Google Docs - Kini lebih rancak!

Ada yang tak tahu tentang Google Docs? Kalau tak tahu, ini adalah satu cara alternatif untuk membina dokumen(Seperti Microsoft Word) dan juga lembaran kerja atau spreadsheet(Seperti Microsoft Excel) tanpa perlu menggunakan Microsoft Office. Ingat ya, kena ada akaun google baru boleh guna servis ni. Berkenaan entri pagi ini, semalam aku baru dapat tahu yang Google Docs semakin rancak dengan fungsi barunya iaitu, kebolehan untuk menghasilkan persembahan slaid atau slideshow presentation.
Err, apa kelebihan Google Docs ni?
Aku rasa, kelebihan yang amat ketara ialah, kita boleh buat fail berformat .doc,.xls dan juga .ppt dalam Sony PSP, iPod Touch ataupun PDA. Cis, advance sungguh teknologi sekarang..Bagi aku, itu la kelebihan ketara aplikasi online ni selain dari menjimatkan kos pembelian perisian original. Ada lagi? Letak kat ruangan komen, aku malas nak membebel banyak-banyak pagi ni..Haha..
p/s: Terima kasih kepada Kasyah kerana hantar ekad kepada aku, sangat cantik. ^_^
allSunDay (#)
September 19th, 2007
huhu…byk aplikasi online yg google dh wat dan sedang wat skang.depa nie mmg betul2 nk cantas yahoo.haha.
aku betul2 tertarik ngan servis nie.tp aku masih tertanya2 adakah ia praktikal? ada komen?
novatech (#)
September 19th, 2007
aku gune utk convert word ke pdf
Saharman (#)
September 19th, 2007
TQ bro ….info sangat berguna ni ..boleh laa lepas ni usha ke sana…
aman (#)
September 19th, 2007
pasnie dah takyah bergantung kat Microsoft Office…hehe
mohdismail (#)
September 19th, 2007
Google, sedang membina OS baru untuk PC… percaya x? ha ha ha haa
kita (#)
September 19th, 2007
fuhhhh satu info yang menarik…lepas ni leh ler simpan artikal-artikal yang berguna untuk di bentangkan di tempat lain kalau ada kursus or apa..tak payah bawak komputer dan pendrive
Bat (#)
September 19th, 2007
Sebenarnya, dah lama Google cantas Yahoo..Haha..Praktikal tu, bergantung kepada keadaan. Contoh, kalau dalam PC kita tu langsung tak ada perisian macam OpenOffice atau Microsoft Office, memang praktikal guna cara ni, tapi dengan syarat, kena ada internet.
Dan, disebabkan sekarang dah ada Sony PSP, Nintendo DS(pun boleh surf internet), dan jugak iPod Touch, jadi lebih praktikal kalau nak buat kerja kalau takda PC waktu tu.
Bat (#)
September 19th, 2007
PDF? Ayark, aku taktau pun, menarik! Nanti aku cuba, terima kasih atas info. Dalam Word takda fungsi convert ke PDF..
Bat (#)
September 19th, 2007
Sama-sama Saharman.. =)
Bat (#)
September 19th, 2007
Iya, betul tu..Tapi majoriti orang akan menggunakan Microsoft Office jugak..Dalam maktab ni, tak pernah lagi aku tengok orang lain guna OpenOffice selain aku..Apatah lagi Linux..
Bat (#)
September 19th, 2007
Hehe..itu aku tak tahu, tapi apa yang aku tahu, Google sedang cuba untuk menguasai dunia Internet..Sama seperti Microsoft yang mahu memonopoli dunia OS dan perisian..
Bat (#)
September 19th, 2007
aha, betul tu, kita boleh organize fail-fail kita dalam tu. Aku pulak jenis jarang bawak pendrive.
maklan (#)
September 19th, 2007
yang tak bestnye Gmail na load lama sikit …
N slow kalu gne pc lame …
GahooYoogle.com - Search
Qaiyum (#)
September 20th, 2007
Hidup Google.. Hari² Google.
Wizurai (#)
September 20th, 2007
Google bikin mcm² free…
aku tgk berekperimen dgn 1 lagi produk Google ni…
Bat (#)
September 20th, 2007
Erm, kalau pc lama memang sangkut skit sebab guna ajax, dia utilize client-side scripting.
Gahooyoogle tu macam menarik.. =)
Bat (#)
September 20th, 2007
Hahaha..
p/s: Entah bila tahun Google mahu beli website dari Malaysia nih..
Bat (#)
September 20th, 2007
Ya, memang free..Produk mana tu Wizurai?
Aku belum blog lagi pasal Google SketchUp, menarik jugak perisian tu.. =)
abdfatah (#)
September 20th, 2007
wohohooo… nampaknya kena beli dan beli hp bergerak nih untuk kemudahan masa depan… hp tak bergerak aje yang ada sekarang nih…
rasso (#)
September 21st, 2007
Google doc ni leh share dokumen dengan user lain.. tu yang best
Google Docs - Kini lebih rancak! -- Arynet’s Blog V3 (#)
September 25th, 2007
[...] Source: Bat [...]
All Rss Feed » Blog Archive » Google Docs - Kini lebih rancak! (#)
September 25th, 2007
[...] Source: Bat [...]
Hamid (#)
October 1st, 2007
pertama kali mengetahui google docs.
nak try jap
Malaysian Blogger Rss Feed » Blog Archive » Google Docs - Kini lebih rancak! (#)
October 3rd, 2007
[...] Source: Bat [...]
yummy! (#)
October 10th, 2007
hope kali ni google x screw up dgn infringed patents n breaking some laws. dh byk kali dah google turun nek court sebab pelanggaran hakcipta dan kes2 lain yg boleh dibicarakan di mahkamah. xde la, kalo ntuk google app ni, kalo asyik2 kene saman, terpaksa la google drop service ni. so hope xde masalah, sume org gembira!
Bird (#)
December 5th, 2007
mmm…dari segi praktikaliti, nope. Dari segi mobiliti, yep. Lbh kpd kegunaan di saat mmrlukan ataupun penggunaan device yg tiada sokongan natif aplikasi2 cm office dll. Lbh tpt lagi, lbh kpd mobile devices. Kalo sentiasa nk connect internet kan dh mmbzirkan bandwith. Cuba amek kes satu pejabat tipikal yg rely kpd spreadsheet dan text editing. Sume connect kpd google doc, rasa mcm pmbziran bandwith. Tp kalo pjbt trsebut x mmrlukan sgt prioriti internet utk urusan, no problem. Apa2pun, web apps dh jd semacam trend. Adobe pun tgh mmbgunkan full fledged web app seperti Photoshop dll utk kgunaan dlm browser. Of course, ia dicadangkan sbgai chargable service atau ad-supported, dgr2 cite la.
Bat (#)
December 6th, 2007
Aha, betul tu. Dah jadi trend sekarang, mungkin sebab kadar penggunaan internet dah meningkat dan koneksi internet pun dah laju dari dulu..
Flickr pun sekarang dah guna Picnik, haha…Boleh edit gambar secara online.