Pintasan ke kandungan utama

Blog / Arkib / InfoMalaya Versi 4 bakal tiba!

InfoMalaya Versi 4 bakal tiba!

infomalaya_versi4

Assalamualaikum semua, dah dekat 3 hari aku tak update entri baru kat blog ni. Tapi aku ada melawat blog-blog rakan dan yang berada dalam Google Reader aku. Banyak sungguh perkara yang berlaku dalam masa 3 hari ni. Itulah kuasa dan keupayaan internet dan bloggers. Nanti aku akan tulis entri berkenaan ‘kehilangan’ aku, sebab sekarang aku nak umumkan beberapa perkara yang teramatlah penting.

InfoMalaya versi 4?

Ya, gambar di atas merupakan header untuk tema selepas ini. Sudah siap dalam 60 peratus, hanya menunggu ilham dan masa sahaja untuk disiapkan. Kali ini, InfoMalaya bukan sahaja akan di’redesign’ tetapi akan turut di’align’. Saksikan saja agenda aku untuk blog ini. InsyaAllah aku akan bawakan beberapa pembaharuan. Ini salah satu sebab aku ‘hilang’.
Berkenaan CMS yang akan digunakan

Isu ni pernah dibangkitkan dulu, dan ianya sangat tegang sampai boleh putus urat tengkuk, hahaha…Sebelum tu, biar aku senaraikan kelebihan dan kekurangan CMS yang menjadi pilihan aku, dan aku akan dedahkan CMS mana yang akan aku pilih.

WordPress - CMS blog InfoMalaya yang asal

Kelebihan

  • Percuma
  • Aku dah tahu guna dan tahu nak modify ikut suka aku, Alhamdulillah..Termasuk penulis-penulis InfoMalaya yang lain
  • Plugin yang pelbagai, dan hampir semuanya juga percuma
  • Sumber terbuka aka Open Source

Kekurangan

  • Sangat terdedah kepada serangan penggodam, sebab popular.
  • Terlalu bergantung kepada plugin untuk mempelbagaikan fungsinya
  • Terlalu kerap keluar update dan versi

ExpressionEngine - oleh Ellis Lab

Kelebihan

  • Sangat-sangat fleksibel(Terutamanya bahagian post entri dan control panel)
  • Tak perlu bergantung kepada plugin, kerana sudah di’integrate’kan di dalam CMS
  • Kurang diminati oleh penggodam, sebab EE boleh dikatakan kurang popular berbanding WordPress
  • Boleh dikatakan laju dari segi loading(Sila abaikan koneksi internet yang slow)

Kekurangan

  • Aku terpaksa modify permalink entri blog ni, dan terpaksa modify banyak benda lagi
  • Harganya 99USD, untuk versi Personal, versi percuma ada limit dari segi fungsi tambahan, dah perlu membayar yuran tahunan
  • Aku terpaksa belajar lagi guna EE, dan termasuk juga sebahagian penulis InfoMalaya (Time consuming)
  • InfoMalaya adalah BLOG! Tapi ianya bukan sekadar blog, sila fahami maksud tersiratnya. EE boleh dikatakan terlalu overkill untuk InfoMalaya
  • Pelawat blog ini akan turun secara drastik lantaran permalink yang sudah berubah untuk 3 bulan. Agak lama juga tu.

Jadi, dalam 3 hari ni, ada juga yang bertanya aku sama ada ingin memilih WP atau EE. Aku jawab aku nak guna EE. Tapi, jauh disudut hati aku, terdetik beberapa perkara. Antaranya ialah :

WordPress sudah memadai. Aku boleh modify ikut suka aku, dan aku juga ada rakan sepasukan yang boleh membantu aku sekiranya ada masalah dengan WP.

Duit untuk membeli EE(Duit tu dah ada tau, lebih dari cukup) yang didapati dari blog ini, kan elok dan bijak jika digunakan untuk mempromosikan InfoMalaya sendiri.

Aku tak mahu lagi jadi jack of all trades, master of none. Iaitu, tahu dan mempelajari CMS lain, tapi tak ada satu pun CMS yang aku betul-betul pakar. Aku dah boring jadi macam tu, bagi aku, skill dan kepakaran tu macam pisau yang tajam. Walaupun kita ada 10 pisau, tapi semuanya tumpul. Tetap tak boleh lawan orang yang ada cuma satu pisau, tapi betul-betul tajam. Aku dah pernah blog pasal pisau ni.

Masa! Masa itu emas. Nanti kita cerita lain.

Bernilainya sebuah blog tu bukan terletak pada CMSnya, bukan pada ‘DESIGN’nya, TETAPI terletak pada ENTRInya. Dalam kes ni, pembaca tak kisah pun sama ada blog tu guna WP atau EE, tapi dia kisah pasal entri yang kita tulis. Betulkan kalau aku salah.

Dipendekkan cerita, kita tukar plan! Kita teruskan dengan WORDPRESS! Tak setuju? Tak kisah, terima kasih aku ucapkan, dan kalau setuju, berikan aku peluang untuk mencorakkan hala tuju blog ini sekali lagi. Dan, tolonglah, jangan bangkitkan lagi isu ini, kerana aku dah buat keputusan nekad.



27 respon untuk entri “InfoMalaya Versi 4 bakal tiba!”

  1. Zairul (#)

    “Aku tak mahu lagi jadi jack of all trades, master of none. Iaitu, tahu dan mempelajari CMS lain, tapi tak ada satu pun CMS yang aku betul-betul pakar….”

    Aku setuju sangat. Dah guna since wp 1.5 tapi tak master master jugak :P

    WP ni memang leceh sbb banyak sgt update nye. tapi kalau tgk jangka masa panjang, aku rasa mcm wp ni byk lagi boleh & sedang improve. komuniti die SANGAT besar. yes mudah kena serang, tapi pada masa yang sama beribu2 lagi coders yang berusaha untuk kuat kan wp. itu yang buatkn die semaik hari semakin power.

    satu lagi.. encik pernah guna modxcms?


  2. shutterspeaks (#)

    pick 1 then master it. Don’t know about EE, aku ingatkan Electrical Engineering tadi. Jadi, pada aku pakai WP, bagi USD$99.00 tu kat aku, aku janji 15% aku sedekahkan dekat badan kebajikan miahahaha.

    IIRC, wp dibangunkan oleh beberapa orang programmer sahaja kalau x silap aku. lain2 programmer menyumbang dari bentuk pembangunan plugin dan juga turut serta dalam bug hunt.


  3. Aviator (#)

    Waa… bagus tu!

    “Terlalu kerap keluar update dan versi”. Mungkin itu juga satu kelebihan? Hehe.

    “Sangat terdedah kepada serangan penggodam”. Siapa penggodam tu? Coder Expression Engine yang cemburu ke? Wahahaha!


  4. ikram_zidane (#)

    Sangat terdedah kepada serangan penggodam, sebab popular.

    respectfully disagree.. have you ever been hacked before ? even famous people like bryan veloso(ex), matt brett, zeldman and many 9rules member pun tak kena hack lgai.. apatah lagi ko ngan aku..

    and usually, orang hack bukan nak hancurkan sistem ko, dia hack nak tunjuk ade flaw (supaya ko betulkan) - basically dia just tukar index.php je.. and of course la wp yg selalu ko dengar kena hack.. sebab lagi ramai orang guna wp dari ee.. cuba fikir.. 1% of 1 juta mestila lagi banyak dari 1% of 1 ribu..

    and, urm.. wordpress is not depending on plugin entirely.. for example,
    1) many people use ‘aside’, but this is achieveable just via link manager (link what i am using)..
    2) bloggers usually use plugin “simple recent comment” while it’s avaiable from wp itself (baca kat codex - ade tulis)..

    usually people who complain about wp doesn’t have many fuctions is usually because they don’t know how to use it fully, thus started blaiming the cms..

    ape2pun.. good luck.. cuz honestly, i like coming here..


  5. bihunx (#)

    tu pasal.dah terer guna wp,jadi teruskan la guna,aku nak try EE pun takut sebab kena bayar.Aku suka benda free.Jadi dengan erti kata lain.Semoga berjaya dengan apa jua pilihan hang.Lagipun,tak payah hang berpenat otak macam aku.Buat suatu baru dari kosong.dah tu hampeh je.hahaa.. ke hang bli je aku punya blog.aku jual 20USD je,ok?ok?hehe


  6. Bat (#)

    @Zairul: Tak pernah dengar, tapi tadi aku dah google, dan dah cuba demo dia, banyak guna heavy javascript aka ajax.

    @ShutterSpeaks: haha, aku mau beli dslr, takdalah, mahal sangat menatang tuh..Lagipun si Matt tu pun brilliant gak orangnya..

    @Aviator: Err. maksud aku, kita kena selalu update la wp kita..Bagi aku la, ni pendapat aku, Wordpress = Windows, EE = Mac , =)

    @Ikram_zidane: Hang tak pernah dengar atau tengok ka blog-blog popular yang pernah di’deface’, ada jugak yang database dia hilang terus, kalau tak kena tu, mungkin hacker tak berminat ngan blog dia..Itu sahaja..Aku suka ambil langkah selamat, baik berjaga-jaga sebelum jadi apa-apa..

    Asides, aku pun dah guna, tapi bagaimana ngan plugin cam wp-cache? Itu plugin jenis advance, dalam EE sendiri dah ada built in page cache..Dan kalau nak tengok lagi, sila layari http://expressionengine.com/docs

    Aku tak pandai php, aku cuma nak fokus pada xhtml dan css, dan bagi aku, EE tak memerlukan aku untuk pandai dalam php.

    Aku hargai hang selalu datang sini, terima kasih, aku pun ada perasan hang dah update page quick bits, tapi mungkin hang terlupa nak letakkan links blog ni..

    @bihunx: Ya, aku penat nak memikirkan benda lain selain blog ni..huhu


  7. neutronics (#)

    owh.. yg psl hack tu, kalau nk tahu hack blog wordpress 2.2 senang, lgpun dah byk ajar. Hack password dan mcm2 lg. dan dari situ boleh delete entri2


  8. abdfatah (#)

    oh begitu sekali dalam dilema. gunakan apa yang ada dahulu. jika nak buat juga secara serius… apa lagi solat istikharah je.. haaa???

    yup buatlah pilihan yang terbaik untuk blog anda.


  9. Aviator (#)

    “Wordpress = Windows, EE = Mac”

    Salah tu. WordPress = Linux, sebab development nature dia lebih kurang sama (open). Windows? Er.. aku jumpa “Windows Live Writer”.

    Bat, kau applykan ya semua prinsip2 dalam Transending CSS untuk blog versi baru ko ni. Mesti gempak nyer.


  10. Bat (#)

    @neutronics: tu la, aku dah jumpa macam2 exploit..

    @abdfatah: InsyaAllah…

    @aviator: haha, sori2, yang aku maksudkan tu, dari segi populariti dan threat kepada penggodam..Bab opensource tu memang salah la, sori2..huhu

    InsyaAllah, dalam proses nak buat nih..Aiseh, prinsip 6 ngan 7 tak diskus lagi ni..


  11. arynet (#)

    kalau bab hack nih, mana-mana cms pun tak selamat, sebab itu cms developer sentiasa memastikan versi yang akan keluar bebas dari masalah ini, walau secanggih mana pun, selagi itulah ada masalah tersendiri.

    Ikut sahaja pemilik blog ini, mana lebih berkeyakinan. untuk pengetahuan, EE juga ada kelemahan berkaitan hacking ni.

    Keputusan dah muktamad, tengok je la nanti. hehe


  12. kaSyah (#)

    ko dah nekadkan dgn wp, teruskan bro. pasti banyak hikmah yg tersembunyi.


  13. manchurr (#)

    tuh ar bat.. usahakan jer la guna wordpress.. jimat kos.. hehe anyway.. aku sokong ko 101% huhuh


  14. novatech (#)

    bagus la ko nak teruskan dengan wp, duet 99USD untuk beli EE tu.. kalo ko guna untuk belanja aku nasi ayam madu banyak hikmah nya.. ahahahah!!

    btw, aku setuju dgn ikram pasal tak semua benda dalam wp kena pakai plugin. terus kodkan dalam theme pon boleh. cth rolling archive aku tu. plugin2 ni org guna utk fleksibelkan theme.. kalo nak maintain ke ape ke.. “unplug” je.


  15. Ahmad Uzair (#)

    Aku pun sarankan ko guna Wordpress je. Lagipun ko dah pakar nak godam wordpress ni. Benda yang ko dah master.

    Mungkin ada kelemahan, tapi cuba ko buat kelemahan tu, ko cipta sesuatu yang boleh tutup dia. Gerenti popular giler lepas ni.


  16. ikram_zidane (#)

    aku setuju ngan arynet, rasanya sebab tu la wp yg paling selalu update dia nyer files..

    glad you’re staying with wp..

    Hang tak pernah dengar atau tengok ka blog-blog popular yang pernah di’deface’, ada jugak yang database dia hilang terus, kalau tak kena tu, mungkin hacker tak berminat ngan blog dia..Itu sahaja..Aku suka ambil langkah selamat, baik berjaga-jaga sebelum jadi apa-apa..

    quite frankly, no i haven’t seen any of those. Care to back it up with some evidence ?

    tapi mungkin hang terlupa nak letakkan links blog ni..

    sorry.. will update asap..


  17. abdfatah (#)

    takper laa kita tunggu kemunculan infomalaya yang seterusnya…


  18. crynobone (#)

    Boleh share apa fungsi dalam EE yang bat rasa penting untuk kegunaan InfoMalaya. Just as an input for my project.


  19. Bat (#)

    Kepada Ikram, http://www.hongkiat.com

    @Crynobone: Berkenaan posting, rasanya elok ada selection untuk setkan berapa lama ruang komen akan aktif, contoh kalau lepas 2 minggu, ruang komen akan disable.

    Dan kalau boleh, mungkin crynobone pernah dengar pasal Mephisto, cara dia handle page cache pelik la, tapi sangat laju..Err, kalau boleh guna cara tu, sangat2lah mantap.. =)

    Dan kalau boleh, dalam dashboard, kita boleh backup dan donlod file database masuk dalam pc kita.

    Dan yg paling penting, setiap page dalam blog ni berfungsi seperti blog sendiri, kiranya untuk index page, dia akan listkan entri terbaru dari page artikel, dan sebagainya..

    Itu saja.. =)

    Pasni aku nak guna threaded comments la, senang skit nak reply..


  20. arynet (#)

    “Dan kalau boleh, dalam dashboard, kita boleh backup dan donlod file database masuk dalam pc kita.”

    dalam wordpress pun ada, cuma kena ada plugin saja, kat http://lesterchan.net/blogs/ ada menyediakan plugin untuk backup database.


  21. azraai (#)

    hook dalam wordpress menjadikan sistem tu lagi berat sebab byk ketidak seragaman dalam strings.

    siapa pernah bangunkan site dengan EE dia tahu apa perbezaannya.


  22. azwanhadzree (#)

    Suka hati kau lah Bat, aku ke sini pun bukan kerana kau gunakan WP atau EE. Kau nak guna FrontPage pun aku tak kisah.

    Simpan je duit kau untuk buat belanja kahwin nanti … wkakakakakak.akakakakaaa…


  23. Bat (#)

    @AzwanHadzree: uhuk2..kahwin tu slow skit..hehe..


  24. azwanhadzree (#)

    eh.. Bat, apa jadi ngan sticker kau tu?


  25. Aviator (#)

    Dalam core WordPress pun dah ada fungsi backup (lebih kurang la kot). kat Administration, pergi Manage > Export.

    Lagipun, kalau kau ada cadangan untuk WordPress, submit je kat trac. Kalau dev team setuju nak include dalam core, tunggu saja keluaran seterusnya, sebaliknya kalau diorang tak nak kasi WordPress nampak bloated, diorang akan buat dalam bentuk plugin.


  26. Izzuddin (#)

    Hai…
    Dr: Malaya Hacker


  27. [...] dan ExpressionEngine, dan juga tentang Wordpress(Dulu pun aku pernah kecoh kat infomalaya pasal benda ni, cuma waktu tu tak sebut pasal [...]


Panduan untuk memberi komen

  • Sekiranya ingin bertanya soalan, sila spesifikkan soalan anda.
  • Jangan terasa hati sekiranya komen anda tidak terjawab. Ada kalanya penulis entri ini terpaksa mengutamakan komitmen masing-masing.
  • Perdebatan secara sihat dialu-alukan. Tapi sila gunakan bahasa yang sopan dan sedap dibaca.
  • Komen yang berbentuk spam akan dipadam serta merta tanpa notis 24 jam(hehe).
  • Dan, terima kasih kerana sudi memberikan komen. ^_^

Tinggalkan komen