Hello world!

Hai! Selamat datang ke InfoMalaya, sebuah blog yang mengetengahkan isu-isu berkaitan internet & teknologi terhangat, dan, blog ini bukan sekadar blog. Nama saya, Mohd Ismail, hos baru anda untuk musim sementara InfoMalaya menggantikan saudara kita, Bat yang sedang menjalani praktikal sebagai pendidik anak bangsa. Kita doakan supaya beliau akan menghabiskan sesi praktikal dengan cemerlang & bergaya sebagai seorang guru yang kool!
Seperti yang semua sudah sedia maklum, InfoMalaya menyambut ulangtahun’nya yang pertama bulan ini. Ok, semua bangun dan katakan “Selamat ulangtahun yang pertama InfoMalaya, semoga lebih kool & berinformasi di’masa hadapan”. Jika ada hajat ingin memberi hadiah atau apa-apa penajaan, sila hubungi kami. Kami suka’kan kejutan.
Tadi, aku menonton Buletin Utama melaporkan jumlah kes kecurian laptop/notebook yang meningkat di’sekitar Kuala Lumpur. Apa yang mengejutkan aku & ramai orang, alat untuk mengesan kedudukan laptop/notebook terjual secara terbuka. Siot je. Aku tak tahu pun ada device yang boleh kesan laptop/notebook ni. Sebagai satu peringatan, Dzulkifli, pereka & pencipta Malaysia menyarankan supaya laptop/notebook yang mahu di’tinggalkan di’dalam kereta di’tutup dengan penutup periuk yang di’perbuat dari stainless steel. Ini untuk menghalang gelombang yang di’pancarkan dari laptop/notebook itu dari di’kesan alat yang di’gunakan pencuri. Awas!
avataraang (#)
August 7th, 2007
hmm..kepada sesiapa yang menggunakan laptop di harapkan berhati-hati.tetapi kepada yang menggunakan dekstop saya ucapkan tahniah kerana kebarangkalian anda untuk kehilangannya adalah rendah..hehehe..ambillah langkah berjaga-jaga..bak kata Dzulkifli, rakyat malaysia mmg kreatif..tetapi mereka menyalahgunakan kekreatifan mereka..kan elok kalau anda gunakan kekreatifan anda seperti saudara bat..bukan sahaja kreatif tapi dapat menyebarkan ilmu yang berguna..ingatlah bahawa ada 3 je benda yang kita bawa untuk hari muka iaitu sedekah amal jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak soleh..hehehe
*cantik layout, tahniah saudara bat kerana telah menukar layout blog ini..hehehehe
Bat (#)
August 7th, 2007
Singgah sebentar untuk menjenguk ‘anak’ aku..huhu..Tenkiu Mael sebab tolong jaga blog ni..
Kepada avataraang, MohdIsmail yang tukar layout blog ni, bukan aku..
Kreatif ka aku? Tak sangat kut, tengok la camna nanti..Pemalas tu ada la..Haha..
Dah setahun rupanya blog ni..Isk isk..
avataraang (#)
August 7th, 2007
opss..mintak maaf MohdIsmail..aku igt ni hasil usaha bat..hehehe..cantik layout ni MohdIsmail…
mohdismail (#)
August 7th, 2007
alahai.. tiada beza’nya mungkin antara aku up atau Bat yang up.. yang penting. content tetap jalan.. oh yeah!
Aviator (#)
August 8th, 2007
Mana theme lama? Huhu.
abdfatah (#)
August 8th, 2007
yaaa… selamat ulang tahun yang pertama buat infomalaya. moga maju jaya dan suksess selalu hendaknya…
chot (#)
August 8th, 2007
tahniah2…slamat ulang tahun…
mohdismail (#)
August 8th, 2007
Aviator, untuk sementara.. theme ini akan di’gunakan.. nnt theme yg baru sampai, kita akan ubah semua.. ye? setia bersama’mu..
emptyspace (#)
August 9th, 2007
mase aku gi midvalley, member aku suruh aku tutup gak ngan periuk.. aku ingatkan dorang memain.. rupenye btol.. takut kene curi sebab pencuri tu ade device yang leh detect laptop dalam kereta.. hebat tol.. aku teros tak jadi lepak midvalley.. 30 minit je aku lepak.. pastu hati rase tak senang.. sib baik tak hilang mase tu
amirez (#)
August 10th, 2007
Baru masuk TV psl ni..tp kat kelantan dh lebih stgh tahun berlaku kes kecurian laptop dlm kete terutama kat parking billion dengan kbmall. bleh dikatakan berleluasa gak.
device tu detect frekuensi yang dikeluarkan oleh bateri cmos.
info drp lecturer rekabentuk digit (^_^)
abdfatah (#)
August 12th, 2007
wahahaha… ada pengesan dan ada anti pengesan. memang kreatif untuk menyusahkan orang…
MYBlog (#)
August 18th, 2007
Mana pergi blog yg lama ? kenapa semua nampak mcm totally new ?
Bat (#)
August 19th, 2007
@MYBlog: sekarang InfoMalaya dah masuk versi 4.. ^_^