InfoMalaya kini dengan wajah baru(lagi)

Kepada pembaca semua, jangan rasa yang anda tersilap masuk blog lain, laman web yang anda lihat ini tetap blog InfoMalaya dot com. Cuma rupanya sahaja yang dah berubah ’sedikit’. Ok ok, berubah banyak yang sebenarnya. Tema yang digunakan sekarang merupakan tema versi ke-6. Tema yang sebelumnya merupakan versi ke-4(Hijau dan coklat pudar). Versi 5? Sebenarnya sudah siap 3 bulan yang lepas, tapi disebabkan kurang menarik dan tak ada benda yang innovatif di dalamnya, maka terbiarlah dia di dalam komputer begitu sahaja.
Ada apa dengan tema baru ni?
Kalau diperhatikan, bahagian indeks dan single agak berbeza. Susunan di bahagian utama(indeks) sengaja disusun sebegitu rupa semata-mata nak tonjolkan entri-entri yang lepas. Header di atas boleh diklik untuk kembali ke muka hadapan. Antara yang terbaru dalam versi ke-6 ni ialah penggunaan blogroll. Di bahagian “Pautan Terkini” aku akan letak links berserta deskripsi mana-mana laman web/artikel yang aku rasa elok untuk dibaca bersama, dan kesemua links ini akan disimpan di halaman Pautan Menarik(Belum siap, dalam proses). Sebenarnya banyak blog lain yang dah guna cara ni, tapi aku baru nak cuba, haha..
Kalau boleh, aku nak senaraikan entri-entri blog dalam Malaysia yang menarik, sama ada aku yang jumpa sendiri, atau pun ada orang lain yang sudi nak kirimkan/khabarkan pada aku.
Apa yang hilang dalam versi baru ni?
Aku dengan berat hati terpaksa buang top commentators plugin, tapi aku dah pasang plugin DoFollow. =) . Iklan Advertlets pun dah hilang, bukan taknak letak, tapi sebab nak guna HappyAds lepas ni.
Idea design ni rembat dari mana?
Sejujurnya, inspirasi diambil dari laman web themorningnews.org dan uxmag.com, selebihnya datang dari ilham yang Allah beri. Ikon mini dari Famfamfam, dan ikon besar resolusi tinggi diambil dari VistaIcons.
Yang belum siap?
Biodata berserta gambar untuk penulis di penghujung setiap entri belum siap. Halaman untuk Pautan Menarik juga belum siap. Sabar tau! haha
Dan terima kasih kepada mereka…
Tak dilupakan, aku ucapkan jutaan terima kasih kepada Xero, Azraai, Manchurr, Arynet, Bobo, Jefrizal, Matno, Wawa, Azreen, Pembebel, Eches, Megat dan rakan-rakan lain dalam YM! yang telah memberikan komen/kritikan, cadangan dan sanggup menjalani usability test. Haha..Kalau takda mereka ni, mesti tema ni tak jadi.
Ayat penutup
Kalau ada terjumpa apa-apa bug dalam tema ni, jangan segan silu untuk beritahu, biasalah, aku kan newbie dalam pembangunan web ni, mesti ada masalah punya. Ops, lupa nak beritahu, kalau rasa nak senang untuk ‘up-to-date’ dengan blog ni, sila subskrib RSS InfoMalaya. Kami dah lama offer full feed RSS, cuma tak hebahkan, huhu..
Tema versi 4 akan diedarkan selepas ini, tapi kena tunggu lepas siap edit la, hehe..
p/s: Eh hari ni Krismas kan? Selamat menyambut krismas kepada penganut agama kristian. =)





icednyior
December 25th, 2007 (#)
nampak cantik theme baru nie. tp part bawah (tempat komen) mcm byk sgt text. mayb kena resize skit atau letak spacing atau pakai font lain skit to membezakan part “Tiada Komen untuk “InfoMalaya kini dengan wajah baru(lagi)”” dan “apa kata anda”
Fahmishah
December 25th, 2007 (#)
a’a lah wei.komen nye tempat ni nampak macam kosong.
Wizurai
December 25th, 2007 (#)
bersih… tema yg bersih…
nak jelajah jap setiap sudut tema ni…
Wizurai
December 25th, 2007 (#)
dari pemerhatian aku, di antara perenggan yg baru takde sekurang²nya satu space… taktaulah kalo ko suka style camtu…
Bat
December 25th, 2007 (#)
Owh..ya ya, saya dah nampak, InsyaAllah akan difikirkan camna nak setelkan..Terima kasih!
Bat
December 25th, 2007 (#)
Mungkin sebab warna putih agaknya. Bahagian komen ni aku guna versi 4 yang sebelum ni. Tapi takpa, nanti aku tengok balik..Terima kasih!
Bat
December 25th, 2007 (#)
Terima kasih Wizurai. Aku dah betulkan spacing tu. Lupa nak masukkan
marginkat paragraph.naem
December 25th, 2007 (#)
memang kemas, bersih dan fuuhh..menyegarkan mata yang memandng
komen? oohh..memang takde apa2 nak dikomenkan..Agak2nya boleh lawan tak theme blogohblog tu? mesti boleh punya.
bat,apakata ko letak poll tentang undian antara theme2 yang menarik kat msia ni. Nescaya aku antara manusia2 yang akan undi theme v6 ko ni.
ps: sesaje ke ko biarkan kosong kat area header tu.
Bat
December 25th, 2007 (#)
BlogOhBlog? nehi he nehi..Baik Bob atau Jai, dua dua tu memang dah title web designer, aku bukan.huhu..Aha, pasal theme2 menarik, Amanz ada buat entri pasal tu.
Pasal header tu, kosong sebelah kanan? Err camna ha nak cakap, aku rasa memang aku sengaja kosongkan, lagipun belum isi tajuk entri lagi kat situ(Pengumuman dan CantikMenarikTertarik).
Terima kasih ya Naem.
flisterz
December 25th, 2007 (#)
wow!
hensem lah Bat!
saya suka suka
Rjuna
December 25th, 2007 (#)
Wah lawa siot, paling geram kat ikon2 2.0 tuh sangat menangkap mata siapa yang melihatnya, yang penting ia lancar bila dilayari oleh pelawat2
manchurr
December 25th, 2007 (#)
aah la bat.. betul ckp icednyior.. tempat komen ni kureng arr.. do something bout it! hahah
kita
December 25th, 2007 (#)
ermmm..kita rasa memang cun melecun dah theme ni….cuma nak bagi pendapat jer..kalau header infomalaya.com tu bagi colour cikit…bagi menunjul cikit..pendapat jerrr
Bat
December 25th, 2007 (#)
hensem? aku ka? ahaha..melawak ja..
tenkiu Dapi..
Bat
December 25th, 2007 (#)
Download la ikon tu rjuna, free tu..
Bat
December 25th, 2007 (#)
Aiseh, aku nak buat camna lagi, huhu..nanti aku fikir..
p/s: Dalam IE6 gambar gravatar takmau keluar, hairannya…
Bat
December 25th, 2007 (#)
Header ek, akan dipertimbangkan..Tapi buat masa sekarang, guna yang ni dulu..
Terima kasih Kita!
dr.xero
December 25th, 2007 (#)
1. feeds tuh manede full…hehe..
2. mane tabber?? huhuhu..
3. tahniah..mcm sebelum nih tang logo je aku kureng sket..muehehe..jgn mare..tp overall cun..
kita
December 25th, 2007 (#)
tq kerana nak pertimbangkan…apa kata u buat pertandingan mencipta logo untuk infomalay
amirez
December 25th, 2007 (#)
wah2..memang lain drp yg lain.
mcm bukan blog yg biasa…jauh berbeza dgn aku huhu.
mmg hensemlah bak kata flisterz eheh.
ko mmg terrer ah Bat
manchurr
December 25th, 2007 (#)
huhuh logo yek xero? same la ngan aku.. hahaha xtau la org lain, tp rasa mcm rss logo je..
tp xpe, jgn same dah ar..
Afham
December 25th, 2007 (#)
wargh bro bat..
cun nye!!
shadowX_19
December 25th, 2007 (#)
memang menarik.. penuh informasi.. caya la bro… aku suke tang ko puyer idea kat bahagian “Sedutan entri mengikut kategori”. mmg tak terjangka
Azhar Ahmad
December 25th, 2007 (#)
Nananananan, best-best
flisterz
December 25th, 2007 (#)
aah lah aku rs kne tuka logo. buat pertandingan ah Bat, sape menanng dpt iklan free selama sebulan ke. ehe.
yg kt entry by categories tu boleh kemas lagi kot. maybe letak satu excerpt je ke, or buat separator ke, sebab nampk bersambung.
aku penah buat entry by category kat http://www.kclau.com tp title je lah ehe
CypherHackz
December 25th, 2007 (#)
Erks! Kenapa la kau suke tukar2 ek? Ish3. Jangan nanti nak tukar2 orang rumah sudah…
Wizurai
December 25th, 2007 (#)
logo? bukan header tu dah ada logo InfoMalaya ke?
ke mau bikin yg baru?
ikhwan nazri
December 25th, 2007 (#)
wah ade subsection lagik
btw mr bat.. ini ade mende baru utk psp dan juga henpon
http://blog.m-travelogue.com/2007/12/19/eid-ul-adha-mobile-magazine-released/
nice update and fresh look
adq890
December 25th, 2007 (#)
salam.cool design baru nie….teruskan usaha saudara dlm meng’cool’kan lg blog nie..
arynet
December 25th, 2007 (#)
tahniah, saya suka! simple, kemas dan ringan mata memandang.
Aizat
December 26th, 2007 (#)
Wah! Respeklah bat.. ko memang bat hebat…
boleh lah belajar ngan ko pasnie..
Bat
December 26th, 2007 (#)
Full la, haha..Tabber tak jadi nak pakai. Logo? huhuhu…
Bat
December 26th, 2007 (#)
Erk, tak terer mana pun, Xero lagi tere..haha..
Bat
December 26th, 2007 (#)
Memang aku modify logo tu dari logo RSS..heh
Bat
December 26th, 2007 (#)
Terima kasih Afham…
Bat
December 26th, 2007 (#)
Owh, yang tu ek, aku pun tak terjangka nak buat camtuh, nasib baik dalam wordpress ada query post. hehe..Terima kasih Acul!
Bat
December 26th, 2007 (#)
Nananaroti naan, hahaha..Alamak, kejap lagi aku emel hang tau Azhar..baru bangun nih..
Bat
December 26th, 2007 (#)
Wahaha..Pertandingan, tak pernah terpikir pun lagi..Akan dipertimbangkan, macam cadangan Kita kat atas.
Aku ingat nak letak satu, tapi nanti tahap kepekatan keyword kat index kurang skit, jahatnya aku..hahaha…
Yang separator tu, nanti aku tengok balik..Haha, dah nampak salah satu website klien dia..hehe..
Terima kasih ek Dapi.
Bat
December 26th, 2007 (#)
Kenapa saya suka tukar theme? Sebab saya suka nak memperbaiki lagi blog ni dari masa ke semasa. Kenapa saya tak suka tukar orang rumah saya? Sebab sampai mati dialah satu-satunya jantung hati saya…huhuhu…
Bat
December 26th, 2007 (#)
Ok Mr Nazri, aku dah tulis dalam infomalaya, lepas ni kalau ada apa2 update, emel aku terus, haha..
Terima kasih ek Nazri..
Bat
December 26th, 2007 (#)
Salam, InsyaAllah akan diteruskan!
Terima kasih ek..
Bat
December 26th, 2007 (#)
Trimas!
Bat
December 26th, 2007 (#)
Hebat? tak tak..Theme ni tak valid xhtml, ahahahaha…Malasnya nak betulkan..
megat
December 26th, 2007 (#)
Hebat dan menarik! Tahniah kepada sesiapa yang terlibat. Insya allah lepas ini akan lebih meriah, cemerlang dan gemilang.
kento
December 26th, 2007 (#)
Nice & simple design! good work!
awqi_zar
December 26th, 2007 (#)
fuh..fuh..fuh..cun siot(seb baek bkan pompuan)..muahaha..pergh bat,cun theme nie yek..ko dh test kat browser2 laen x?ak tgh online kat cc..ade IE6 jek..nmpk kureng jek dgn IE6 nie..tp still nmpk kecanggihan theme nie..heee..bat,theme yg ari 2 avaiable x?yg hijo tue..ak nk rembat satu..hoho..TQ..
dr.xero
December 26th, 2007 (#)
uik..feed tuh aku buke tak full pun..isk..
Bat
December 26th, 2007 (#)
Eh, serius la, memang full..Hang guna reader apa doktor Xero? huhu
Bat
December 26th, 2007 (#)
InsyaAllah, terima kasih Megat.
Bat
December 26th, 2007 (#)
Terima kasih Kento.
Bat
December 26th, 2007 (#)
Terima kasih, owh dalam IE6 serius memang buruk..haha..Tengah bermalas-malasan nak repair..huhu..
Tema yang lepas-lepas nanti aku khabarkan, sabar tau.
Kambing
December 26th, 2007 (#)
lawa gak, cam style problogger
azwan
December 27th, 2007 (#)
kali ni, perubahannya lebih menyeluruh berbanding sebelum ni kan. btw, kau tak nak adjust bahagian “Sedutan entri mengikut kategori»” tu ke .. gunakan font lain with different size maybe?
aku tau kenapa kau tak nak letak advertlets .. bukan pasal happy ads .. tapi sebab cek kau tak dapat lagi ..wkakakakakakakakakkakakaka
Theme Free | afham abdul rahman
December 27th, 2007 (#)
[…] nie je. Apa anda dapat dapat? Theme free wei. Jom kita try menenry. Mane tau leh dapat theme macam Bat. Hoho!! adv_username = “Afham”; adv_gid = “Afham_default”; adtype = “336×280″; Sign Up […]
Bat
December 27th, 2007 (#)
Terima kasih..
Bat
December 27th, 2007 (#)
Sebelum ni dah guna font yang lebih besar, tapi macam tak kena..Erk, ke situ pulak, ahahahaha…Mana ada Azwan, kalau perhati betul2 layout blog ni, memang takda ruang nak letak iklan tu..
Tapi memang cek aku tak proses2 lagi pun, ahahahaha..Entah bila la nak sampai..Lama dah cashout tu..
Noorizam Shah
December 27th, 2007 (#)
kagum aku bat. kagum.. putih berseri macam ubat gigi.
Bat
December 27th, 2007 (#)
huhu..ubat gigi..ahaha..Tenkiu bro..
vangardx
December 27th, 2007 (#)
wah..ini baru unique design
skyjuice
December 28th, 2007 (#)
bat rasa mcm susah je nak tahu mana baru mana lama T_T itu pandangan aku la bila masuk. huhu
Bat
December 28th, 2007 (#)
Err, ni modified skit ni dari laman2 web inspirasi..
Bat
December 28th, 2007 (#)
Faizan, mana baru dan mana lama tu untuk bahagian mana? Aku kurang paham, huhu..
chah_el
December 29th, 2007 (#)
hahahhaha..Bat..???adakah aku orang yang terakhir mengetahui bahawa InfoMalaya kini telah berwajah baru…????hahahah…tahniah 1000x
zaki blogjer
December 30th, 2007 (#)
chan_el, org terakhir adalah org yg baru terjumpa blog ni, macam aku. hehehe
neutronics
January 3rd, 2008 (#)
uhuhu.. bro.. sstgh tulisan nampak cam besar sangat la bro… macam kat detail setiap post utk setiap kategori tu.. kalau boleh dikecikkan skit, boleh pendekkan magazine theme ni…
Selalunya magazine style, orang nk nmpak simple tapi padata..
huhu… pandangan peribadi aku je
Pembebel
January 15th, 2008 (#)
Mak aih. Lom abis ke korang mengomen? Ekeke.