Forum ExpertsMalaysia

Baru-baru ini, saudara Fikri atau lebih dikenali sebagai taiping_online ada menghubungi aku berkenaan projek terbaru beliau iaitu forum ExpertsMalaysia.com. Tujuan forum ini diwujudkan adalah untuk menjadi pusat perbincangan hal-hal berkaitan dengan komputer dan internet. Selain itu, hal-hal semasa turut diselitkan dalam topik perbincangan di sana.
Saudara Fikri sebenarnya ialah seoorang pelajar dalam bidang sekuriti komputer di universiti pertahanan. Jadi di sana, beliau akan berkongsi tentang apa yang dipelajarinya berdasarkan permintaan ahli forum.
Diharap agar forum ini dapat menjadikan para pengguna lebih celik komputer. =) Seperkara lagi, disebabkan forum ini masih baru, dah tentu isinya masih belum banyak, jadi kepada yang berminat untuk turut serta dalam forum ini, silalah mendaftar sebagai ahli dan kongsikan permasalahan atau pengetahuan anda di sana.
Akhir kata, majulah IT untuk negara =)
azraai (#)
September 6th, 2008
sorry malas join. buletin board dah mati. dah mati.
kreatif la sker org malaysia. ubah suai konsep forum tu.
Bat (#)
September 7th, 2008
@azraai: Forum tu baru lagi, nanti mesti ada perubahan.. =) Bak kata orang putih, “It is just a matter of time”..hahaha
kita (#)
September 7th, 2008
lazer mulut ko azrai :)..kesian kat owner tu…biasa ler baru nak mula katakan..lagi pun guna modal kecil…jgn marah
Harith (#)
September 7th, 2008
belajar dalam bidang sekuriti komputer tu!!
boleh kaut ilmu sedikit….aku dah register…
dr.tajul ariffin (#)
September 8th, 2008
slalunye hackers gune cara ape utk hack website ek?? css ke? c++ ke? java ke? or gune mende lain???
Harith (#)
September 8th, 2008
dr.tajul ariffin > Selalunya, aku tengok orang… diorg cam script kiddies ja… cari exploit code yang terbaru dan siap sedia digunakan..
pastu cari website atau pelayan mangsa yang pentadbirnya malas atau lambat patch…
cam mana orang yang mula-mula orang buat exploit code tu..aku pun tak tau….ahhahaha
Fikri (#)
September 8th, 2008
dr.tajul ariffin, sebenarnya kalo nak hack sesuatu website… ianya bergantung sendiri kepada bahasa pengaturcaraan apa yang website tu pakai. c++ ngan java tu tak di gunakan untuk hack sesebuah website sebab kedua-dua tu merupakan bahasa untuk software developement dan bukannya web developement.
lpas tu, bergantung juga sama ada website tu merupakan plain website ataupun ada attach ngan database ke… semua tu di ambil kira
Azri (#)
September 8th, 2008
hehehe…
serius sgtla blog ko ni…
aku xtau nk komen ape…
mne pegi mohdhuzairy.com?
ape2 pn thanx sbb memberi komen kt fotopages aku…
melayubuntu (#)
September 8th, 2008
bagus2….kalau ada masa aku menyelit kat c2..huhu
dr.tajul ariffin (#)
September 9th, 2008
thanks kwn2…