Arkib

blogsearch.png
“Tercari-cari rakan lama anda? Mungkin rakan anda sudah pun mempunyai blog, atau dia kini sudah bergelar problogger!”..

Huhu..Insiden di atas mungkin berlaku, sebab trend di Malaysia sekarang, boleh dikatakan ramai yang sudah mengetahui istilah ‘blogging‘. Encik Azhar Ahmad baru-baru ini mengatakan kepada aku yang Google Blog Search dapat memberikan carian yang agak memberangsangkan sekiranya kita ingin mencari blog seseorang(Dalam kes ini, beliau tercari-cari blog personal aku). Kesudahannya, beliau dibawa terus ke jurnal peribadi aku yang ditandakan sebagai “Related blogs“.

Kalau tak percaya, boleh cuba sendiri dengan menaip “Mohd Huzairy”, “Chot” atau pun “Rasso”. Hasil cariannya agak tepat, aku sebut ‘agak tepat’ sebab nama-nama di atas memang diketahui mempunyai blog. Jadi kalau nak cari orang lain, mungkin bergantung pada keadaan juga (kewujudan blog tersebut). Jadi marilah mencari dan meneroka blog-blog di alam semesta! Wuhuu!

p/s: Sekarang musim peperiksaan bagi yang bergelar pelajar di IPT(Termasuk la aku, huhu), justeru marilah kita berdoa agar mereka yang terlibat dapat menjalani peperiksaan dengan tenang. Amin..

Mengenai penulis

Entri ini telah ditulis oleh Bat

Laman web penulis : http://mohdhuzairy.blogspot.com/

Bat atau nama sebenarnya, Mohd Huzairy ialah seorang guru pelatih sekolah rendah di sekitar Kuala Lumpur. Tiada apa-apa yang menarik mengenai beliau, kecuali beliau suka tidur secara berlebihan dan kadang-kadang tidak tidur terus semalaman. Beliau merupakan ketua editor di infomalaya dot com.

Sudah ada 27 respon untuk entri “Google Blog Search – Pencarian blog di alam semesta”

  1. Komen dari Fahmishah · November 3, 2007 @ 8:46 am

    Dah nama pun Google Blog Search dan semestinya dikhususkan untuk mencari blog.

  2. Komen dari Bat · November 3, 2007 @ 8:50 am

    Hehehe.. :P

  3. Komen dari azraai · November 3, 2007 @ 11:45 am

    technorati atau Google Blog Search lagi tepat. dua-dua bog search engine

  4. Komen dari kita · November 3, 2007 @ 1:06 pm

    satu maklumat yang agak berguna untuk saya…tq banyak2

  5. Komen dari dott-com · November 3, 2007 @ 1:31 pm

    lg satu aku tgk google blogsearch nih super pantas dia ponya ping servis – aku nengok 3-5 min selepas aku buat post GBS dah update servis dia…tp aper yg infomalaya letak kat sini mmg betul ler…aper jer yg related dgn blog keluar semua bila search

  6. Komen dari nik2121 · November 4, 2007 @ 4:34 pm

    Yeah…. Google Rocks!

  7. Komen dari vangardx · November 4, 2007 @ 6:21 pm

    aku gunakan technorati utk mencari update terkini, gogel plak utk cari blog lain..masalahnya ap yg aku perasan la..gogel lebih mengutamakan blog yg dari blogspot..ada sapa2 perasan tak?

  8. Komen dari chot · November 5, 2007 @ 10:44 am

    xtahu plak aku ada benda ni..good info bat

  9. Komen dari Wizurai · November 5, 2007 @ 1:58 pm

    aku gatal tangan jugak test Google Blog Search ni…

  10. Komen dari cuakteam · November 5, 2007 @ 11:34 pm

    wah…makin kreatif google sekarang nie..

  11. Komen dari Bat · November 6, 2007 @ 4:40 am

    Sekarang aku guna dua2, “Berdua lebih baik”..hehe

  12. Komen dari Bat · November 6, 2007 @ 4:43 am

    Sama-sama :P

  13. Komen dari Bat · November 6, 2007 @ 4:46 am

    Erm..aku ada perasan yang ada benda yg dicari dalam technorati tidak ada, tapi kalau cari dalam GBS, boleh ada pulak. Oh, dan juga sebaliknya..

    Jadi, adalah lebih baik kalau guna dua-dua..Haha..

  14. Komen dari Bat · November 6, 2007 @ 4:47 am

    Yeah, Google batu!! huhu..Aku tengah tunggu sapa la yang nak mengatasi Google sekarang..

  15. Komen dari Bat · November 6, 2007 @ 4:50 am

    Aha, pasal blogspot tu, aku tak berapa pasti lak..Tapi ada suatu yang menghairankan aku..

    Sila guna katakunci “Blog Oh Blog”, dan sila lihat sama ada ada blog BOB pada related blogs.

  16. Komen dari Bat · November 6, 2007 @ 4:50 am

    Tenkiu Chot!

  17. Komen dari Bat · November 6, 2007 @ 4:51 am

    Hehe.. :P

  18. Komen dari Bat · November 6, 2007 @ 4:51 am

    Erm, sebab engineer google insan2 terpilih..hehe..

  19. Komen dari nik2121 · November 6, 2007 @ 5:28 am

    Dan dilayan seperti putera di pejabat Google. Heheh…!

  20. Komen dari megat · November 6, 2007 @ 9:18 am

    uh memberangsangkan membuatkan aku terangsang google ni wakaka

    p/s : ko pkai plugin apa tuk reply komen nie!?

  21. Komen dari vangardx · November 7, 2007 @ 1:14 pm

    megat si pengumpul plugin..ia adalah brians threaded komen..huhu tp taktaula kat sini dia pakai ape

  22. Komen dari laling · November 15, 2007 @ 11:52 am

    Tahu takpe :D .. ni semua sebab blogspot google dah beli dan milik google blogspot tu.. google sayang sangat kat blogspot dan bloggers dari blogspot..sesungguhnya blogspot one day akan kalahkan wordpress..

  23. Komen dari nik2121 · November 15, 2007 @ 11:54 am

    Mane nak cekau weh? Aku dah lama cari…

  24. Komen dari Designer · November 18, 2007 @ 7:38 pm

    Hi how about putting a translate into english language button on this site.. i can’t understand malaysian language.. :)

  25. Komen dari kita · November 29, 2007 @ 7:48 pm

    kalau Designer tak pandai..belajar ler bahasa malaysia

  26. Komen dari atyra · August 19, 2008 @ 11:40 am

    whateva…………

Sila tinggalkan komen anda di bawah

.

.


Pengumuman Terkini

Tema InfoMalaya dot com versi 10 tidak dapat digunakan lagi kerana terdapat banyak masalah teknikal. Hal ini sedang diuruskan oleh pihak kami, dan segala pemberitahuan akan diumumkan kelak. Sementara itu, sila semak halaman facebook kami untuk bersosial.


  • Log masuk


  • Pautan Komuniti (?)

    Lihat arkib pautan komuniti »