Arkib

Foxit Reader

Aku berani jamin ramai yang menganggap untuk membaca fail berformat PDF, kita perlulah menggunakan perisian Adobe Acrobat Reader, kan? Tak dinafikan, memang fail PDF dicipta khusus untuk dibaca dengan Acrobat Reader, tapi kita juga perlu tahu yang ada perisian alternatif untuk kau membaca ebook kegemaranmu itu, atau pun kau ingin membaca e-zine terbaru dari Rajablog.Info?..hehe..Cubalah Foxit Reader, saiznya cuma 1.5Mb untuk dimuat turun, cukup ringan jika nak dibandingkan dengan Acrobat Reader iaitu 20Mb. Selain itu, kau juga boleh membawanya di dalam pendrive. :) Dan semestinya perisian ini percuma. Siapa cakap perisian percuma tidak bagus? hehe..

Mengenai penulis

Entri ini telah ditulis oleh Bat

Laman web penulis : http://www.infomalaya.com

Bat atau nama sebenarnya, Mohd Huzairy ialah seorang guru pelatih sekolah rendah di sekitar Kuala Lumpur. Tiada apa-apa yang menarik mengenai beliau, kecuali beliau suka tidur secara berlebihan dan kadang-kadang tidak tidur terus semalaman. Beliau merupakan ketua editor di infomalaya dot com.

Sudah ada 16 respon untuk entri “Foxit Reader - Alternatif kepada Acrobat Reader”

  1. Komen dari Maizul · May 29, 2007 @ 8:17 am

    Betul tu Bat Foxit Read ni memang ringan & dan cepat tapi ada kadangkala ebook yang dibuka dengan Foxit Read tidak keluar gambar & kalau buka pakai Acrobat Reader ada gambar. Mungkin sesetengah ebook je jadi problem macam ni.

  2. Komen dari adi · May 29, 2007 @ 9:03 am

    yang best pakai foxit.. bleh tulis kat pdf tu .

    contoh kalau nak isi borang .. just guna fungsi typewriter kat dalam tu .

    then print borang.. cun..

    http://hardyw3b.wordpress.com/2006/10/02/fungsi-typewriter-dalam-foxit-reader/

  3. Komen dari flisterz · May 29, 2007 @ 1:17 pm

    oh yeke boleh type dlm pdf? wah bagus tuh.
    hurm aku masih berharap kepada adobe acrobat selama ni. nk bertukar ke x ye?

  4. Komen dari arynet · May 29, 2007 @ 11:43 pm

    hehe.. mmg stuju guna nih.. kalo nak cepat laa.. ringan dan x payah setup.. tp ana dah guna lama dah benda nih.. tp mmg x leh lawan Adobe Acrobat Reader sbb sstgh file mmg buka x sempurna.. mcm kata maizul. dan satu lagi.. sstgh e-book.. x leh nak copy text dia.. berbanding menggunakan Adobe Acrobat Reader.

  5. Komen dari Bat · May 29, 2007 @ 11:44 pm

    @cikgu maizul: yaka camtu cikgu? mungkin jugak, mesti ada yg tak kena dengan ebook tu, takpun author dia mesti guna adobe acrobat untuk tulis..

    @Adi: serius aku cakap en Adi, ni la pertama kali aku tau yg foxit boleh type terus dalam tu..cantik sangat la tu, boleh aku exploitasikan benda ni..hehe

    @flisterz: tukar ja, senang cerita..haha ^__^

  6. Komen dari Bat · May 29, 2007 @ 11:46 pm

    @arynet: aiseh, aku tak pernah jumpa lagi ebook yg tak compatible dengan foxit, mungkin lepas ni jumpa..hehe..

  7. Komen dari kasyah · May 30, 2007 @ 12:20 am

    aku baru minggu lepas pakai foxit..lepas ok je pakai, terus aku uninstall adobe reader..menyemak je, dahla space hardisk aku cinonit je. so far semua ebook leh buka. never found any prob yet. :D

  8. Komen dari Bat · May 30, 2007 @ 6:10 am

    @kasyah: aah, aku pun guna foxit ni cepat skit bukak ebook, kalau nak banding ngan acrobat.

    Pasni hang jumpa la kut..haha.. ^__^

  9. Komen dari adi · May 30, 2007 @ 8:32 am

    aku ingat ramai yang dah tau . foxit bleh tulis pdf .. rupenya ramai lagi dok tau .. pakat pakat la bagi tau semua org..

    1. kalau foxit reader 1.3, ok sikit dia tak dok annoying thing ..

    2. kalau foxit 2.0 tu . ada annoying thing .. sebab kita pakai hok free.. kalau pakai versi hok berbayor. tak dok lah annoying thing tu ..

    3. ada [biskut tawar] hok boleh hilangkan annoying thing tu ..

    4. cikgu cikgu disarankan guna foxit reader.. sebab banyak borang berbentuk pdf yang amber rasa cikgu cikgu perlu isi skrg nih .. zaman IT cikgu . biasa aaa..

  10. Komen dari saiful · May 30, 2007 @ 5:10 pm

    Aku berharap sangat lebih banyak novel tempatan kita ni wujud dalam format pdf fail. Apalah gunanya ada sofware semua ni kalau bahan bacaan yang aku minat baca tiada huhuu…

  11. Komen dari Bat · May 31, 2007 @ 1:00 am

    @Adi: terima kasih en Adi di atas perkongsian ilmu.. ^__^ 2010 InsyaAllah aku mula bertugas..hehe

    @Saiful: aku pun belum pernah terfikir lagi..Tapi tuy kena bergantung kat penulis novel tu sendiri, kalau orang lain nak buat, nanti dah melanggar hakcipta lak..

  12. Komen dari Wizurai · May 31, 2007 @ 1:28 am

    aku guna dua²….
    tapi sekarang selalu guna Foxit Reader

  13. Komen dari Bat · May 31, 2007 @ 7:20 am

    @Wizurai: dua2? bagus2, kau memang suka mengambil langkah keselamatan.. ^__^

  14. Komen dari azwanhadzree · May 31, 2007 @ 4:51 pm

    bukan setakat ringan, ia jugak lebih cepat berbanding adobe, sesuai utk pemilik komputer zaman jurassik

  15. Komen dari Bat · May 31, 2007 @ 10:52 pm

    @AzwanHadzree: PC aku guna AthlonXP 2500+, adakah itu tergolong dalam kategori jurassik?huhu..Risau jugak..wahahaha.. O_o

  16. Komen dari azwanhadzree · June 1, 2007 @ 5:08 pm

    apa .. tu .. macam nama dinosor aje .. ha..ha.

Sila tinggalkan komen anda di bawah

.

.