Pintasan ke kandungan utama

Blog / Arkib / Joomla! 1.5.0 - 1.5.5 Berisiko

Joomla! 1.5.0 - 1.5.5 Berisiko

Joomla merupakan CMS (Content Management System) yang popular dan mudah digunakan. Joomla mengeluarkan 2 versi berbeza iaitu Joomla 1.0.x dan 1.5.x.

Joomla versi 1.0.x merupakan versi yang lahir daripada CMS Mambo. Manakala Joomla versi 1.5.x telah menjarakkan nama antara mambo dengan mengeluarkan sistem yang lebih baik. Namun, walaupun sistem yang lebih baik dan navigasi yang mudah, ianya tidak lari dari kelemahan.

Kelemahan Joomla versi 1.5.0-1.5.5 telah dikesan pada 12 Ogos lalu. Joomla versi ini membolehkan penceroboh menukar atau reset kata laluan bagi akaun pertama yang masih aktif, kebiasaanya akaun pertama adalah kepunyaan administrator/pentadbir.

Penceroboh mampu melakukan apa sahaja di bahagian pentadbir setelah kata laluan diresetkan. Ini hanya boleh dilakukan jika nama pengguna pentadbir (username administrator biasanya ‘admin’) diketahui oleh penceroboh tersebut.

Begitulah secara ringkas ulasan, dan mari kita selesaikan masalah pencerobohan yang mungkin akan terjadi kepada anda yang menggunakan Joomla 1.5.0-1.5.5 untuk laman web anda. Anda perlu mengikut kaedah yang mungkin berkesan untuk mengelakkan perkara ini :

  • Menukar nama pengguna akaun (login ID) ‘Administrator’ ke nama yang
    lain, yang hanya anda mengetahuinya.
  • Menukar nama folder ‘administrator’ ke nama yang lain.
  • Menaiktaraf Joomla! CMS ke versi 1.5.6 atau menambah kod bagi
    fail ‘reset.php’.

Untuk menambah kod pada fail ‘reset.php’ sila ke /components/com_user/models/reset.php, selepas global $mainframe; pada line 113 dalam reset.php, tambah :

if(strlen($token) != 32) {
$this->setError(JText::_('INVALID_TOKEN'));
return false;
}

Selamatkan laman web anda yang menggunakan joomla sekarang. Ini kerana pencerobohan ini boleh dilakukan kurang 15 saat, :D.



8 respon untuk entri “Joomla! 1.5.0 - 1.5.5 Berisiko”

  1. MakLaN (#)

    Info yang menarik. Ada sesiapa tak yang nak bercerita tentang Drupal? Dengar citer lagi senang dari CMS lain.


  2. Bat (#)

    Rindu pulak kat joomla, hehe..Tapi pasal security ni, wordpress pun tak berapa selamat jugak kalau tak kena cara..

    @maklan: Drupal? tunggu…hehe


  3. adi (#)

    aku dah kena hack semalam.. soit betul


  4. [...] baca post dekat infomalaya pasal lubang hack joomla tu . Ini bukan pasal firewall lemah atau sebagainya.. skrip Joomla yang bermasalah dan aku yang [...]


  5. arynet (#)

    drupal? dah lama tinggal.. kalo nak buat tutorial tu rasanya boleh lagi.. hehe..

    adi, web kena hack ke? haha.. lepas announce je ada kelemahan pasal reset password ni.. bnyk jugak la yg kena.. budak2 nak test ke’tera’an mereka tu..


  6. adi (#)

    kena… sampai aku wipe semua dalam db.. la nih kena buat baru da.. aku pakai xoops plok.. design tak cantik . tapi best … zaman budak budak kita dulu pun gitu la jugok hahah..


  7. fazlee (#)


  8. [...] yang dijanjikan, kali ini aku nak menyentuh tentang sebuah CMS yang diberi nama Drupal. Untuk pengetahuan semua, [...]


Panduan untuk memberi komen

  • Sekiranya ingin bertanya soalan, sila spesifikkan soalan anda.
  • Jangan terasa hati sekiranya komen anda tidak terjawab. Ada kalanya penulis entri ini terpaksa mengutamakan komitmen masing-masing.
  • Perdebatan secara sihat dialu-alukan. Tapi sila gunakan bahasa yang sopan dan sedap dibaca.
  • Komen yang berbentuk spam akan dipadam serta merta tanpa notis 24 jam(hehe).
  • Dan, terima kasih kerana sudi memberikan komen. ^_^

Tinggalkan komen