Arkib

Salam sejahtera.

Seperti yang dijanjikan, kali ni nak bercerita banyak tentang perumpamaan ini, “Good Design is Invisible” atau dalam bahasa Malaysianya ialah “Rekabentuk yang bagus sebenarnya tidak dapat dilihat“.

Perkara ini tidak berkaitan langsung ada kaitan dengan mazhab minimalis yang baru sahaja ditulis baru-baru ini. InsyaAllah sesiapa yang akan membaca entri ini akan mula sedar tentang perkara yang kemungkinan besar tidak disedari langsung oleh kita selama ini.

Bila bercakap tentang design, dah tentulah kan perkara tu dapat dilihat, betul tak? Kalau tak dapat dilihat, macam mana kita nak mengintepretasikan sesuatu benda tu, ya tak?

Baik, cukup la dua baris ayat provokatif kat atas tu.

Cara yang paling baik untuk menerangkan perumpaan “Good Design is Invisible” adalah dengan meneliti point-point di bawah:

1) Baju yang mempunyai design dari segi saiz, warna, dan corak yang bagus dapat membuatkan sesiapa yang memakainya akan kelihatan menawan. Diulang, orang yang memakai baju tersebut akan tampak menawan, dan bukannya baju tersebut.

2) Lagu yang bagus akan membuatkan kita menghentakkan kaki tanpa disedari, dan kadangkala kita akan ternyanyi lagu tersebut tanpa disedari.

3) Trailer filem yang bagus akan membuatkan kita berasa ingin cepat-cepat pergi ke panggung wayang, dan bukannya mengagumi efek-efek khas, atau pelakon-pelakonnya.

4) Di dalam bilik yang ada air-cond, kita akan berasa selesa sekiranya suhunya betul-betul sesuai, dan kita sendiri tidak akan berkata, “Sedapnya air-cond ni!”. Tapi kita akan mengeluh bila suhunya terlalu tinggi atau terlalu rendah.

5) Laman web yang mempunyai design yang bagus sememangnya tidak dapat dilihat, tapi dirasai tanpa sedar.

6) Sekiranya anda masuk laman web Apple, anda takkan cakap, “Wow! Cantiknya laman web ni.” Tapi anda akan cakap, “Wow! Cantiknya Macbook Pro 17 Inci ni!“.

7) Dan selepas itu perasaan ingin membeli mula muncul walaupun duit sendiri pun tak cukup(merujuk kepada penulis entri). XD

8 ) Apalah guna mempunyai laman web yang cantik, tapi objektif utama tidak dapat dicapai.

9) Objektif untuk setiap laman web berbeza.

10) InfoMalaya dot com dibuat untuk menghimpunkan entri dan menyenangkan para pelawat mencari, membaca, dan menggunakan blog ini tanpa sebarang masalah.

11) Blog ini tidak menjual sebarang produk, jadi sebab itulah rekabentuknya adalah seperti yang anda lihat sekarang.

12) Rekabentuk yang minimalis atau penuh dengan grafik bergantung pada jenis dan tujuan laman web berkenaan.

13) Minimalis bukan segalanya. Namun minimalis diperlukan untuk mengurangkan gangguan kepada para pengguna.

14) Semuanya bergantung pada objektif yang ingin dicapai oleh sesebuah laman web kerana pelawat bukan nak melihat betapa cantiknya laman web anda melainkan anda adalah seorang designer.

15) Untuk mencapai tahap “Good Design is Invisible“, rekabentuk sesebuah laman web perlulah dibuat supaya tidak mengganggu konsentrasi atau fokus pengguna.

16) Fokus pengguna/pelawat contohnya seperti membaca entri, mencari maklumat, membeli barang, melihat gambar, dan seangkatan dengannya.

17) Perumpamaan “Good Design is Invisible” juga dapat digunapakai untuk web applications, khasnya untuk memendekkan masa pengguna untuk belajar tentang sesuatu aplikasi.

18 ) Masa adalah wang.

19) Kerana itulah designer mengenakan harga yang premium untuk servis mereka. Bukan senang nak senang, bak kata Flisterz.

* * *
Baik, tamat point-point penting. Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, silalah gunakan katakunci “Good Design is Invisible” di mana-mana enjin carian.

Percayalah, rekabentuk yang bagus sebenarnya tidak dapat dilihat, sama seperti kasih sayang ibu dan ayah kita yang kadangkala kita tak sedar pun dah dicurahkan pada kita.

Sekian, terima kasih. XD

Mengenai penulis

Entri ini telah ditulis oleh Bat

Laman web penulis : http://mohdhuzairy.blogspot.com/

Bat atau nama sebenarnya, Mohd Huzairy ialah seorang guru pelatih sekolah rendah di sekitar Kuala Lumpur. Tiada apa-apa yang menarik mengenai beliau, kecuali beliau suka tidur secara berlebihan dan kadang-kadang tidak tidur terus semalaman. Beliau merupakan ketua editor di infomalaya dot com.

Sudah ada 10 respon untuk entri ini »

  1. Komen dari Faizal · November 8, 2009 @ 9:05 pm

    Komplikated betul fahaman minimalis ni..

  2. Komen dari tekong · November 8, 2009 @ 9:05 pm

    part apple tu sangat setuju. tapi bukan apa.. mmg design dia terbaik sangat. cara dia sampaikan maklumat pasal setiap features dia tu. kalau dia tak susun elok2 rasanya takde rasa minat nak beli

  3. Komen dari Bat · November 8, 2009 @ 9:10 pm

    @Faizal boleh tahan jugak, tapi kalau dapat faham konsep asas dia dah jadi.

    @tekong Designer dia kalau tak silap aku Wilson Miner. XD

  4. Komen dari Fahmishah · November 8, 2009 @ 10:20 pm

    Serius weh, Apple punya laman web buat aku kagum. Sampai terniat nak beli Macbook Pro.

  5. Komen dari zaryl · November 8, 2009 @ 10:35 pm

    aku cuba nak paham tapi… nantilah aku ulang baca esok pagi. haha

    bukan mengelirukan tapi untuk mendalaminya. hanya ingin mencari ‘pendek kata’ dihujung artikel.. hehe ;)

  6. Komen dari Bat · November 8, 2009 @ 10:41 pm

    @fahmishah marilah kumpul duit XD

    @zaryl Jangan risau, kalau padi cakap padi, tidaklah saya tertampi-tampi, XD

    Ok, pendek kata, bila pengguna masuk laman web yang design dia betul-betul bagus, pengguna takkan terpegun dengan kecantikan laman web tu(tambah2 kalau dia bukan web designer sebab kita kena faham, bukan semua orang tahu web design).

    Tapi pengguna akan berasa seronok/mudah nak guna laman web berkenaan, ATAU dia akan tertarik untuk beli produk di laman web berkenaan.

    Kalau dalam istilah marketing ni, conversion rate akan jadi tinggi, kalau tak silap aku. Tapi tu untuk laman web yang jual produk la. XD

  7. Komen dari Kujie · November 9, 2009 @ 10:30 pm

    Kak Jie ‘kipas susah mati’ minimalis

    simple sesuailah dgn usia, bukan masa utk blink sana blink sini

  8. Komen dari Bat · November 10, 2009 @ 9:09 pm

    @Kak Kujie Samalah kita XD

  9. Komen dari sankai · November 12, 2009 @ 6:49 am

    aku suka entri minimalis tu…
    apakah ini entry sambungannya.?

    sebenarnya aku baru cadang-cadang nak wat theme sendiri..
    dan aku perlukan guidance macam nie sebab aku bukan dari background grafik dan desingning….

    anyway, entry yang bagus.!

  10. Komen dari Bat · November 12, 2009 @ 7:54 pm

    @sankai Ya, ada kesinambungan skit-skit XD

    Design ni camna sekalipun, kena jugak cuba. Baru boleh tau.

    Tenkiu cikgu! XD

Sila tinggalkan komen anda di bawah

.

.

Langganan RSS

Inginkan kemaskini di InfoMalaya dot com dihantar terus ke peti mel anda? Sila masukkan alamat emel anda di ruangan yang disediakan. Kami takkan sesekali menyalahgunakan emel anda, lagi pun kami bukan orang jahat.

*Sila rujuk artikel ini sekiranya anda masih samar-samar tentang langganan RSS.

Rangkaian Sosial

Demi bersaing dengan teknologi internet yang semakin pesat dan kesat, kami pun tak ingin ketinggalan. Sertai kami di laman rangkaian sosial di bawah.

Atau, jika anda ada sebarang pertanyaan, sila ajukan ke hello@infomalaya.com