Hosting blog percuma dari JomBlog.net!

Pertama sekali, aku nak minta maaf kat owner jomblog.net sebab lambat post benda ni..Aku tengah dok nak siapkan projek akhir tahun aku..sori eh..Ok la, di sini aku senaraikan keterangan mengenai jomblog.net ni..
Petikan dari jomblog.net:
Untuk permulaan:
- Anda haruslah tahu bagaimana untuk mengendalikan program FTP kerana sebahagian besar proses pemasangan blog anda adalah melibatkan program FTP
- Anda mestilah menggunakan Wordpress sebagai enjin blog anda
- Ini adalah buku panduan Wordpress percuma dalam bahasa Melayu yang boleh anda jadikan sebagai rujukan.
Apa yang anda akan dapat?
- subdomain - (nama pilihan anda).jomblog.net
- 75MB of storage
- Bandwidth tidak ditetapkan
- PHP and MySQL
- satu akaun FTP
Syarat-syarat:
- Anda dilarang daripada memaparkan bahan-bahan lucah
- Anda juga dilarang daripada menjadikan ruang blog ini sebagai ruang download mp3 dan sebagainya
- Blog dalam Bahasa Melayu adalah amat digalakkan
- Kandungan blog anda mestilah informatif
- Blog anda mesti dikemaskini sekurang-kurangnya sekali sebulan
Lain-lain:
- Permohonan akan diproses secara manual. Harap bersabar.
Berminat, hubungi fauzan (at) gmx.de dan nyatakan nama pilihan untuk subdomain anda.
aman (#)
December 24th, 2006
cam pernah tulis kat blog aku…
Bat (#)
December 24th, 2006
Haha..memang la, tapi si fauzan tu yg emel aku mintak tolong promote..
shadowX_19 (#)
December 25th, 2006
hahah. promote jgn tak promote.. uhhuuh.. aku ade gak bagi org tuk jadi subdomain aku tapi tah a.. diorg cam tak aktif je nak wat blog. hampeh tul la.
ramzwatcher (#)
December 26th, 2006
hurm..dia pun mtk promote gak..
cuma saya terfikir selama mana dia boleh bertahan since saya pun pernah ‘rajin’ nak buat something manually for free but then letey la jawabnya
jomblog (#)
December 27th, 2006
Selagi mana yang termampu. Lagipun server tu bukan buleh tampung sampai ratus². Cume nak bg space kat sape yg baru mula² nk belajar.
You do good things, good things happen. That is karma
Bat (#)
December 27th, 2006
Erm..betul tu..macam lagu scorpion, “What you give,you get back”..haha..
Aku pun ngah plan benda ni..tapi nak tunggu sampai infomalaya cukup setahun, sebab nak upgrade hosting dulu..dan aku cuma bagi hosting untuk member2 infomalaya yang aktif dan boleh bagi komitmen..sebabnya, depa dah banyak tolong untuk promote blog ni,aku ni tak la berduit sangat, jadi ngan cara tu la aku boleh nak balas jasa depa..kepada yang dah tau plan aku tuh..bawak bersabaq dulu..
BlackSun (#)
January 4th, 2007
wahh bagus la tu .. cam aku ni baru mula nak belajau wat blog .. ok la tu .. ape ape hal pon tunjuk ajau ku sifuu .. kes kes kes kes
ahsue(suhaimi) (#)
June 23rd, 2007
Saya ni technician hardware computer/ designer Graphic. Almaklumlah saya sangat berbesar hati untuk menyelami technic2 untuk buat blog dan apa kaeadah nya dan kegunaan serta manfaat kepada kita sebagai pereka. Tolong bagi sedikit tips dan cara membuatnya kpd saya sebagai anak jati Malaysia sebangsa kita?
Sekian Selamat Maju Jaya dlm bidang Anda ceburi.