Fenomena Blog Digodam
Fenomena blog digodam semakin menjadi-jadi sekarang..Apakah WordPress tidak selamat dari segi sekuriti? Pada pendapat aku, tak ada satu pun sistem yang 100% selamat di atas muka bumi ni termasuk la dunia internet…Sebabnya? Manusia ni bijak, tapi kadangkala kalau dah terlalu bijak susah jugak, sampai menyusahkan orang lain..Inilah masalahnya, penyalahgunaan kebijaksanaan. Kalaulah kepandaian itu disalurkan pada saluran yang betul, nescaya si polan atau si penggodam itu bakal menjawat jawatan penganalisa keselamatan sistem, penasihat keselamatan sistem dan seangkatan dengannya..Tapi jangan salah sangka mahupun buruk sangka, penggodam itu banyak lapisan atau keturunannya iaitu Hacker, cracker, phreaker dan yang paling rendah kastanya, script kiddies..Apa perbezaannya? Rujuk di sini, sini, dan sini. Harap semua dapat memahami perbezaan ketara antara istilah-istilah ini supaya tidak tersalah membuat kenyataan di kemudian hari..hehe..
Jadi, apa kesimpulannya?
Siapalah aku untuk mengatakan siapa salah, siapa betul, dan siapa yang patut dipersalahkan sekiranya blog digodam..Cuma aku berharap, sekiranya si penggodam tadi terbaca entri ini, cubalah bertimbang rasa dengan tidak memadam fail mangsa..Cukuplah sekadar memaklumkan terdapat ‘holes’ di dalam server/blog tersebut..Kasihanlah dengan penat lelah blogger yang telah menulis entri berhari-hari, tapi sekelip mata dipadamkan oleh kau..Kepada pengguna wordpress 2.1.2, dinasihatkan supaya upgrade ke versi 2.1.3 supaya blog kau tidak digodam..Kalau tak nak percaya tak apa, tapi lihatlah sini, semoga ianya tidak digunakan pada blog kau di kemudian hari..
pali (#)
April 24th, 2007
wooOoo..
Bat (#)
April 24th, 2007
woo..apa wo wo?hehe..
aad_lfcfn (#)
April 24th, 2007
aku dengar ada group called panoda (perogol blog) yang nk godam blog-blog kat malaysia ni. entah betul ker ataupun diaorang main2 jer..
shadowX_19 (#)
April 24th, 2007
uhhuu.. memang.. takde ade satu pun system security dalam dunia ni yg 100% terbaik sbb mende tu dibuat oleh manusia n manusia jugak yg boleh pecahkan
novatech (#)
April 24th, 2007
w00t! o_O
Rizal (#)
April 25th, 2007
Manusia suka mencuba.. Dan terus mencuba walau apa halangan. Tulah manusia..
xeroxaven (#)
April 25th, 2007
tpkan..kenape diorang nak godam blog yg tak seberape nih..just text n grafix..kalau duit berpuluh juta ade dlm nih..ok gak..
hackerz0308 (#)
April 25th, 2007
sebab bile die blaja ilmu tu(godam menggodam tu la.., mesti la die nak test ilmu die tu…hahahahah..
chah_el (#)
April 25th, 2007
hemm..memang zaman skang ni makin mencabar..xtaula sape lagi nak dipersalahkan…
shadowX_19 (#)
April 25th, 2007
huuhhu… hanya org yg mengodam je yang mempunyai jawapannyer….
azwanhadzree.com (#)
April 25th, 2007
Kesian Aman
Artgeex (#)
April 26th, 2007
KISAH BENAR: Salah satu website yang aku pernah buat yang fully wordpress pernah kena hack tanpa disedari. Tapi cara dia hack ni lain sikit. Dia bukan macam yang kita normally tengok tulis “YOUR SITE HAS BEEN HACKED BY BLABLABLA” atau kena delete, tapi dia letak satu script untuk upload files. AKu percaya tujuan dia nak penuhkan hardisk, atau nak tumpang hard disk, atau nak upload virus, sebab bila aku try, dia emailkan benda tu dekat email empunya website (under domain name)
One thing that you can do is, jangan chmod files anda sembarangan (bagi yang guna Linux server)
arynet (#)
April 26th, 2007
aman kena gak ke? adeehh laa.. hmm.. nak test ilmu diorang kot..
n3dmax (#)
April 26th, 2007
hmm, godam nih hnye access kpd pncipta kpd sesuatu program dikale mse dahulu…tpi skrg manusia trsalah gunekan ilmu smate2 utk keseronokan sndiri..ape nk buat..
Hacker From Sixth^ (#)
November 22nd, 2007
Aku belajar mesti aku nak test apa yang aku belajar….hihihihi…..saje je cakap jangan amik hati….