau… tak dapt nak diluahkan ngan kater2. memang kejam… xde hati ngan perut. takpe pembalasan tetap ader


  61. bob

    jgn telalu ikut kan hati biar pihak berkuasa dan undang undang yg menentu kan


  62. latifah

    saya mmg simpati diatas apa yg menimpa adik nurin.sesungguhnya manusia di dunia ini memang kejam & tidak takut dengan allah.Nasihat saya ibu bapa memang memainkan peranan yg amat penting untuk mendidik & menjaga anak anak mereka,sentiasalah awasi anak anak anda sebelum benda yg tidak diingini berlaku ke atas mereka.
    Semoga roh adik nurin dicucuri rahmat.


  63. rOlIeDiNhO@KuLiE

    KE CAN ADIK NURIN KAN!!!!!!!!


  64. NAZURA

    Kalau kita jadi family Jazimin pun marah…pasal gambar terbaru adik Nurin. Ada kawan kat ofis ada pendapat lain. Pada dia mungkin orang yang ambil gambar tu pun geram sangat. Mungkin dah tak tahan. Mungkin sebab tengok macam kita atau pihak yang berkuasa macam sejuk sikit. So dia nak berkongsi dengan kita so that kita tahu clearly what really happened to her. Betapa si laknat yang bangsat kelas 1 tu sangat kejam sampai sanggup buat macam tu yang kita rasa tak terjangkau akal fikiran kita untuk menerimanya. Hakikatnya memang ada makhluk di luar sana yang kalau ikut cakap kasarnya memang tak langsung layak digelar apatah lagi dilayan macam seorang manusia yang diberi akal, fikiran, hati dan perasaan. This is just an opinion.
    Ntahlah. Bagus lah kalau Jazimin nak gi umrah. Biar dia berdoa depan kaabah tu supaya Allah tunjukkan segera dan bantu polis tangkap laknat bangsat tu. Ameen…


  65. NAZURA

    Eh, korang terfikir tak..ntah-ntah si bangsat tu ada join kita kat sini. Mana tau. Tengok dalam BU TV3 tadi. Orangnya tak ada lah nampak bodoh pun. Boleh tahan badannya. Mesti dia pun tengah check out kat internet juga. Nak tengok perkembangan aktiviti kebangsatan dia tu..

    Hello, if you’ve been here..if u can understand our language. Melayu ke…orang putih ke.. whatever lah…we got a very clear message to you. But I would not say it here.. see you in your dream..oops..it’s going to be your worst hell nightmare….


  66. peredah bte rimpau

    entah lah apa nak jadi dengan dunia zaman ne………dah tak ada tempat yang selamat untuk kanak-kanak di dunia ini agi, kejadian pembunuhan kejam keatas anakanda Nurin Jazlin, tak mampu mama nak katakan apa lagi atau nak luahkan rasa marah terhadap manusia yang berperangai macam binatang……..keterlaluan amat ……………..sebaik cara jika dapat ditangkap manusia binatang itu, tak perlu dibicarakan lagi…………….jangan bagi peluang untuk dia membela diri, gantung sampai mati…………tiada keampuan buat manusia itu…………


  67. maizatunnisa

    tak dapat nak diluahkan dgn kata kata.manusia yang melakukan itu memang berhati binatang,


  68. maizatunnisa

    tak dapat nak diluahkan dgn kata kata.manusia yang melakukan itu memang berhati binatang,tak berperikemanusiaan.


  69. bai

    assalamualaikum…

    selagi tidak tertegaknye hukum ALLAH di bumi malaysia,buat macam mana pun kejadian ni akan tetap berlaku…


  70. bai

    pilihlah jemaah yg menjadikan islam sebagai wadah perjuangan dalm pilihan raya kali ni….jika anda masih memilih yg lama tu….macam je la kita…hijrahlah


  71. bai

    pilihlah jemaah yg menjadikan islam sebagai wadah perjuangan dalm pilihan raya kali ni….jika anda masih memilih yg lama tu….macam tu je la kita…hijrahlah


Tinggalkan komen