Pintasan ke kandungan utama

Blog / Arkib / Inspirasi! Di mana kau?!

Inspirasi! Di mana kau?!

Inspirasi

Bila bercakap mengenai inspirasi, mungkin ramai atau pun semua dah tahu. Inspirasi atau ilham ini merupakan elemen terpenting ketika diperlukan. Sama ada ketika membuat design, menulis entri, membuat susun atur perabot rumah hatta ketika ingin menyusun ayat ketika ingin mengurat si anak gadis..hehe..

Namun, apa yang ingin disentuh oleh aku untuk entri ini ialah, inspirasi untuk membuat design atau layout laman web. Dan sekiranya kau bukan designer, jangan bimbang, entri aku kali ini agak menarik dan sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja. Aku berani jamin!

Tahu mengapa designer dibayar dengan gaji yang mahal? Dan mengapa karier ini dianggap profesional? Sebabnya tak lain tak bukan, bukan mudah mencipta atau merekabentuk sesuatu yang baru dan cantik. Kau pun tahu bukan? Tak percaya? Cuba buka Photoshop dan buat satu design, dan berikan kepada kepada rakan-rakan kau untuk dinilai. Sekiranya mereka mengatakan cantik atau menarik, mungkin kau berbakat menjadi seorang designer atau pun kau berdarah seni, hehe..Kalau sebaliknya, maaf, mungkin kau boleh berlatih dan mencuba lagi, dan sentiasa mencari ilham, mana tahu kau juga berbakat!

Di mana kan ku cari inspirasi?

Kaedah 1

Rajin-rajinkan diri melawat laman web Galeri CSS, di situ, aku jamin kau akan terbeliak biji mata melihat betapa banyaknya laman web yang cantik dan sesuai dijadikan inspirasi. Tapi awas! Jangan cuba menjadi peniru, jangan cuba meniru bulat-bulat atau petak-petak design orang lain. Itu kerja jahat namanya, itu tidak profesional. Mengambil konsep mungkin tiada masalah, dan jadilah seorang kreatif dan inovatif.

Kaedah 2

Tahu buku skrap? Iaitu buku atau helaian kertas yang dipenuhi dengan gambar-gambar atau tulisan yang dipotong dari majalah, buku atau pun suratkhabar. Apa motifnya? Percayalah, kau akan jumpa insipirasi kau selepas melalui proses menyusun dan melekat benda-benda tersebut. Di situlah kau akan lihat bagaimana kuatnya padanan dan susunan elemen yang kau dah buat tadi. Nak jadi lebih kreatif? Kerat lebih banyak gambar dari warna-warna yang berbeza atau pun sama tona untuk melihat kesan yang lebih mengghairahkan. Haha.. =) Aku pun ada satu. =) Tapi aku masih lagi baru dan belajar.

Buku Scrap

Kaedah 3

Baca majalah? Suratkhabar? flyers? Itu semua boleh dijadikan bahan untuk mencari inspirasi. Abaikan sebentar isi kandungannya, tetapi lihatlah pada bagaimana susunaturnya, bagaimana warna dimainkan pada mukasurat tersebut, dan lihat juga bagaimana gambar diletakkan bersebelahan teks. Semua itu penting, lepas ini, lihat semula majalah yang kau selalu baca, selak dan kau akan lihat apa yang aku sebutkan tadi. =) Dan lebih molek kalau benda-benda ni diletakkan dalam buku skrap seperti dalam kaedah 2.

Kaedah 4

Kalau kau berada di tepi tingkap, cuba pindahkan pandangan kau ke luar tingkap sebentar. Lihatlah dunia di sekeliling kau. Lihatlah struktur bangunan, pokok-pokok, pasu bunga, bumbung rumah hatta kereta kancil sekalipun. Lihat dan renungkan, adakah itu yang kau cari? Aku tak tahu, inspirasi bergantung kepada individu itu sendiri. Aku pernah mendapat inspirasi dari sebuah apartmen yang dilihat dari dalam Tren STAR. Aku terpegun kerana warna cat apartmen itulah yang aku cari-cari selama ini. Dan itulah warna yang aku gunakan untuk blog ini..Dan alangkah beruntungnya orang yang mempunyai kamera, senang untuk menangkap gambar di mana-mana sahaja. =)

Kaedah 5(Final Resort)

Kalau kau masih lagi tak mendapat inspirasi, aku rasa baik kau TIDUR saja. Dan sebelum tidur, berdolah supaya Allah memberikan apa yang kau mahu di dalam mimpi. Merapu? Tidak sama sekali. Renung-renungkanlah… ^__^

Sekiranya kau membaca sehingga habis, tahniah aku ucapkan kerana entri kali ini agak panjang..Bersama kita memeriahkan pembangunan laman web di Malaysia! Yeah!



31 respon untuk entri “Inspirasi! Di mana kau?!”

  1. novatech (#)

    inspirasi ni datang secara bergolek cuma masa tu kita “tanak” buat. time dah takde idea baru “nak” buat
    tu la problemnya ekekek


  2. harith (#)

    inspirasi…inspirasi …inspirasi …ntah..no idea…


  3. Aviator (#)

    Trimas! Aku suka idea buku skrap tu. Aku pun nak buat satu!


  4. kaSyah (#)

    walaupun aku bukan sorang designer tapi sedkit sbnyak tips ko memberi aku idea nak car inspirasi untuk menulis blog..hehe. tq bro


  5. -fuQaHa- (#)

    inspirasi (dan kreativiti) adalah perkara paling penting dalam study aku (architecture).. haha..

    pada pandangan aku, you dont have to create something thts totally out of this world in order for you to excel (in other case, create inspiring results). Yang penting (as such in a life of an architecture student) is how we appreciate those little things surrounding us, and analyze them carefully. Contoh : a cup of coffee. Have a look at http://photomatt.net/ and you will see how people can comeup with such creative idea with a daily, taken for granted item.

    =)


  6. abdfatah (#)

    pergi rehatkan minda lagi best jugak yer. cuci mata lapangkan minda. sekali sekala kena berehat jugak untuk masa depan yang lebih cerah… wahhahaa..


  7. flisterz (#)

    aku akan dpt idea bile pegang mouse and dengar lagu kt ipod. sbb aku x pandai melukis guna tgn, sketch adalah x sesuai. hehe.

    tp sbelum tdo pun byk idea dtg. (lepas tu terus x jadi tdo, g bukak laptop) hehe :D

    aku setuju dgn kaedah 1 dan 3 :)


  8. neutronics (#)

    inspirasi? aku pun jalan2 jugak kat css galeri. dan cuba gabungkan idea diorang menjadi satu walaupun sesetengahnya gagal.. hehe


  9. Bat (#)

    @novatech: haha, rasanya perlu juga membawa buku nota, kalau ada idea, tulis terus dalam tu.. =)

    @harith: Takda inspirasi ek nak tulis komen? haha

    @aviator: Sama2.. =)

    @kasyah: Pergh, kau memang bagus, aku pun tiap2 hari jenuh mencari ilham untuk terus menulis..

    @fuqaha: Aku juga sukakan konsep flora yang kau guna, amat cantik…Pendek kata, idea itu ada di mana2, cuma kita yang tak nampak..

    @abdfatah: Aha, pergi bercuti pun boleh dapat ilham juga..

    @flisterz: Aduh, aku lupa nak letak pasal muzik..Nasib baik kau nyatakan.. =) Ada yang mengatakan sekiranya kita menyelesaikan/memikirkan sesuatu masalah sebelum tidur, ketika mimpi kita akan berjumpa cara penyelesaiannya..

    @neutronics: Kau boleh, cuba lagi sampai kau rasa puas.. =)


  10. Fahmishah (#)

    aku suka mencari inspirasi dengan membaca di blog2 dan melihat design2 yg lawa


  11. harith (#)

    bat: takde lah..saje je..nak tunjuk bawaha inspirasi itu penting mahupun nak tulis komen..ggehehhe


  12. Bat (#)

    @fahmishah: ya, aku pun, merayap2 di blog orang untuk mencari info dan inspirasi..heh..

    @harith: haha..ok2..


  13. mohdismail (#)

    aku akan ada banyak idea jika hati senang & punya hari sgt best… dan, melalui kaedah sembang dengan org2 yang berkepala geliga.. seperti.. err.. Bat, Dapi, Azraai, Wan, Hayati, Qai, Mael… la la laa


  14. abdfatah (#)

    jangan lupa solat juga penawar kepada kehilangan apa2 yang anda cari…

    time solatlah menda yang dicari akan anda teringatkannya…

    adesh… begitu sekali.


  15. Bat (#)

    @MohdIsmail: Erk..Geliga? huhuhu..kalau dah ramai2 mesti kluar idea best punya.. Err, di manakah Xero? Aku dah lama tak nampak dia..

    @abdfatah: Erk..memang betul..aku baru perasan..heh


  16. -fuQaHa- (#)

    @abdfatah,

    itu sesungguhnya yg paling tenang…

    =)


  17. mohdismail (#)

    xero, dia ada.. aku banyak sembang ngan dia kat ym.. :) he he…


  18. chah_el (#)

    wa..bat cayala..ko memberi orang lain inspirasi daripada nspirasi yang telah ko hasilkan…hehehe :-)


  19. khai (#)

    isu yang agak baik dikupas kali ni.. huhu… ermm.. adakah inspirasi itu untuk orang yang nak design website jer? bagi khai semua benda kita nak buat, perlukan inspirasi even nak gi masuk toilet pon… huhuhu


  20. manchurr (#)

    tul ckp khai tu.. ape2 kita wat sume kena ada inspirasi gak.. nak wat lagu, nak wat movie.. nak wat design dll.. mesti ade inspirasi dr tempat/org lain :P


  21. Bat (#)

    @Khai dan Manchurr: Aha, betul tu..Nak buat assignment pun kena ada inspirasi..heh


  22. neutronics (#)

    ahaha.. lain macam je bunyi nye khai.. nk gi toilet pun kena ade inspirasi.. hehe


  23. -fuQaHa- (#)


  24. Bat (#)

    @neutronics: Err..O_o tak faham..

    @fuqaha: sangat best! Aku dah tambah dalam delicious bookmark aku, nanti nak baca! Terima kasih =)


  25. neutroncis (#)

    Erm.. sesapa yang sudi nk jadi rakan inspirasi aku leh add aku kat ym, n3utr0nics@yahoo.com… boleh borak2 nanti kalau free..


  26. azy lor... (#)

    spnjg2 artikel ni..ak plg tertarik kat gambar tuh!!
    sape ek…


  27. Bat (#)

    @Azy: alamak, camna hang leh ada sini Azie?haha..segannya..Orang tu ek?Aku rasa hang lebih tau kut ^__^ hihihi


  28. abdfatah (#)

    ooooooo… siapakah gerangannya itu? siapa dia? cuba teka jangan tak teka…

    teka silangkata pantas… hihi..

    eh, main teka-teka pulak yer?


  29. chot (#)

    itu pasal aku kerja sbg graphic designer..hehehe


  30. Kkroz (#)

    Pada pendapt syla, inspirasi ni amatla penting xkira dalam membuat web design tetapi juga dalam melakukan perkara yang kita mahu..
    Sumber inspirasi yang baik akan dapt membantu kita melaksanakan tugas yang kita mahu dengan berkesan dan berjaya.
    Disini sy ingin membuat satu konsep mengenai inspirasi. “Inspirasi terbahagi kepada 2 iaitu inspirasi jangka panjang n inspirasi jangka pendek”.
    Inspirasi jangka panjang bolehla dikatakan sebagai inspirasi yang kita gunakn dalam tempoh masa yng lama untuk mencapai sesuatu yang agak sukar kita capai tetapi kita berusaha untuk mencapainya.
    Inspirasi jangka pendek pula adalah seperti kita menpunyai tujuan yang mungkin kita inginkan esok, lusa ataupn minggu depan, so inspirasi ini akan dapat mendorong kita melaksanakanna..


  31. Bilik Sebelah (#)

    Haa, yang tidur tu saya sokong sekali.. Patut la bat suka tido, rupanya dia nak cari inspirasi.. Ni ada artikle dari sebuah blog yang aku jumpa jugak menyatakan kebaikan tidur…

    http://smartz.wordpress.com/2007/06/04/tidurlah-dan-anda-akan-cemerlang/


Panduan untuk memberi komen

  • Sekiranya ingin bertanya soalan, sila spesifikkan soalan anda.
  • Jangan terasa hati sekiranya komen anda tidak terjawab. Ada kalanya penulis entri ini terpaksa mengutamakan komitmen masing-masing.
  • Perdebatan secara sihat dialu-alukan. Tapi sila gunakan bahasa yang sopan dan sedap dibaca.
  • Komen yang berbentuk spam akan dipadam serta merta tanpa notis 24 jam(hehe).
  • Dan, terima kasih kerana sudi memberikan komen. ^_^

Tinggalkan komen