Pintasan ke kandungan utama

Blog / Arkib / Info Malaya Yang Baharu

Info Malaya Yang Baharu

Info Malaya Take 2

Ya. Info Malaya bukan setakat berwajah baru tidak lama lagi tetapi akan mempunyai enjin baru. Tidak lupa sama sekali, konsep baru tapi masih mengekalkan idea blog. Info Malaya yang baharu ini akan membawa satu bentuk pengalaman yang lebih unik dan universal. Bukan sekadar teks-teks linear yang hanya akan menumpukan teknologi sebaliknya merangkumi sujek-subjek yang mampu diguna pakai oleh kita sebagai rujukan dan ilimiah.

Info Malaya juga akan mengumumkan pengurusan, editor dan penulis baru tidak lama lagi terdiri dari mereka yang berpengalaman dan kreatif dalam bentuk penulisan media baru dan tidak lupa juga zaman-zaman hardcopy seperti zine. Perubahan ini akan memberi nafas baru kepada ekosistem blog di negara kita untuk menjurus dan mengubah minda masyarakat bahawa blog ini bukan lagi perkara suka-suka tetapi satu bentuk profesionalisme.

Info Malaya akan menggabungkan 3 laman blog kendalian HappyPeople Media iaitu Info Malaya sendiri, Selebrific, dan satu blog khas yang akan mengandungi entri-entri berkaitan teknologi di Info Malaya. Manakala yang dalam pembikinan adalah berkaitan musik. Pihak HappyPeople Media juga sedang berunding dengan beberapa laman yang sudah established untuk turut serta sebagai associate site.

Apa Yang Baharu?

Enjin pengurusan kandungan. Info Malaya akan mula menggunakan ExpressionEngine. Apa kelebihannya?

  • Satu sistem pentadbiran
  • Cross-site membership.
    Semua site Info Malaya akan menggunakan satu database pengguna
  • Akses kepada kandungan esklusif.

Pengurusan Info Malaya. Kami akan menampilkan muka baru.

Info Malaya yang baharu ini akan dilancarkan sekitar bulan April. Tunggu!

Pengiklanan

Info Malaya memerlukan sumber kewangan bagi menampung kos operasi tahunan yang bakal mencecah RM8000 tidak lama lagi. Justeru, Info Malaya akan menawarkan pengiklanan di keempat-empat laman tersebut. Visit bulan Info Malaya adalah Sebanyak 38000 orang purata 1000 setiap hari. Manakala di Selebrific hampir 50000 orang (seperti kata Ismail, kuasa gossip).

Berikut adalah struktur pengiklanan di Info Malaya.

Iklan Teks

  • Teks dengan tajuk 15 perkataan dan 45 perkataan penerangan berserta link
  • Sesuai untuk servis/produk yang sudah lama di pasaran
  • RM 0.99/hari @ RM 25/bulan
  • Di bahagian sebelah entri terkini dan pautan menarik (dihighlight)
  • 10 teks setiap hari
  • Roadblock akan dikenakan fee sebanyak 1.5X

Iklan Leaderboard

  • Bersaiz 728X90
  • Sesuai untuk produk/servis yang memerlukan penerangan yang panjang
  • RM 2.99/hari @ RM 80/bulan
  • Di bahagian header/footer
  • 8 banner yang di selang-selikan setiap hari
  • Roadblock akan dikenakan fee sebanyak 2.5X

Iklan Tiles

  • Bersaiz 125×125
  • Di bahagian Pautan Menarik
  • RM 1.99/hari @ RM 50/bulan
  • 4 banner setiap hari
  • Roadblock akan dikenakan fee sebanyak 1.5X

Advertorial

  • Reviu/komen/kritikan tentang produk dan servis
  • Sepanjang 250 patah perkataan
  • RM 150/entri
  • Roadblock diperluakan tanpa fee.

Q&A

Apa itu roadblock?

Roadblock adalah reservation untuk iklan. Sebagai contoh, jika anda mempunyai produk/servis dilancarkan pada April hadapan. Anda boleh melakukan roadblock di bulan Febuari.

Roadblock memerlukan sekurang-kurangnya 20 hari sebelum iklan yang pertama dipaparkan.

Apakah jenis iklan yang disediakan?

Kami tidak menyediakan iklan berbentuk CPM, CPA, mahupun CPC. Semuanya berbentuk flat bererti satu harga dan tetap.

Bagaimana mahu menyewa ruang iklan?

Hantarkan e-mail kepada happypeoplemedia_at_gmail.com dengan tajuk Pengiklanan di Info Malaya.

Kami sedang dalam proses menyediakan sistem pengiklalan untuk laman ini.

Tinggalkan komen jika ada kemusykilan.



34 respon untuk entri “Info Malaya Yang Baharu”

  1. Fahmishah (#)

    bolehlah aku iklankan web directory aku nanti


  2. Qaiyum (#)

    Sama² Kita Support !!


  3. Azhar Ahmad (#)

    Owh owh, semoga berjaya….


  4. Khairul Orang Kecil (#)

    usaha, InsyaAllah.


  5. IcedNyior (#)

    nampak amat menarik :) tak sabar nak melihat infomalaya yg baru


  6. CypherHackz (#)

    Semoga berjaya bro. No hal la InfoMalaya. Good luck!


  7. junaidix (#)

    waaah! sudah tukar hosting.. very the laju jer rasa loading nih.. hehe


  8. megat (#)

    Alhamdulillah. Kita bakal menerima revolusi dalam dunia blog yg masih baru penerimaannya utk orang kita. Kita harus beri galakan dan sokongan kepada mereka yang berhempas pulas menyediakannya.

    Tahniah!


  9. bitter (#)

    All the best guyys!! Cant wait to see it


  10. aman (#)

    nanti aku boleh iklan kat sini…huhu


  11. emptyspace (#)

    bile pengiklanan akan dibuka?


  12. Wizurai (#)

    all the best! makin mantap beb! sabar menanti…


  13. syia (#)

    perr dah makin mantap ni :)


  14. aman (#)

    ish…ariff nie wat-wat tanya lak..bukan hang satu team skali ker..?


  15. syam (#)

    wah bestnya..harap2 adela pengisian2 yg menarik dimasa akan datang..


  16. emptyspace (#)

    aku dah lame tak mengaktifkan diri dlm hpm la


  17. azraai (#)

    dia tgh bertapa tu. bulan 6 ni kuar la dia tu. org suh dtg kl elak jer.


  18. chah_el (#)

    hahhaha…tahniah2x…welcome to the club…semoga berjaya dan terus berjaya..


  19. jolife74 (#)

    Semoga Infomalaya yang baru lebih baik lagi dan tambah mantap… :)


  20. kita (#)

    aduhhh..dah agak lama tak jengok infomalaya ni..rupa-rupa ada cerita menarik….ermmm..bagus ler macam tu….moga orang melayu setanding dan lebih tanding dari mat saleh :)


  21. Wizurai (#)

    kos operasi RM8000 mewakili kos apa?


  22. shadowX_19 (#)

    best2 projek baru…nanti aku nak wat iklan. tapi tak cam mahal sgt ke harga tu bagi permulaan


  23. azraai (#)

    server yang sedang dalam proses pembelian.


  24. lutfee (#)

    wah.. dah nak ada server sendirilah… nape tak cari sponsor bat?
    jimat sikit…
    anyway, idea iklan tu ok tapi bglah kurang sikit…. ;)

    Semoga berjaya!


  25. adi (#)

    wah..1 lg suprise drp infomalaya.
    mmg hebatlah bro ;)
    ganbatte!!


  26. affuan (#)

    Semoga terus sukses. Apa2 la. Haha.


  27. avataranng (#)

    bestnye ade bagi perkhidmatan pengiklanan..hehehe ;)


  28. PeneRockers (#)

    Aku org baru dlm dunia mem’blog’ ni…klu aku gune blogspot camne nak menambahkan pendapatan ekkkkk?


  29. zaki blogjer (#)

    Nie dh bleh dpt rack server yg agak high end nih


  30. Aviator (#)

    Waah.. Tahniah kat kau orang. Dulu aku ingat blog ni kecil dan comel saja. Sekarang dah makin besar dan makin matang ya.

    Nampaknya jadi juga la keputusan kau orang nak tukar CMS kepada ExpressionEngine. Aku tak mahu komen apa-apa dah tentang keputusan ini. Kalau dah komited tu, buat sajalah.


  31. azwanhadzree (#)

    HPM semakin rancak :)


  32. violet (#)

    keep up the great work!


  33. titan (#)

    hehe. buakn calang-calan rangkaian HappyPeople Media nih..:D


  34. Hello World! (#)

    [...] drastik ini diambil demi kebaikan penulis infomalaya, HPM, dan para pembaca sendiri. Kesimpulannya, idea sebelum ini mengenai pembentukan infomalaya akan lenyap sama sekali. Aku minta maaf. Cuma, jangan [...]


Panduan untuk memberi komen

  • Sekiranya ingin bertanya soalan, sila spesifikkan soalan anda.
  • Jangan terasa hati sekiranya komen anda tidak terjawab. Ada kalanya penulis entri ini terpaksa mengutamakan komitmen masing-masing.
  • Perdebatan secara sihat dialu-alukan. Tapi sila gunakan bahasa yang sopan dan sedap dibaca.
  • Komen yang berbentuk spam akan dipadam serta merta tanpa notis 24 jam(hehe).
  • Dan, terima kasih kerana sudi memberikan komen. ^_^

Tinggalkan komen