Arkib

Nak tengok tak buku yang takda langsung gambar, tapi mengajar kita pasal cara nak membangunkan laman web, merangka pelan kerja dan pegurusan dalam pendekatan yang efektif? Buku Getting Real dari 37Signals dah membuktikannya. Sebenarnya 37Signals ni adalah sebuah syarikat yang membangunkan web apps, Ruby On Rails dan juga pencipta BaseCamp. Mereka menyenaraikan cara mereka berkerja dalam buku ni. Tapi, buku ni bukan saja sesuai oleh pembangun laman web, designer dan pengurus, TAPI usahawan, pekedai, budak universiti pun boleh baca, memang berbaloi wa cakap lu. Kalau tak percaya, pergi baca, kalau tak bermanfaat, datang sini pastu marah aku balik…Hehe..
Yang paling menarik, kita boleh baca buku ni dalam 3 cara. Pertama, beli buku ni dalam bentuk fizikal, kedua beli dalam bentuk e-book, dan yang ketiga, dan aku berani jamin, ramai yang akan pilih cara ni, iaitu baca secara online dan percuma! Pada pendapat aku la, syarikat ni tak rugi pun kalau bagi orang lain baca secara percuma, sebab realitinya, lepas aku baca, rasa macam nak beli ja buku tu. Sebab apa? Sebab berbaloi dan boleh bawak kemana-mana. ^_^
Oh, Azraai la yang rekemenkan buku ni kat aku, dan aku pun rasa nak rekemenkan buku ni kat hangpa semua. Rugi kalau tak baca, aku dah sampai chapter 9 dah, tak sempat nak abiskan, tunggu masa lapang baru layan balik. Ok geng, kalau rasa buku ni elok, sebar-sebarkanlah pada orang lain, ^_^ Baru la orang Malaysia bertambah maju!
Entri sebelumnya « Transcending CSS - Siri 7
Komen dari xeroxaven · July 27, 2007 @ 11:17 am
alamak!! lupe nak bace la mahaguru..hohoh..surry..takde ke dlm bentuk video..hehe..bace buhsan la..
Komen dari azraai · July 27, 2007 @ 2:33 pm
aku baca chapter penting jer dulu. lain2 nnt lepas exam.
Komen dari chot · July 27, 2007 @ 3:34 pm
aku boleh jadi blur kalau baca buku xde gambar….ehheheh
Komen dari amirez · July 27, 2007 @ 4:49 pm
mcm best gak ni. nati aku baca..skang x smpt nak g gym
Komen dari avataraang · July 27, 2007 @ 6:49 pm
aduh..letih la nak membacanya..bat pun baru baca chapter 9..bat 2 tergolong dalam orang2 yang rajin membaca..aku ni, dah la malas membaca..bile la agaknya nak sampai chapter 9?
Komen dari mohdismail · July 27, 2007 @ 7:39 pm
highly recommended! sila baca jika mahu lihat internet Malaysia berevolusi…
Komen dari harithd · July 27, 2007 @ 9:30 pm
berguna la…aku dalam proses membaca…makin lama ..makin best…. hehehhe
Komen dari al-Marbawi · July 28, 2007 @ 6:46 pm
Tawaran untuk menulis blog mengenai pendidikan.
Sesiapa yang berminat sila hubungi saya secepat mungkin.
Syarat-syarat.
1.Bakal cikgu, cikgu atau mereka yang minat bidang pendidikan.
2.Peka dan sensitif isu-isu pendidikan.
3.Rajin menulis pos.
Komen dari zool · July 30, 2007 @ 8:05 am
Rasa kalau buku takde gambo nie mau mengantuk aku baca…
Komen dari Azahari · July 30, 2007 @ 8:55 am
Buku ni walaupun online pun ada tetapi masih ada yang suka baca buku berbentuk ‘fizikal’. Tengok macam suratkhabar cukup la.Walapun online ada, tetapi masih ramai lagi yang beli di kedai.Mungkin disebabkan kepuasan agaknya?
Komen dari Robotys · July 30, 2007 @ 12:40 pm
simply da BEST! Aku dah habis baca dah, online version! Berpinau kepala 6 jam duk depan monitor… huhuhu..
ps: Mmg terasa nak beli jer buku nih..
Komen dari Bat · July 30, 2007 @ 3:18 pm
@kepada semua: Arghh!! Padan muka aku sebab lama tak masuk sini, kan dah jenuh nak jawab semua..hehe..
Confirm, lepas ni aku guna Brian’s threaded comments, ^_^ senang aku nak menjawabnya nanti..
Terima kasih buat semua yang memberi komen, sangat-sangat dihargai.. =)