Arkib

Ini entri untuk para pengguna Google Reader. Kepada yang belum ada, sila daftar dulu, rugi kalau tak guna Google Reader atau feedreader ni.

Aku pengguna tegar Google Reader. Banyak blog yang aku langgan RSSnya. Tapi, kadang-kadang tu, aku bosan dengan antaramuka dia. Alhamdulillah, masa aku merayau-rayau dalam internet ni, aku jumpa Helvetireader. Ini hasilnya:

Sebelum penggunaan Helvetireader:(Klik untuk gambar yang lebih besar)

Selepas penggunaan Helvetireader:(Klik untuk gambar yang lebih besar)

Jadi, boleh disimpulkan di sini, Helvetireader ni cuma tema minimalistik untuk Google Reader. Mungkin bukan untuk semua orang, tapi kepada yang berminat, bolehlah cuba sendiri.

Untuk memasang Helvetireader, sila ikuti tutorial ringkas di laman web rasmi mereka. Sila ambil perhatian, hanya pelayar web yang menyokong Greasemonkey sahaja yang boleh digunakan(Digalakkan untuk guna Mozilla Firefox). Internet Explorer dah tentulah tak boleh, manakala pelayar web Opera dikatakan mempunyai sedikit masalah kosmetik, seperti yang dikhabarkan di lama web mereka.

Kemaskini: Ada cara untuk memasang skrip Greasemonkey ke dalam Internet Explorer.

Selamat mencuba.

Mengenai penulis

Entri ini telah ditulis oleh Bat

Laman web penulis : http://www.infomalaya.com

Bat atau nama sebenarnya, Mohd Huzairy ialah seorang guru pelatih sekolah rendah di sekitar Kuala Lumpur. Tiada apa-apa yang menarik mengenai beliau, kecuali beliau suka tidur secara berlebihan dan kadang-kadang tidak tidur terus semalaman. Beliau merupakan ketua editor di infomalaya dot com.

Sudah ada 2 respon untuk entri “Helvetireader”

  1. Komen dari awqi_zar · October 22, 2008 @ 7:09 pm

    hoho..byk ker ko langgan bat?berapa ek?hehe..

  2. Komen dari Bat · October 26, 2008 @ 4:28 am

    @awqi_zar: Err..banyak gak la, lebih dari seratus, tapi tak sampai 200 rasanya. =P

Sila tinggalkan komen anda di bawah

.

.