Google Chrome - Pelayar web
Google kini sedang cuba untuk mengeluarkan pelayar webnya yang diberi nama, Chrome. Belum ada versi beta untuk dicuba, tetapi Google ada mengeluarkan komik yang menerangkan apa itu Chrome.

Screenshot Chrome
Dikhabarkan, pelayar web ini menggunakan enjin webkit(Sama seperti Safari dan Pelayar web untuk telefon bimbit berasaskan Symbian). Entri ini akan dikemaskini setelah versi beta Google Chrome telah keluar dan dicuba oleh aku. Sudah dicuba, sila baca keseluruhan entri.
Untuk screenshot yang lain, sila berkunjung ke blog Blogoscoped.
Kemaskini: Google Chrome sudah boleh dimuat turun!. (Terima kasih Arynet di atas pemberitahuan)
Kemaskini: Aku dah cuba. =) Berikut ada beberapa paparan dan benda menarik mengenai Google Chrome.

InfoMalaya dot com di dalam Google Chrome

Bila kita melakukan aksi klik kanan, tetingkap ini akan muncul.

Tetingkap ini pula yang akan muncul sekiranya kita melakukan aksi klik kanan pada mana-mana pautan.
Antara fungsi terbina yang ada di dalam Google Chrome ialah fungsi Inspect Element(Seperti Firebug untuk Mozilla Firefox).

Selain itu, sepanjang pengalaman ketika aku guna pelayar web ni, terasa agak laju bila masuk laman web. Tak tahulah apa yang buat jadi laju, tapi err, memang lajulah, kalau tak percaya cuba sendiri. =P
Selepas ini, cuma tunggu dan lihat perkembangan Google Chrome, mungkin akan ada plugin, tema, dan modifikasi yang boleh kita pasangkan. Tak mustahil, pelayar web ini akan menggugat pelayar web lain seperti Firefox 3, Safari, Opera dan yang terbaru, Internet Explorer 8 versi beta.
Sekian saja dari aku. Majulah pelayar web untuk pengguna.
Richie (#)
September 2nd, 2008
huhu..best ke?
takpe..google hebat…lame2 nanti mesti power nye..
Bat (#)
September 2nd, 2008
@Richie: Idea tu sangat menarik. Tapi apa-apa pun, kena cuba dulu baru tau macam mana prestasi dia..
arynet (#)
September 3rd, 2008
sebenarnya baru je boleh download.. hehe..
sbb rasa mcm nak boleh download.. jadi ary guna opera, n auto refresh page setiap 5 saat untuk web google chrome tu..
myadlan (#)
September 3rd, 2008
sy sudah download dan kini sedang menggunakan Google Chrome. nampak ringkas dan ringan.
tapi still ada bbrp yg tak kena. nama pun baru beta version
Harith (#)
September 4th, 2008
tadi pagi aku terbaca blog zdnet, ada
DoS vulnerability..
banyak lagi keje staff2 google ni…
Bat (#)
September 4th, 2008
@arynet: hehe, tenkiu ek Ary
@myadlan: Erm, kena tunggu versi stabil dulu.. =)
@harith: Owh, yaka? hehe, bagus jugak orang dah jumpa kelemahan chrome, boleh staff google cepat-cepat tampal, haha
Google Chrome’s Full List of Special about: Pages | Teknologi | InfoMalaya dot Com (#)
September 4th, 2008
[...] Chrome’s Full List of Special about: Pages Dah cuba Google Chrome? Kalau sudah, mungkin anda patut melihat entri dari lifehacker ini. [...]
Browser Internet Buatan Google | Artikel Percuma Komputer & Internet (#)
September 5th, 2008
[...] ini diantaranya mohdadil.com , dungun.net , saadkamal.com , mohdismail.net , greyreview.com , infomalaya.com , lifehacker.com , sembangkomputer.com , cypherhackz.net , googleblog.blogspot.com , liewcf.com dan [...]
azwan (#)
September 6th, 2008
google going for world domination? entah lah, semuanya google nak keluarkan. lepas ni kereta google?
Bat (#)
September 6th, 2008
@Azwan: Err kereta tu taktaulah pulak, haha..Kalau Internet domination tu aku percaya, kalau world domination tu, mungkin susah skit..
bird (#)
September 6th, 2008
mmm…bukan saya skeptikal atau apa dgn gogle ni, tp terbaca kat EULA section 11 google chrome,
By submitting, posting or displaying the content you give Google a perpetual, irrevocable, worldwide, royalty-free, and non-exclusive license to reproduce, adapt, modify, translate, publish, publicly perform, publicly display and distribute any Content which you submit, post or display on or through, the Services.
so saya rasa saya lebih menghargai privacy dan saya still menggunakan firefox, opera, dan safari.
Bat (#)
September 6th, 2008
@bird: Alamak, tak tahu pulak pasal EULA ni, tapi kalau dah macam tu, nampak sangat google ni berminat nak tahu tentang aktiviti kita. Ini dah melanggar hak privasi..Alahai..
Terima kasih untuk berkongsi.. =)
bird (#)
September 7th, 2008
tapi smlm saya ada terbaca yg nnt google akan rewrite balik section 11 eula ni. jadi saya tunggu dulu la sebelum ada apa2 updates dari google.
harap2 diorang alter agreement ni cepat2. saya tengok chrome ni menarik gak. jadi saya jadi ketinggalan dulu la buat sementara waktu dari mencuba chrome ni.
Bat (#)
September 8th, 2008
@bird: Owh, macam tu rupanya, =) Harap-harap cepat la skit google ni buat perubahan kat EULA tu, kalau tak mesti jadi kontroversi lagi, hehe
Mereka Bercerita Pasal Google Chrome (#)
September 21st, 2008
[...] infomalaya [...]