Hello World!

Dengan lafaz bismillah, aku persembahkan infomalaya yang baharu. Banyak perubahan drastik yang berlaku kali ni. baik dari segi rupa, penulis, dan juga bahagian pengurusan.
Untuk makluman, infomalaya dot com sudah tidak bernaung lagi di bawah HappyPeople Media. Keputusan drastik ini diambil demi kebaikan penulis infomalaya, HPM, dan para pembaca sendiri. Kesimpulannya, idea sebelum ini mengenai pembentukan infomalaya akan lenyap sama sekali. Aku minta maaf. Cuma, jangan tersalah sangka tentang satu perkara, aku masih lagi ahli HPM. Yang dipisahkan cuma infomalaya dot com sahaja.
Tentang penulis, aku dah dapat cari penulis baru seperti yang dijanjikan sebelum ni. Antaranya ialah Muhammad Khairul dari blog SembangKomputer.com, Pena Menari dari BitterCoffee Studio, Xero dari XeroXaven.com, dan seorang lagi bakal penulis tetap, Affuan(katanya dia nak jadi penulis jemputan dulu).
Penulis lama masih sama sebelum ini iaitu aku sendiri(Bat), Ariff Azraai, Arynet, dan Mohd Ismail. Manakala penulis lain yang telah lama menghilang kerana mempunyai komitmen lain ialah Reezo dan TenthOfMarch.
Harap-harapnya kali ni pembaca tak tersilap lagi mengenalpasti penulis yang menulis mana-mana entri di blog ni. Aku dah letakkan gravatar di sebelah entri, dan juga link ke blog masing-masing(Promosi dan sebagai tanda terima kasih dari aku). Entri akan dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu jenis biasa, dan satu lagi jenis pendek/asides(Khas untuk pautan, dan makluman). Kalau ada entry yang tak ada gravatar di sebelah, itulah dia entri pendek/asides.
Selepas ni, aku dah malas nak tumpukan kat pembangunan web. Dah lama tak menulis sepenuh hati macam dulu(tahun 2007). Dan juga dah malas nak janji apa-apa lagi. Sekali lagi minta maaf sebab dah lama abaikan blog ni.
Yang benar,
Bat





xeRo
April 7th, 2008 (#)
bagaimane lah aku pun boleh temasuk nih.. isk.. bat pandai je buat gossip..
Bat
April 7th, 2008 (#)
@xero: alamak, lupa nak padam. Tadi aku update folder theme baru ni, huhu..Sori2..
Tapi, jangan risau, nanti kalau lapang, jangan lupa tulis entri ek, haha..
Fahmishah
April 7th, 2008 (#)
go go go infomalaya!
InfoMalaya : Orang Type Banyak
April 7th, 2008 (#)
[…] a part of InfoMalaya’s family now. I haven’t written for public officially in a long time. Like I said in my about section, […]
Affuan
April 7th, 2008 (#)
oh, satu lagi pelantar untuk aku merepek.
bat, tuko la emoticons nih. yang asal nyer x best. huahaha.
emptyspace
April 7th, 2008 (#)
aku mengharapkan kegemilangan seperti dahulu, sebelum kegemilangannya dicuri oleh blog lain..
junaidix
April 7th, 2008 (#)
aku pun boleh jadi penulis kat blog ni jugak ker? hehe..
Bat
April 7th, 2008 (#)
@Fahmishah dan EmptySpace: Sama-sama kita tengok lepas ni..
@Affuan: Hang nak kena rotan ngan aku ka? hehehe…
Emoticons? Err, ntah..Tak terpikir lagi nak tukar. Tapi terpikir nak buat sendiri lak, huhu..
Bat
April 7th, 2008 (#)
@Junaidix: Eh, mesti la boleh..Nanti aku kontek hang, memang tengah cari orang ni..
azraai
April 7th, 2008 (#)
a new dawn. re prioritize. terlampau byk fokus byk juga masalah yer. ko jgn letak aku penulis harian. aku pun dah byk commitment.
Bat
April 7th, 2008 (#)
@Azraai: Yup, terlampau banyak komitmen dan fokus, boleh bikin jiwa kacau. Takpa, penulis tetap penulis. =)
MK
April 7th, 2008 (#)
yay.. aku skali ngan affuan ke, ahaha.
walaupun aku tak sempat dgn infomalaya sebelum ni, tapi kali ni insyaAllah aku cuba untuk menyumbang, mana2 yang mampu..
Wizurai
April 7th, 2008 (#)
hoh, dah baru ke?
apa kriteria nak jadi penulis?
awqi_zar
April 7th, 2008 (#)
yosh..ak sukekan IM yg dlu(sblum gabung dgn HPM)..dan IM kembali seperti dlu..ak sukekannya Bat and the gang..semoga kembali sukses ya..
Qaiyum
April 8th, 2008 (#)
Hello World !!!
cikundez
April 8th, 2008 (#)
huhu bat…lama tui xnampak kt IM…secara jujur tiap kali on tenet IM benda first aku surf.apa2 pun moga IM trus berkekalan.Amin
Bat
April 8th, 2008 (#)
@MK: Aah, sekali ngan affuan, hehe..Terima kasih sebab join kami. =)
@Wizurai: Kriteria penulis err, yang suka menulis dan suka berkongsi dah jadi. Kalau berminat hantar emel kat aku..
@awqi_zar: Harap-harap dapat bertahan kali ni..huhu..Terima kasih bro.
@Qaiyum: Hello dunia!
@cikundez: Sori cikun, aku bizi ngan komitmen lain sebelum ni.
Affuan
April 8th, 2008 (#)
bat, kenaa kau gandingkan aku ngan lelaki? ei, aku bukan gei la. haha.
xeRo Virtual Planet
April 8th, 2008 (#)
[…] baru ni infomalaya telah diberi nafas baru dan bertukar struktur dari pengurusan sampailah ke penyampaian. Bat telah mengambil beberapa […]
starwalker
April 11th, 2008 (#)
nice! keep it up!
Beberapa Berita Terkini | SembangKomputer.Com
April 14th, 2008 (#)
[…] dalam kesibukan yang amat ni, sempat juga saya menjadi penulis jemputan di InfoMalaya.com. InsyaAllah saya akan cuba menyumbang sesuatu yang berinformasi di […]
muhdzahari
April 14th, 2008 (#)
aku dh lama bookmark infomalaya, hrap byk info lg aku akan dpat
Bat
April 14th, 2008 (#)
@starwalker dan muhdzahari: Terima kasih =)
noxes
April 25th, 2008 (#)
o_O”
baru aku tau..
ganas2 korang ni ek.