Arkib

Untuk makluman semua, ini entri ke-600, tidak termasuk entri-entri yang telah dipadam atas sebab-sebab tertentu. *Sila tepuk tangan*

Ada beberapa perkara yang ingin dimaklumkan. Antaranya ialah:

  • Aku dah ubahsuai ’sedikit’ rupa blog ni. Benda yang paling ketara, tiada lagi penggunaan mukataip Verdana, sudah digantikan dengan mukataip kegemaran aku iaitu, Georgia. Jangan marah kalau mukataip ni tak menjadi kegemaran mereka yang membaca di sini.
  • Hantar pautan! — Nampak butang “Hantar pautan” yang ada di penjuru atas kanan entri ni? Fungsi yang dah lama aku nak masukkan dalam infomalaya dari dulu lagi, tapi hari ni baru berpeluang. Khas untuk menghantar apa-apa pautan yang dirasakan menarik untuk dikongsikan dalam infomalaya.
  • Selain ucapan terima kasih, kredit dari segi URL blog(sekiranya ada) akan diberikan. Nak hantar pautan entri yang ditulis sendiri pun tak menjadi masalah, asalkan bermanfaat dan berilmiah untuk dikongsi dengan pembaca.
  • Baru-baru ini infomalaya sudah didatangi penulis baru, iaitu saudara Awqi_zar dari AsBlogger.com. Beliau akan menulis dan berkongsi pengetahuannya dalam bidang teknologi dan internet. Selamat datang Awqi_zar dan terima kasih kerana sudi dan berani menjadi penulis di sini. =)

Itu sahaja untuk coretan infomalaya kali ni, terima kasih!

Mengenai penulis

Entri ini telah ditulis oleh Bat

Laman web penulis : http://www.infomalaya.com

Bat atau nama sebenarnya, Mohd Huzairy ialah seorang guru pelatih sekolah rendah di sekitar Kuala Lumpur. Tiada apa-apa yang menarik mengenai beliau, kecuali beliau suka tidur secara berlebihan dan kadang-kadang tidak tidur terus semalaman. Beliau merupakan ketua editor di infomalaya dot com.

Sudah ada 2 respon untuk entri “Err..Sedikit kemaskini”

  1. Komen dari azwan · December 5, 2008 @ 11:28 pm

    aku rasa geli dihati membaca perkataan mukataip tu.

  2. Komen dari Bat · December 6, 2008 @ 8:21 am

    @azwan: mukataip = typeface , hihihi… =P

Sila tinggalkan komen anda di bawah

.

.