Arkib
Jika dahulu emoticon hanya boleh didapati hanya di dalam perisian ‘chatting’ kini ‘developer’ GMail telah pun meletakkan fungsi emoticon di dalam produk GMail mereka. Fungsi tersebut yang baru diletakkan semalam menjadikan email-email anda lebih berwarna-warni dan menarik. Email bukanlah sekadar plain sahaja tetapi penuh dengan emoticon yang bergerak-gerak menambah daya penarik pada email yang dihantar.
Untuk mengakses fungsi emoticon, klik pada ikon emoticon di dalam mode compose email.
![]()
Emoticon yang disediakan terdapat dalam dua pilihan samaada emoticon yang bergerak-gerak ataupun emoticon statik. Klik pada emoticon yang ingin anda gunakan, secara automatik emoticon tersebut akan diletakkan pada ruangan email.
![]()
![]()
Terdapat banyak pilihan emoticon yang pastinya dapat menarik perhatian anda dan saya kira, emoticon yang ada pada GMail lebih banyak daripada emoticon yang ada pada Gtalk mereka.
p/s: Terdapat ralat pada imej di atas, perkataan ikon sepatutnya digantikan dengan perkataan emoticon.
p/s/s: Emoticon pada GTalk juga telah dikemaskini dengan set yang baru.
p/s/s/s: GMail for mobile juga telah dikemaskini menjadi version 2.0 dengan penambahan Bahasa termasuklah Bahasa Melayu.
Entri sebelumnya « Helvetireader
Belum ada respon? Kenapa terlalu serius?