InfoMalaya » Arkib » Artikel

Facebook?

Kenapa aku rasa macam facebook membuang masa aku? Atau mungkin aku sendiri yang tak pandai menguruskan masa. Disebabkan aku sedar yang facebook telah mengubah diri aku, cara aku menggunakan internet, dan cara aku menilai seseorang, maka; selamat tinggal facebook.

Makluman kepada semua, fungsi deactivate akaun facebook, tidak akan menghapuskan akaun anda. Anda perlu pergi ke alamat khas untuk berbuat demikian. Itu pun, hanya selepas 2 minggu barulah akaun anda akan dihapuskan; dengan syarat anda tidak login ke sana dalam tempoh tersebut.

Susah juga rupanya nak padam akaun facebook – Berlainan pula dengan betapa senangnya nak tambah rakan baru dan membuang rakan.

Persoalannya di sini, adakah mereka yang memadam atau tidak mempunyai akaun facebook dianggap anti-sosial atau kolot? Mungkin. Tapi, kepada kawan-kawan yang mengenali saya, silalah gunakan kemudahan telefon bimbit sekiranya anda rindu; atau silalah gunakan khidmat Pos Malaysia untuk menghantar undangan perkahwinan anda selepas ini.

Sekian, terima kasih.



Mengenai penulis

Entri ini telah ditulis oleh Bat. Laman web penulis beralamat di http://mohd.huzairy.com. Sedikit maklumat mengenai beliau, "Cikgu bahasa melayu, kajian tempatan, kemahiran hidup, dan muzik yang sedang mengajar di Johor. Sekarang tengah belajar makan tempe. Sedap juga."



Entri sebelumnya «



Entri seterusnya »



Sudah ada 15 respon untuk entri ini »

  1. azwan · March 18, 2010 @ 12:08 am

    Betul ke buang masa Bat? aku login pun sebulan 2 .. 3 kali dan set privacy kepada friends sahaja. So … tak kisah sgt pun nak simpan akaun tu.

  2. Bat · March 18, 2010 @ 12:14 am

    @azwan Bergantung jugak. Aku dah sampai tahap kronik ni, itu yang kena padam terus. huhu

  3. topo · March 18, 2010 @ 12:56 am

    hohoho ada jugak cara nak delete rupanya..
    aku ingatkan kebal sangat facebook ni xleh nak buang langsung..

  4. asx · March 18, 2010 @ 10:07 am

    lol . knape nak buang , penting tuh . dikala tiada kredit . ada internet je , bleh contact trus . =)

  5. aman · March 18, 2010 @ 6:34 pm

    Mungkin ramai sudah bosan dengan laman sosial buat masa sekarang nie. Hoho~

  6. sankai · March 19, 2010 @ 7:43 am

    aku pun kadang rasa facebook nie sangat lame…
    tapi belum sampai tahap padam akaun lagi…
    eheehhhe…

  7. novatech · March 19, 2010 @ 10:20 am

    aku pun macam asx la, facebook guna utk contact member bila time tade kredit je
    tayah la gila gila sangat kat fb tu bukan ada apa pun

  8. Bat · March 19, 2010 @ 3:41 pm

    @topo Boleh tahan kebal dia, siap kena tunggu 2 minggu tuh =P

    @asx Aah kan, betul jugak, dalam fb la ramai membe tengah online, sekarang dah jarang orang nak online ym, huhu..

    @Aman Ramai ka? Ramai yang daftar rasanya man, huhu..

    @sankai Eh, tak padam pun takpa sankai. Aku padam sebab masa yang aku ada tu, boleh aku salurkan kat tempat lain, hehe..

    @novatech Ok la camtu, tapi sekarang siap masuk berita lagi kes penceraian disebabkan fb. Kronik tuh.

  9. titan · March 20, 2010 @ 1:46 pm

    sejujurnya, just untuk cari kawan lama aje. Itu aje.

  10. Bat · March 20, 2010 @ 9:19 pm

    @titan Jangan risau titan, sekadar nak mengingatkan diri aku sendiri dan orang lain pasal social networking sites ni saja. =)

  11. azwan · March 20, 2010 @ 11:30 pm

    Tapi kan Bat, walaupun kau dah delete akaun facebook kau tu, nanti time nak kahwin, kau jangan lupa hantar kad kat aku, tak kiralah melalui Pos Malaysia ataupun email

    :)

  12. Bat · March 21, 2010 @ 12:45 am

    @Azwan hahaha, InsyaAllah Azwan. =)

  13. sahril · April 13, 2010 @ 7:02 pm

    no kmn.

  14. ReclaimPrivacy.org Membantu Anda Untuk Mengawal Privasi Di Facebook | Sembang Komputer · May 21, 2010 @ 12:40 pm

    [...] perlu diingat, segala maklumat anda masih disimpan oleh Facebook. Jika anda inginkan lebih privasi, padamkan saja akaun Facebook anda [...]

  15. ReclaimPrivacy.org Membantu Anda Untuk Mengawal Privasi Di Facebook · July 19, 2010 @ 7:16 pm

    [...] perlu diingat, segala maklumat anda masih disimpan oleh Facebook. Jika anda inginkan lebih privasi, padamkan saja akaun Facebook anda [...]

Sila tinggalkan komen anda di bawah

.

.