Blog / Arkib / Gmail Drive - Jadikan akaun Gmail sebagai storan online!

Gmail Drive - Jadikan akaun Gmail sebagai storan online!

Assalamualaikum semua, aku baru baik dari demam nih..Wuhuu! Alhamdulillah ada kekuatan sedikit nak tulis tutorial pagi nih. Baik! Cukup setakat itu. Entri kita kali ini ialah bagaimana hendak menjadikan akaun Gmail kita sebagai tempat untuk menyimpan fail. Aku akan cuba menghuraikan cara-caranya dalam bahasa yang indah lagi berkarisma supaya kau, kau dan kau senang untuk mengaplikasikannya. ^_^

Sebelum itu, cara ini sangat sesuai untuk mereka yang bergelar pelajar, dan juga kepada mereka yang kerap out-station dan selalu terlupa membawa pendrive(Macam aku). Dan, untuk melengkapkan tutorial ini, kita perlulah mempunyai :

  • Akaun Gmail(Dah tentu la kan)
  • Akses Internet
  • Windows XP(OS lain aku belum cuba lagi termasuk Vista)


1) Langkah pertama, sila muat turun fail ini, Gmail Drive v1.0.11.

2) Unzip fail yang telah dimuat turun. Dan klik 2 kali pada Setup.exe. Biarkan sahaja proses installasi berjalan. Dan sejurus kemudian, satu windows yang memaparkan cara-cara penggunaan perisian ini akan keluar, abaikan dahulu. Sekarang kita akan dapati yang satu lagi Drive yang bernama Gmail Drive akan muncul di dalam My Computers. Biarkan dahulu.

setup.png

3) Login ke akaun Gmail masing-masing sekarang. Sila klik bahagian Create a filter seperti gambar di bawah.

filter.png

4) Lepas tu, taipkan GMAILFS ke dalam bahagian Subject. Seperti gambarajah di bawah. Dan klik butang Next Step selepas itu.

gmailfs.png

5) Selepas itu, kita akan dibawakan ke page baru, sila tandakan butang Skip the Inbox (Archive it), lepas itu terus klik butang Create Filter.

skip_inbox.png

6) Sekarang sila masuk ke My Computers (Klik butang Windows+E sebagai kekunci pintas). Sila klik 2 kali ke ikon Gmail Drive. Dan sila isikan butiran seperti username dan password.

gmail_drive.png

7) Dah siap! Untuk proses memuat naik atau upload, drag kan sahaja fail yang kita mahukan ke dalam Gmail Drive. Sangat senang. Wuhuu! Semua fail-fail yang telah di upload akan disimpan di dalam akaun Gmail kita(kapasiti yang aku tengok sekarang ialah 2.9Gig). Untuk melihat, dan juga mengambil kembali fail-fail tersebut, bolehlah lihat di bahagian All Mail.

all_files.png

Info Tambahan :

  • Limit untuk saiz fail yang ingin di upload ialah 10MB, jadi kalau ada klip video yang lebih dari 10MB, memang tak boleh guna Gmail Drive ni.
  • Untuk upload folder, sila zip kan dulu folder itu, kerana dalam Gmail, tiada istilah folder, jadi dia akan senaraikan semua fail tanpa mengikut folder.
  • Gmail Drive adalah percuma untuk digunakan. Harap maklum.

Selamat mencuba ya! Wuhuu! ^_^



24 respon untuk entri “Gmail Drive - Jadikan akaun Gmail sebagai storan online!”

  1. Bat (#)

    Alamak, kalau nak upload file lebih dari 10MB, boleh guna http://www.roamdrive.com/default.html ^_^


  2. Wizurai (#)

    sebelum ni aku simpan kat box.net je…
    maybe pasni, GMail Drive 1 alternatif yg perlu dicuba…


  3. Bat (#)

    Aku tak pernah cuba lagi box.net. Tapi nampak menarik jugak. Nanti aku pulak nak mencuba..Hehe..

    Aku suka Gmail drive nih sebab dah normal kan check emel, jadi sambil-sambil tengok emel, boleh la jugak tengok fail-fail yg kita dah upload..


  4. arynet (#)

    menarik ni.. Tapi sekarang dah boleh upload 20mb rasaya.. Mmg dari mula melibatkan diri dlm dunia blog ni, ary guna gmail.. Mmg sempoi.. Cool gitu..


  5. Azraai (#)

    roam drive ni dah lama guna.


  6. megat (#)

    dah memacam aku cuba, skang ni aku cuba box.net dan gmail. Aku guna plugins untuk ‘kipas susah mati’ ‘musang berapi’, senang skit upload ;)


  7. Bat (#)

    Ok tak Roam Drive tuh? Tak pernah try lagi..


  8. Bat (#)

    Alamak, dah boleh 20Mb? Ini sudah kira bagus..Cukup untuk aku simpan assignment aku kat situ, senang nanti bila aku nak akses di mana-mana.. ^_^ Ya, memang kool.


  9. Bat (#)

    Kau upload apa megat? lagu ek? Eh aritu aku ada amik lagu dari blog kau..Hehe..


  10. aman (#)

    takyah risau bat, sebab tak lama lagi, Google nak kuarkan GDrive. So kita leh share semua menda..hehehe

    GDrive Bakal Muncul

    Pastue, kalo nak share mp3 atau video yang kecik-kecik, korang boleh try guna GooglePages.com


  11. Qaiyum (#)

    Uu.. Seswai Untuk Orang Seperti Aku Memasukkan Thesis² Beliau Agar Tidak Diceramai Mahupun Diancam Virus² Yang Bersifat Luluhawa Ini. Huhu.. Bahya Woo..


  12. novatech (#)

    baik simpan kat hosting free je (cari la mana2) hehe..


  13. Bat (#)

    Aha, tenkiu Aman.. ^_^


  14. Bat (#)

    Hehe..Aku benci virus! Tak suke, tak suke, tak suke! Wahahaha!


  15. Bat (#)

    Aku belum cuba hosting free(Mungkin sebab aku dah ada hosting berbayar?!!)..Uhuhu..Tapi kepada yang belum ada, digalakkan mencuba servis percuma dulu, dah mahir baru pertimbangkan untuk beli hosting berbayar..Letak ja la apa-apa pun dalam tu..Tapi tengok company hosting juga, setengah tu tak kasi host file2 mp3..Hehe..


  16. Wizurai (#)

    skang ni Google dah bg mcm² kemudahan pada pengguna internet… dan yg best, byk yg free pun…
    okey, ni ada list 10 hosting percuma utk simpan file… http://www.webappers.com/2007/09/12/top-10-free-file-hosting-for-web-developers/


  17. Bat (#)

    Itu dia, terima kasih Wizurai.. ^_^ Ini baru betul-betul “sharing is caring”, hehe


  18. allSunDay (#)

    waa aku dah lama dgr simpan file kat tenet tp xla plak try usya…em mmg bagus benda nie sbb kerja yg aku wat kat opes slalunya simpan kt pendrive jer…. kekadang xbawa@ tertinggal.leh guna cara cam nie….pastu file sharing akan jd lebih mudah sbb xsuma opes wat network antara comp(mcm opes aku…huhu malasnyer staf it…aku nak memandai kang marah plak orang atas…haha)

    p/s:bat still xleh baca loh…aku highlight br nampak..huhu..adakah aku guna ie ver. lama?


  19. Azahari (#)

    Terima kasih info tersebut… selama ni dok simpan email orang bagi je dalam gmail…. bila agaknya Gmail nak bagi unlimited…


  20. arazak (#)

    Terima kasih info tersebut… selama ni saya simpan gmail sahaja

    terimakasih

    http://www.enai10.com
    free submit link directory


  21. [...] Source: Bat [...]


  22. mt-arramadan (#)

    i.c very usefull.. Tapi kita Leh gak Guna GsPace untuk fail Yang Lebih Besar.

    :: Gspace turns the 2GB of your Gmail account into free online storage. With Gspace you can manage unlimited Gmail accounts to store all type of files.

    http://www.getgspace.com/


  23. dinzz (#)

    thanks bro aku baru jumpe bende nie.. sangat berguna sekali.


  24. Truckster (#)

    wahaha tutorial bagoss apsal aku baru tau pasal benda ni…selama ni membazir jerr gmail space tu, email aku xsampai 10% pon makan space…yg lean banyak spam


Panduan untuk memberi komen

  • Sekiranya ingin bertanya soalan, sila spesifikkan soalan anda.
  • Jangan terasa hati sekiranya komen anda tidak terjawab. Ada kalanya penulis entri ini terpaksa mengutamakan komitmen masing-masing.
  • Perdebatan secara sihat dialu-alukan. Tapi sila gunakan bahasa yang sopan dan sedap dibaca.
  • Komen yang berbentuk spam akan dipadam serta merta tanpa notis 24 jam(hehe).
  • Dan, terima kasih kerana sudi memberikan komen. ^_^

Tinggalkan komen