hCard - Satu permulaan

Tajuk entri yang kurang menyerlah, tapi abaikan dahulu. Sebab entri kali ni agak panjang dan ‘kemungkinan’ berguna untuk blogger. Sebelum kita ketahui bagaimana untuk menggunakan hCard, mari kita ketahui dahulu apa itu hCard.
hCard? vCard?
Sebenarnya vCard yang muncul dahulu sebelum hCard. vCard adalah asas kepada hCard. hCard merupakan format vCard yang boleh diedar, yakni boleh dimuat turun dan disimpan dalam perisian seperti Address Book dalam komputer kita. Ingat lagi microformats? hCard adalah salah satu elemen dalam microformats. Itulah serba sedikit maklumat ringkas tentang vCard/hCard.
Contoh blog yang guna vCard
Cara nak buat?
Kita memerlukan sedikit pengetahuan dalam xhtml/css, namun Alhamdulillah terdapat servis online yang dapat menyiapkan markap xhtml tersebut iaitu hCard Creator. Cuma masalahnya, markap yang dihasilkan kurang menarik(Sebab tak nampak macam ayat lengkap). Contohnya:
Markap untuk maklumat di atas dalam bentuk xhtml seperti berikut:

Bat

HappyPeople Media

info_malaya@yahoo.com

Malaysia

60125360932

YIM

This hCard created with the hCard creator.

Sekiranya kita ingin membuat ayat tentang diri kita, kita cuma perlu ubah struktur ayat sahaja. Jangan ubah nama ID dan classes pulak, nanti bot(Akan diterangkan selepas ini) tak reti nak baca. Contoh ubahan yang telah dibuat:
Nama saya di internet ialah Bat. Saya juga merupakan salah seorang pembangun di HappyPeople Media. Anda boleh hubungi saya melalui emel di info_malaya@yahoo.com, atau melalui telefon di +60125360932, atau pun melalui Yahoo Messenger,YIM.
This hCard created with the hCard creator.
Manakala markapnya seperti berikut:

Nama saya di internet ialah  Bat. Saya juga merupakan salah seorang pembangun di HappyPeople Media. Anda boleh hubungi saya melalui emel di info_malaya@yahoo.com, atau melalui telefon di  60125360932, atau pun melalui Yahoo Messenger,YIM.

This hCard created with the hCard creator.

Tips: Gantikan
dan
kepada  dan  untuk mengelakkan ayat kita jatuh ke perenggan bawah.
Lepas tu?
Baik, sekarang maklumat tentang diri kita dah ditulis dalam bentuk markap yang boleh difahami oleh manusia dan juga bot(Lagi sekali, akan diterangkan selepas ini). Tapi masih tak cukup lagi, sebab takda ada pautan untuk pengguna muat turun vCard(hCard adalah format, iaitu format vCard) kita. Kita perlu guna khidmat Technorati untuk membantu kita. =)
Sekali lagi, berikut ialah maklumat diri yang telah dimuatkan pautan untuk muat turun vCard(Contoh diambil dari blog peribadi aku):
Nama saya di internet ialah Bat. Saya juga merupakan salah seorang pembangun di HappyPeople Media. Anda boleh hubungi saya melalui emel di info_malaya@yahoo.com, atau melalui telefon di +60125360932, atau pun melalui Yahoo Messenger,YIM.
This hCard created with the hCard creator.
Muat turun vCard saya.
Dan markapnya:

Nama saya di internet ialah  Bat. Saya juga merupakan salah seorang pembangun di HappyPeople Media. Anda boleh hubungi saya melalui emel di info_malaya@yahoo.com, atau melalui telefon di  60125360932, atau pun melalui Yahoo Messenger,YIM.

This hCard created with the hCard creator.

Muat turun vCard saya.

Sila beri perhatian anda kepada pautan berikut seperti dalam markap,http://feeds.technorati.com/contacts/http://bat.infomalaya.com/tentang. Maklumat tentang aku disimpan di url http://bat.infomalaya.com/tentang, jadi kesimpulannya cuma perlu ubah pautan tadi ke http://feeds.technorati.com/contacts/[url maklumat diri yang mengandungi dalam blog masing-masing yang telah di'microformat'kan].
Apa yang berlaku sebenarnya ialah, pautan tadi sekiranya diklik, akan menghantar isyarat kepada technorati, dan bot/script mereka akan menterjemah maklumat laman web url tadi kepada fail yang boleh dimuat turun dan dibaca oleh perisian Address Book. Sebab itulah kita perlu menggunakan nama classes yang telah ditetapkan dalam format hCard, kan?
Apa lagi?
Kalau rasa nak cantikkan lagi style vCard anda, hanya perlu ubah kod CSS anda. Tiada masalah. =) Kalau nak guna style di blog peribadi aku pun boleh, ini kod dia:
Markup xhtml:

Muat turun vCard saya [?]

Ikuti saya di Twitter

CSS:
#chicklets

margin-top:10px;

.hCard

background:transparent url(images/hCard.png) no-repeat left center;
padding-left:33px;

.twitter

background:transparent url(images/twitter.png) no-repeat left center;
padding-left:33px;

*Twitter tu ‘tambahan’ sahaja, tak letak pun takpa, hehe =) Apa-apa pun, harap blogger terutamanya designer atau usahawan internet dapat menggunakan benda ni. Nampak profesional aku rasa kalau ada, pada pendapat aku la. =)
Bacaan tambahan
http://microformats.org/wiki/hcard
http://technorati.com/contacts/
http://microformats.org/wiki/semantic-xhtml
Sekian saja dari aku, dan minta maaf banyak-banyak sebab lama tak menulis kat sini. Kepada mereka yang telah memohon untuk menjadi penulis teknikal di InfoMalaya, anda akan dihubungi tidak lama lagi. Terima kasih kerana memohon. Sangat dihargai.

syamsulariff.com (#)
March 10th, 2008
sekali pandang ingatkan produk terbaru technorati sebab logo dia mcm sama..
flisterz (#)
March 10th, 2008
Belum terdetik di hati nk buat benda ni. haha tq sebab tulis artikel ni. nnt jadi rujukan bile nk buat
chah_el (#)
March 10th, 2008
huhuuhu…memang best…bagus2 entri ni..nice work
rontol (#)
March 11th, 2008
salam,
huhu lame ak xkomen kt sini..korg pekaba weh? ehe
kita (#)
March 11th, 2008
memang saya tak berapa faham tentang entri ni
bali (#)
March 11th, 2008
timaseh buat entri ni.
Bat (#)
March 11th, 2008
Haha, dah lama sebenarnya menda ni.. =)
Bat (#)
March 11th, 2008
Sama-sama Dapi, hehe..
Bat (#)
March 11th, 2008
Ha, apa lagi, cuba la buat dalam blog, hehe =)
Bat (#)
March 11th, 2008
Salam Rontol, lama gak la tak nampak hang..Kami sihat-sihat ja, hehe..
p/s: nanti aku update link.
Bat (#)
March 11th, 2008
Alamak, nanti saya update lagi entri ni ek En Kita..Sori kalau tak berapa jelas.
Bat (#)
March 11th, 2008
Sama-sama En Bali.
Azhar Ahmad (#)
March 11th, 2008
Hummmm… saya lebih suka gunakan yang fizikal punya….
Rammel Firdaus (#)
March 25th, 2008
This is my hCard.
~pas2 bagi SD card kat prospek.
~mesti blur punya..hohoho
Kalau ada masa nanti, nak cuba lah buat.
titan (#)
March 31st, 2008
ehm…interested.WIll do something about that.
mr.eims (#)
April 4th, 2008
hurm…
rajinyye nak buat..wohohoh..
er.. tp..ko pun xpkai kn? :p