Arkib
Teknologi kini berkembang dengan sangat pesat, saya kira pasti ramai yang sudah tertinggal dek kerana tak termampu nak mengikuti perkembangannya. Dalam hal Apple pula, gadget keluaran mereka yang tersangat popular dan mendapat perhatian dunia iaitu iPhone walaupun berusia kira-kira setahun sudah banyak mengalami perubahan.
Jika iPhone ini tujuan asalnya sebagai telefon bimbit, tak lama lagi ia bakal menggantikan PDA atau mungkin boleh menggantikan laptop atau netbook anda. Ini kerana, sebuah syarikat yang berkaitan dengan teknologi iaitu Citrix mendakwa mereka telah dapat menjalankan sistem pengoperasian atau OS Windows di dalam iPhone. Juga mereka mendakwa usaha tersebut telah mendapat ‘green light’ daripada pihak Apple.
Berikut merupakan video demo menggunakan perisian Microsoft Office di dalam iPhone:
Adakah iPhone bakal menggantikan laptop atau netbook anda untuk menjalankan sistem pengoperasian bukan sahaja Windows malah MacOX mahupun Linux atau ia sebuah ‘parody’ lagi?
[via ipodnn.com]
Entri sebelumnya « Group games, ice breaker games, team building activities, youth group games, icebreakers
Cuma ada 1 respon untuk entri ini »
Sila tinggalkan komen anda di bawah
Langganan RSS
Inginkan kemaskini di InfoMalaya dot com dihantar terus ke peti mel anda? Sila masukkan alamat emel anda di ruangan yang disediakan. Kami takkan sesekali menyalahgunakan emel anda, lagi pun kami bukan orang jahat.
*Sila rujuk artikel ini sekiranya anda masih samar-samar tentang langganan RSS.
Komen dari abdusfauzi · January 13, 2009 @ 2:53 am
this is awesome. tp, bila la iphone nak ade cut & paste diorang ni.. huk huk.